Herba
penawar penyakit
Oleh
RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Pengasas
Herba An-Naabat, Dr. Nurmawati Syakroni menyifatkan setiap herba memiliki
keistimewaan tersendiri.
"Di
peringkat Sarjana Muda saya belajar dalam bidang farmasi di Universitas Gadjah
Mada, Yogyakarta (UGM) dan banyak mempelajari jenis-jenis ubat sintetik dan
fungsinya.
"Ketika
melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya
telah merubah haluan dengan membuat kajian dalam bidang herba sebagai
ubat-ubatan alternatif.
"Kebetulan,
saya sekeluarga juga jarang mengambil ubat sintetik dari klinik, tetapi
menggunakan dan menghasilkan sendiri ubat daripada herba.
"Tahun
demi tahun, saya telah menghasilkan pelbagai ramuan herba untuk merawat
pelbagai penyakit. Semuanya terjadi secara tidak langsung apabila rakan-rakan
di kampus berkongsi masalah kesihatan yang mereka hadapi.
"Dari
situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan herba bagi merawat penyakit yang
saya ramu dengan teliti berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah saya
dapatkan selama ini," ujarnya yang kini bertugas sebagai penyelidik di
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Serdang.
Mengulas
lanjut tentang pengalamannya bersama testimoni herba ramuannya, Dr. Nurmawati
pernah membantu seorang kakitangan makmal di UPM. Pada awalnya, beliau melihat
wanita itu seperti letih dan tidak bermaya.
"Apabila
saya bertanya pada wanita tersebut, ternyata dia menghidapi penyakit tekanan
darah tinggi dan kolestrol tinggi. Kemudian saya cuba membantu untuk
menghasilkan ramuan herba bagi merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam proses
menyediakan setiap ramuan selalu saya sertai dengan solat hajat agar diberi
manfaat tanpa ada mudarat.
Selepas
tiga minggu wanita itu menggunakan ramuan yang saya sediakan, doktor menyatakan
bahawa wanita tersebut bebas kolestrol dan tekanan darah tinggi.
Bermula
daripada ramuan Herba Turun Kolestrol itulah, makin ramai yang mula mengenali
saya dan berkongsi masalah kesihatan mereka. Kini saya sudah menghasilkan 77
ramuan herba dengan jenama An-Nabaat," jelasnya ketika ditemui di Bandar
Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.
Meskipun
pengenalan Herba An-Nabaat hanya 'mulut ke mulut' dan sesekali menyertai ekspo
di beberapa tempat, namun sambutannya sangat menggalakkan termasuk dari
Syarikat Sakmoto, Jepun.
Menurut
wakil Sakmoto di Malaysia, Mohd Dali Abdullah, selepas tsunami melanda Jepun
dan alam sekitar mereka tercemar dengan radiasi radio aktif, permintaan
terhadap ubat-ubatan herba dari luar Jepun terutama Malaysia semakin meningkat.
"Selepas
mencuba beberapa produk Herba An-Naabat dan melakukan perbincangan, pihak
Sakmoto di Jepun berminat mengadakan usaha sama bagi memasarkan herba tersebut
di sana. Pada tahun hadapan, pihak syarikat kami akan membawa Dr. Nurmawati ke
Jepun untuk meneruskan penyelidikan dan mengkomersialkan Herba An-Naabat di
Jepun. Tahun ini, Sakmoto telah menempah minyak kelapa dara dan minyak
herba," ujar Mohd Dali.
Ujarnya
lagi, pihak Sakmoto telah berbincang dengan Profesor Dr. Rozita Rosli bagi
pihak Institut Bio Sains (IBS), UPM, untuk menjadikan IBS sebagai Pusat
Penyelidikan Herba di Asia. Hasil penyelidikan tersebut akan turut dikomersial
ke Jepun dan Korea Selatan.
Kesemua
ramuan herba tersebut diperolehi daripada bahan-bahan alam semula jadi seperti
akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.