Jumaat, 8 Mac 2013

Rawatan Alternatif Barah


Rawatan Alternatif Barah

Rawatan alternatif ini sebagai salah satu usaha dalam mengubati penyakit yang dihadapi. Pada siri akan datang, in sya allah, cuba mengupas punca-punca barah dalam masyarakat yang mungkin memakan masa beberapa siri. Untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit kajian ataupun rawatan alternatif sebagai jalan keluar dari ubat-ubatan moden hari ini.

Kita ketahui, barah atau kanser di Malaysia saban tahun semakin meningkat , dan rawatan yang ada disediakan di hospital, ada kala tidak mencukupi. Pada hari ini, perubatan moden memberikan beberapa kaedah rawatan terhadap penyakit ini.

Antaranya, pembedahan , kimoterapi ( terapi kimia) , radioterapi ( terapi menggunakan radiasi). Bagi pembedahan, saya tidak akan mengulas lanjut, hanya bincangkan mengenai kimoterapi dan radioterapi serba sedikit.

Bagi kimoterapi, antara kesan sampingan yang pesakit akan dapat adalah seperti penurunan sistem daya pertahanan badan ( pesakit akan lebih mudah diserang penyakit penyakit berjangkit lain umpamanya demam batuk selsema dsbnya), muntah, loya, secondary neoplasm ( memungkinkan barah lain pula tumbuh akibat sistem pertahanan badan sudah menjadi lemah akibat kimoterapi ), menyebabkan kemandulan, luka susah sembuh, penyakit saraf dan beberapa lain lagi kesan sampingan akibat dari terapi kimia ini. Ubat kimoterapi dibancuh oleh Doktor dan doktor yang membancuh ubat kimoterapi ini akan memakai 2 lapis sarung tangan, mask muka lengkap dengan eye shield-plastik lutsinar dan apron plastik!!! Ini semua gara gara doktor ini tidak sanggup cecair kimoterapi ini menyentuh tangan atau kulit mereka lalu masuk ke dalam sistem badan mereka dan menyebabkan mereka sendiri menderita kesan kesan sampingan ubat kimoterapi. Namun demikian, tidak ada seorang doktor pun yang akan menceritakan perkara ini kepada anda !!! Kalau anda tak percaya lain kali boleh tanya doktor doktor ini !!

Bagi radioterapi pula, beberapa kesan sampingan yang perlu diambil kira – loya, muntah, kerosakan pada permukaan epithelial sel, ketidakselesaan perut, bengkak (edema), mandul, penumbuhan barah jenis lain dan beberapa penyakit lain lagi.

Rawatan Alternatif ini adalah gabungan dari pelbagai sumber, yang merangkumi cara hidup sehari. Bermula dari pengubatan, cara pemakanan (diet), dan cara gaya kehidupan.
**kajian secara lengkap , preskripsi saya ini masih belum dibuat , jadi, perlunya anda merujuk dahulu doktor @ tabib yang merawat anda.
Jika anda bersedia , in sya allah, kita mulakan, bermula dari rawatan pertama sehingga berikutnya.

1 a- Bekam.

Cari 17 , 19 dan 21 haribulan dari bulan Islam. Setiap tarikh tersebut , pembekaman di buat.
Pembekaman dibuat sejurus waktu dhuha masuk.
Pastikan perut masih belum diisi lagi , ini kerana pembekaman elok dibuat ketika perut kosong.
Selepas dari 3 sesi pembekaman ini , tarikh selanjutnya adalah 1 minggu selepas 21 haribulan iaitu 28 hb. Jika 28 haribulan tersebut jatuh pada hari rabu , awalkan satu hari iaitu 27 hb (selasa) atau 29 hb (khamis). Selepas dari itu , proses pembekaman di buat selang seminggu – pembekaman intensif ini berlarutan selama 3 bulan.
Untuk tarikh 17 , 19 dan 21 hb – pembekaman dibuat pada 3 hari ini setiap bulan.
Pada masuk bulan ke empat – Pembekaman dibuat selang 2 minggu sekali. (jauhkan dari bekam pada hari rabu).
Pembekaman 2 minggu sekali ini dibuat selama 3 bulan. (iaitu bermula bulan ke 4 pembekaman sehingga masuk bulan ke 6).
(ikut persetujuan pesakit , jika pesakit masih ingin meneruskan pembekaman selang seminggu , maka pembekaman 2 minggu sekali ini bermula pada bulan ke 6.
Dari bulan pertama sehingga bulan ke-5 , pembekaman dibuat selang seminggu kecuali tarikh 17,19 dan 21 hb islam).
In sya allah , selepas 6 bulan ini , boleh rujuk semula pada doktor hospital bagi melihat perkembangan lanjut (jika ingin membuat scan @ test darah , apa-apa yang boleh melihat perkembangan barah).
1b - Pemanasan Badan
- cari cara agar badan terdedah pada kepanasan – sehari sekurang-kurang 30 minit. (elakkan berjemur di bawah matahari!)
- ini boleh diusahakan melalui – sauna atau rendaman badan ke dalam air panas.
- elakkan meminum atau memakan makanan yang sejuk (ais krim , ais , apa-apa makanan/buahan yang sifatnya sejuk atau menyejukkan – air kelapa , tembikai,)
- elakkan hawa dingin air condition.

