Lembah Kelang oh Lembah Kelang
Semakin
hari, semakin ramai penduduk di Lembah Kelang. Harga rumah semakin melambung
dan tidak pernah harganya menjadi semakin murah ( kecuali rumah lelong atau
rumah ada masaalah )!!! Adakah anda suka tinggal di Lembah Kelang?
Kelihatan
motor RXZ, 125Z, RXS menyusuri pekan pekan besar di Lembah Kelang!!! Motor
dengan asap pencemar sebegini masih berleluasa berkeliaran di Lembah Kelang dan
tiada siapa yang ambil peduli. Motor motor 2 lejang telah lama tiada di negara
asalnya iaitu Jepun!!! Tetapi rakyat di negara ini masih megah menggunakannya
dan sanggup berbelanja besar pula memperbaiki motor 2 lejang yang telah kondem
di belakang rumah !!!!! Asap yang dikeluarkan sangat banyak dan melanggar
peraturan kawalan alam sekitar Eropah (Malaysia ada ke peraturan ini? Kalau ada,
kenapa motor pencemar sebegini masih berkeliaran ya? )!
Geografi
Lembah Kelang berbentuk kawah iaitu melengkung di tengah2. Ini menyebabkan bahan
pencemar seperti phtalate, BPC, VCM, BPA, arsenik, plumbum dan raksa yang
keluar dari asap kenderaan sukar dilupuskan. Bilangan pokok pula ditebang secara
berleluasa dan mengurangkan lagi paru paru semulajadi bumi di Lembah Kelang.
Mana mana phtalate, BPC, VCM, BPA, arsenik, plumbum dan raksa yang terlolos ke
anak sungai pula .... ada pam besar loji air penyedut di hilir sungai bagi
menyedut air untuk bekalan minuman ke rumah anda !!! Pembangunan perumahan
sangat pesat sedangkan kapasiti pengeluaran bekalan air minum pula telah sampai
ke takat maksimum !!! Masaalahnya, mampukah bekalan air minum ini dirawat
sepenuhnya?
Manusia
di Lembah Kelang tidak kisah membeli rumah dengan harga yang tidak masuk akal.
Letaklah rumah 20 x 70 sebanyak RM700,000 atau RM800,000 pasti ada saja
pembelinya !!! Kononnya carilah Lokasi! Lokasi! Lokasi! sebelum mereka beli
rumah bagi memastikan terdapat penyewa dan mereka boleh buat bisness rumah sewa
pula!!! Susah untuk mencari perumahan kos rendah bagi warga miskin di Lembah
Kelang.
Perumahan
yang tidak terkawal akan menyesakkan lagi penduduk di KL dan menyumbangkan
kepada kesesakan di Lembah Kelang. Begitu juga tol tambah menyesakkan lagi
keadaan Lembah Kelang! Dibantu dengan jaringan pengangkutan awam yang sangat
sedikit dan tidak wajar menyumbang kepada kesesakan. Kerajaan seolah olah seperti
suka menjadikan rakyat menggunakan kereta kerana kerajaan dapat cukai yang
tinggi, petrol akan terpaksa dibeli dan tol akan dimasuki. Ini belum kira
pendapatan kerajaan hasil dari saman AES lagi!!! Tidak ubah rakyat diperlaku
umpama ayam daging atau lembu susu yang boleh dituai hasilnya pada setiap masa
!!! Sungguh menyedihkan sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.