Jumaat, 8 Mac 2013

Cara Makan Biji Aprikot dan diet vitamin b17


Cara Makan Biji Aprikot dan diet vitamin b17 untuk merawat kanser


Menurut banyak sumber, jika seseorang yang ingin mencegah daripada mendapat kanser, pengambilan 15-20 biji aprikot (bersaiz kecil) setiap hari amat di galakkan.
Bagaimanapun bagi pesakit kanser jumlah ini berganda-ganda banyaknya. Ada yang syorkan 30 gm dalam sehari (15-20 biji setiap kali makan). Ada juga mencadangkan sehingga 200 biji sehari. Secara umumnya, dos biji aprikot bergantung pada berat seseorang ( 1 biji bagi setiap 4.5 kg ). Kunyahlah biji aprikot satu persatu dan tambahkan dos secara perlahan-lahan agar badan dapat menyesuaikan diri. Jika ia terlalu pahit, anda boleh juga blendkan dan campurkan didalam makanan seperti salad atau dalam jus buah-buahan tanpa gula seperti jus epal. Anda boleh juga cuba makan biji aprikot bersama buah-buahan seperti buah epal atau aprikot kering untuk mengurangkan rasa pahitnya. Bagi saya sendiri, saya memakan biji aprikot bersama buah-buahan, misalnya bersama buah oren, epal atau jambu. Dengan cara ini rasa pahitnya dapat dikurangkan.
Antara tanda kita telah terlebih makan Vitamin b17 (overdos) ialah anda akan rasa pening dan khayal. Oleh itu kurangkan dosnya ke sukatan yang sesuai dengan badan. Ambillah biji aprikot beberapa kali dalam sehari supaya anda tidak perlu mengambil begitu banyak biji aprikot dalam satu masa. Misalnya anda boleh mengambil biji aprikot setiap kali sebelum anda makan pagi, tengahari, petang, malam dan seterusnya.
Berikut adalah Zat-zat yang perlu ada untuk mengoptimumkan kesan pengambilan biji aprkot untuk membunuh sel-sel kanser :-
  • Zink (berfungsi mengangkut laetrile didalam badan)
  • Vitamin C
  • Vitamin B6, B9, B12
  • Vitamin A, E,
  • Magnesium, Manganese dan Selenium
Tanpa zat-zat yang mencukupi anda boleh makan banyak biji aprikot atau makanan yang mengandungi vitamin b17 namun kesannya kurang berkesan. Zat-zat berkenaan amat di perlukan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan serta untuk membantu dalam proses penyembuhan.

Oleh itu pengambilan multivitamin dan suplemen seperti habbatus sauda (nigella sativa) yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan adalah sangat digalakkan. Mengubah cara diet atau pemakanan kita juga penting.

Elakkan memakan banyak daging binatang kerana ia akan menggunakan banyak enzim pankreatik seperti trypsin, chymotrypsin, bromalin. Enzim-enzim ini pula perlu ada cukup didalam badan untuk menghapuskan lapisan protien sel-sel kanser. Dengan ini sistem imunisasi badan serta vitamin b17 dapat menyerang sel-sel kanser dengan lebih efisen. Oleh itu pengambilan nenas dan papaya yang mengandungi enzim ini amatlah di syorkan. Biji aprikot yang bertindak keatas sel kanser akan mengeluarkan toxin-toxin oleh itu minumlah banyak air supaya toxin-toxin ini dapat disingkarkan dengan cepat.

Anda juga disarankan mengambil banyak sayur-sayuran organik, kekacang dan buah-buahan segar yang mengandungi banyak antioksidan serta zat -zat yang bermanafaat.

Elakkan mengambil makanan yang telah diproses seperti mi segera dan snek-snek ringan yang mengandungi banyak bahan kimia dan pengawet yang mempunyai kesan negetif pada kesihatan. Elakkan juga makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula kerana gula merangsang pertumbuhan kanser. Kawalan diet in mungkin sukar dilakukan tetapi ia amatlah perlu juka anda ingin sembuh dari kanser.

Cara ini mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan kesan, namun anda haruslah bersabar dan istiqamah dalam mengamalkannya, dengan izin tuhan ia dapat membantu anda sembuh dari kanser. Semoga kita bertemu lagi di ruang blog Ubat Sakit Kanser bagi mencari rawatan -rawatan kanser alternatif lain yang berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.