1c – Kebersihan
- menjaga kebersihan diri dan sekitar sehari-hari
- sekurang-kurang 2 kali mandian dalam sehari
- memakai bau-bauan (minyak wangi) – jika wanita – bau-bauan hanya di rumah. Bau bauan mesti dari produk asli ( harganya mahal sedikit ) dan jangan pakai produk berasaskan dari bahan kimia kerana ia mungkin mengandungi phtalates dan bahan kimia berbahaya yang lain !!!
- Wangian mampu tingkatkan emosi baik (positif) justeru ini boleh meningkatkan tahap daya kekebalan semulajadi  tubuh anda melawan penyakit termasuk merangsang sel sel darah putih dalam badan anda menelan sel sel kanser yang baru terbentuk!!

2 – Madu.
1 – Pagi (masa bangun awal pagi sama ada sebelum subuh atau selepas subuh)- 3 sudu teh madu diminum begitu sahaja atau dicampur ke dalam secawan air.
2 – ambil 1 sudu besar madu 30 minit sebelum makan berat.
3 – 3 sudu teh madu diminum begitu sahaja atau campur dengan air , 30 minit atau 1 jam sebelum tidur.
4 – Jika berupaya mendapatkan propolis – ambil separuh sudu teh setiap pagi bersama-sama madu.
** tambahan : pada hari pembekaman di buat , sejurus selepas dari pembekaman , ambil 3 sudu madu + 3 biji buah zaitun ( atau 3 sudu minyak zaitun) + 1 sudu teh habbatus sauda – makan begitu sahaja atau dicampur air.

3 – Habbatus sauda – 2 kali sehari
1 sudu teh pagi dan petang (selepas asar)
** tambahan : pada hari bekam , sebaik selesai berbekam -ambil 1 sudu teha habbatus sauda + 3 sudu madu + 3 biji buah zaitun.

4 – Buah zaitun @ Minyak Zaitun
a – 3 biji buah zaitun setiap kali memulakan makanan berat.
b – sekurang-kurang diambil 9 biji @ 9 sudu teh minyak setiap hari (boleh bahagi-bahagikan ikut kesesuaian).
c – untuk masakan – gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun ( jika boleh, selama tempoh pengubatan – 6 bulan), dan elakkan dari menggunakan minyak sapi atau butter.
** tambahan : pada hari bekam , sebaik selesai berbekam -ambil 1 sudu teh habbatus sauda + 3 sudu madu + 3 biji buah zaitun.
** Minyak zaitun boleh digantikan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO).

5 – Diet (makanan) harian
a i- Elakkan pemakanan daging merah dan daging telah diproses
- daging merah – lembu , kambing , dan seumpamanya ( jika tidak sakit barah, 2 hidangan seminggu, jika barah masih ada, elakkan hidangan )
- daging proses – burger , naget , sosej dan seumpamanya – ketika barah masih ada – jadikan ianya makanan larangan keras.
bagi yang tidak sakit barah – maximum 2 kali dalam 3 bulan sahaja.
a ii – ayam
- pemakanan ayam juga perlu dihadkan.
- pemakanan 2 hidangan sahaja seminggu maksimum. ( 2 hidangan dari 21 hidangan) – selang sekali bagi setiap 3 hari. ( ayam kampung, ayam ternak tanpa injection Beta 2 Agonist = ractopamine )
- jika ayam yang digunakan (dimakan) adalah jenis ayam pekan (tumbesarannya melalui injection Beta 2 Agonist = ractopamine ) , maka elakkan makan ayam jenis ini.
b – makan sayur hijau dan buah-buahan organik yang bebas racun serangga / kulat / rumpai.
- pastikan setiap hidangan mempunyai sayur hijau ( organik ) bersama – sekurang-kurang 1/4 hidangan atau 1/3 hidangan adalah dari jenis sayuran organik bercap SOM atau SALM.
- buah organik bercap SOM atau SALM diambil sebelum memulakan makanan (jika boleh 10-15 minit sebelum makan berat) – satu hidangan 1 genggam buah-buahan organik bercap SOM atau SALM.
- cari buah yang kaya dengan vitamin C - mandarin, oren dan lain-lain yang bercap SOM atau SALM.
c – elakkan makanan yang digoreng penuh @ dibakar @ dipanggang.
d – kurangkan kemasinan @ garam pada makanan, makanan bergaram – ikan masin, buah yang diperam dengan garam, masakan terlalu banyak garam dan yang mempunyai garam berlebihan.
e – gantikan gula putih kepada madu atau pokok herba stevia. Jadikan madu sebagai gula.
- elakkan minuman @ makanan yang manis-manis. (manis madu dan buah dikira baik untuk kesihatan)
- air gas , air jus buah dalam kotak (jika teringin air buah, usahakan buat sendiri)
- lihat pada pelabelan minuman/makanan – jauhi yang mempunyai label kimia aspartame.
f – pastikan makan hanya apabila perut merasai lapar, dan hentikan sebelum kenyang. Jangan sesekali makan berlebihan. ( jika seseorang itu hanya kenyang dengan 2 pinggang makanan, maka cukup memakan 1 pinggan hidangan,
jika 1 pinggan sudah cukup membuatkan kekenyangan, maka cukup mengambil 3/4 dari bahagian pinggan)
Ini bagi mengurangkan kandungan gula dalam darah.
f – senaman
- sekurang-kurang 15 minit setiap hari , dibawah matahari (sebelum 1000 pagi atau selepas 400 petang).
- amalkan pernafasan tarik hingga dalam dalam– menggunakan hidung , kemudian tahan seketika, dan kemudian hembus guna mulut. *setiap satu dalam kiraan 8 – nafas kira 1,2,3…8 , tahan , kira 1,2,3..8 kemudian hembus guna mulut kira 1,2,3,…8.
buat setiap hari 20 minit sekurang-kurang.
g – banyakkan minum air ( ikut normal keperluan air dalam badan dari 1.5 l -2.0 l)
i - Jauhi rokok dan arak.
j – jajan/snek/makanan ringan/makanan segera dikurangkan seminimum mungkin – ketika proses rawatan – hentikan sebarang pengambilan makanan jenis ini.
k – kurangkan sebarang gelombang/radiasi elektromagnet atau medan elektrik.
- gelombang internet/wifi, handset – matikan pada waktu malam, elakkan meletakkan handset berdekatan. (dekat dalam erti kata jika ianya dimatikan dan boleh dicapai menggunakan tangan – sebagai alternatif jika berlaku kecemasan, buat telefon rumah yang menggunakan wayar)
- kurangkan (dilarang terus) memakan makanan hasil dari pemanasan makanan yang menggunakan microwave atau panggang - dioxin boleh terbentuk !!


