Jumaat, 8 Mac 2013

Pencemaran Lagi



Transit Radioaktif Bukit Merah Di Manjung Masih Beroperasi

Awal Februari 2013 aktivis Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA) menerima aduan perihal pemindahan sisa bahan radioaktif dari Bukit Merah, Ipoh ke sebuah stor transit sebelum dieksport yang dipercayai melalui pelabuhan Lumut Port, Kawasan Perindustrian Kg. Acheh Sitiawan.

Isu ini pernah dibangkitkan pada bulan April 2012, bermula blogger Al-Hussyen yang telah menjejaki kegiatan ekxport besi oksida (bahan radioakrif) dari sebuah tapak di Lahad, Ipoh dihantar ke Pelabuhan Lumut. Sejurus itu, aktivis bersama Team MediaPerak turun ke lokasi merakamkan kegiatan terbabit di Pelabuhan Lumut dari sebuah gudang transit ke kapal MV An Bao Jiang. Ia mendapat reaksi dari beberapa pimpinan dan dipaparkan dalam akhbar Sin Chew serta laman web MediaPerak.Net pada tahun lepas.


Namun AELB telah memberi maklumbalas bertarikh 4 Mei 2012 terhadap aduan isu ini mengesahkan bahawa telah mengambil tindakan dengan mengarahkan henti operasi kepada syarikat yang mengangkut bahan berkenaan dan tiada lagi pengangkutan dibuat ke Pelabuhan Lumut sejak 18 April 2012.

Namun ia masih beroperasi tetapi kali ini lokasi stor transitnya berada diluar Pelabuhan Lumut (lebihkurang 3km dr Pelabuhan Lumut), seperti aduan terbaru yang diterima baru-baru ini bersertakan gambar bukti. Juga didapati sistem pengangkutan yang digunakan 'tipper truck' tidak mengikut syarat AELB yang sepatutnya menggunakan 'steel container truck' dan lokasi amat terdedah kepada pencemaran.


Pengadu juga sempat mengambil gambar pekerja stor berkenaan mencuci tumpahan bahan radioaktif yang mengalir terus ke longkang sekitarnya yang menempatkan pelbagai industri termasuk kilang Ayam Dindings tidak jauh dari lokasi ini.

Aktivis KUASA pada 9 Februari turun ke lokasi untuk mendapatkan gambaran stor transit mendapati masih terdapat kesan tumpahan bahan sekitar stor terbabit dan terdapat beberapa lubang tanah yg dikorek berkemungkinan untuk mengalirkan air cucian tumpahan bahan.
Perkara ini juga dipanjangkan kepada ADUN Pasir Panjang yang sempat turun ke lokasi pada hari berkenaan dan mendengar aduan dari pekerja berhampiran. NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) juga telah dimaklumkan dan sedang berusaha melaku tindakan seterusnya dengan kerjasama KUASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.