Jumaat, 8 Mac 2013

Burung Tempua


Burung Tempua

Suatu petang ku terlihat sarang tempua. Sungguh rajin tempua menganyam rumput rumput menjadi sarang!!! Dua hari yang lain ku ke belakang rumah semula. Ku terkejut melihat sarang telah hilang. Aduh manusia senangnya merampas sarang tempua buat hiasan di gantung di rumah. Sungguh ganas manusia ini! Sungguh tiada perikemanusiaan dan kasih sayang kepada haiwan ciptaan Allah yang Mahakuasa!!! Manusia tidak mengerti apatah lagi untuk menghargai kerja kerja rumit sang burung tempua !!!

Ku mengeluh memikirkan perangai manusia rakus hanya mementingkan keuntungan serta keseronokan dirinya sendiri sahaja semata mata!!!  Malangnya sudah banyak manusia berperangai rakus sedemikian dalam kehidupan mereka seharian ! Dua - tiga hari kemudian ku ke belakang rumah semula... Ku terkejut melihat sarang tempua telah ada semula tetapi tidak sepenuhnya siap! Hanya separuh saja dan rumputnya masih lagi berwarna hijau! Sang tempua tidak putus asa walaupun rumahnya hilang direnggut manusia rakus.

Ku hanya boleh berdoa agar sarang tempua kali ini selamat dapatlah ia meneruskan bakanya di Lembah Kelang ini yang mana mungkin sudah hampir pupus spesis burung ini akibat kerakusan dan keganasan manusia juga!! Di zaman dahulu, nun di kawasan sawah padi, sarang tempua banyak bergantungan tetapi di sini hanya ia-lah satu satunya sarang tempua yang masih ada terdapat di kawasan ku .... Di renggut pula oleh sang manusia rakus ...!!

Tempua tetap tidak putus asa dan membina rumahnya semula!!!  Aku memerhatikan sarang itu dari jauh dengan teropong ! Meskipun dari jarak jauh tiba tiba ku terlihat tempua hinggap di sarang itu tetapi dia seakan tahu aku memerhatikannya dan ia memerhatikan daku pula lalu ia bergegas terbang semula!! Sungguh cantik bulunya berwarna jingga. Mungkinkah ia menuduh aku sebagai manusia durjana yang merenggut sarangnya? Aku tidak menyalahkannya jika ia beranggapan sedemikian kerana jika tuan puan sendiri yang diperlakukan sedemikian iaitu kehilangan rumah sudah tentu tuan puan akan mengamuk tidak tentu arah!!

Tempua tidak berputus asa walaupun rumahnya musnah sama sekali tetapi manusia senang saja menghancurkan mahligai yang mereka bina seolah olah kahwin cerai hanya mainan mereka sahaja !!! Bolehkah kita belajar dari tempua ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.