6 – Suasana sekitar
- usahakan untuk tinggal di kawasan yang penuh dengan hijau semula jadi, udara segar.
- jika berada di kawasan bandar, usahakan untuk tinggal seketika di kawasan kampung , kawasan laut, yang jauh dari asap-asap kenderaan , kilang selama tempoh perubatan.
- lebihkan kepada membau/menghirup haruman semula jadi bukan kimia.

7 – Amalkan solat sunat 2 rakaat sebelum masuk waktu subuh @ tengah malam.

8 – Kerapkan berpuasa – selang satu hari atau isnin dan kamis – sepanjang tempoh pengubatan.

9 – Emosi/Perasaan
a – kekalkan perasaan sepositif yang mungkin. Bantuan dan sokongan ahli keluarga serta rakan adalah amat membantu.
b – mohon kemaafan pada ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan pada manusia yang dirasakan pernah buat salah zahir atau batin. Maafkan mereka yang bersalah pada anda. Jangan berdendam!!
c – hindari dari pemikiran negatif, menjurus pada negatif, atau kekal pada negatif.
d – untuk ahli keluarga terdekat, jangan biarkan pesakit terasa bersendirian. Jadi kehidupan pesakit semakin ceria dan jauh dan rasa keseorangan, bahkan lebih merasa kebersamaan.
e – kerja-kerja yang menyebabkan tekanan serius perlu dielakkan buat sementara waktu bagi menjaga kestabilan perasaan dan emosi.


10 – Persetubuhan
- persetubuhan perlu menjadi suatu rutin dalam mingguan – 2 kali sekurang-kurangnya – sebagaimana paru-paru perlukan udara, perut memerlukan makanan, maka jiwa/badan seluruhnya perlukan persetubuhan ( 2 kali ini relatif, jika pasangan perlukan lebih dan perlu, maka ianya mengikut keperluan pasangan). Sekiranya pasangan anda berpindah, pasangan yang normal perlu mengikut beliau berpindah tempat sama pasangan yang sakit !!
- jangan kurangkan aktivit persetubuhan berbanding sebelum pesakit jatuh sakit.
- jauhi perzinaan, pelbagai jenis pasangan kelamin.
- hindarkan persetubuhan ketika waktu haid , darah bulanan.
11 – Pembuangan air kecil dan besar dan kebersihan
- kencing sebolehnya tidak ditahan.
- pembuangan air besar juga sebolehnya tidak ditahan. (memastikan 3 hari sekali buang air besar sekurang-kurangnya)
- kebersihan diri dan setempat dijaga
12 – Rehat
- Seboleh pastikan badan rehat secukupnya.
- Tidur selewat-lewat 1 jam selepas azan isya dikumandangkan.
—————————————–
Amalkan dari 1 sampai 11 secara berturut-turut.
in sya allah, hasilnya akan dapat dilihat pada bulan ke 6 @ 7.
—————————————–
In sya allah, hasilnya akan dapat dilihat jika semua ini dilakukan dengan keyakinan dan bersungguh-sungguh. ** penerangan mengapa setiap satu itu , akan cuba diterangkan pada siri-siri mendatang insya allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.