Jumaat, 8 Mac 2013

Minyak Kelapa Dara (VCO)



Minyak kelapa dara atau minyak kelapa murni adalah makanan yang selamat dimakan dan telah disenaraikan dalam Generaly Regarded as Safe (GRAS), di bawah pentadbiran makanan dan dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan yang mengawalselia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat dan negara barat. Minyak kelapa murni telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal, ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak kelapa dara akan cair pada paras 25 darjah celcius ke atas, begitu juga pada suhu bilik iaitu dalam 28 darjah celcius ke atas. Manakala suhu badan normal manusia adalah 38 darjah celcius, maka pada suhu ini minyak kelapa dara tentunya berada dalam keadaan cair (tidak beku) dan insyaallah ianya tidak akan menyumbat saluran darah seperti yang dituduhkan selama ini.

Di dalam tubuh, asid laurik akan diubah menjadi senyawa monolaurin, sementara asid kaprik pula diubah menjadi monokaprin, keduanya bersifat anti virus, anti bakteria dan anti protozoa, dan kini dikembangkan pula untuk melawan virus HIV/aids, yang mana kebanyakan virus dan bakteria ini dilindungi oleh satu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara mampu memusnahkan lapisan lemak luaran tersebut untuk membunuh DNA virus dan bakteria.

Minyak kelapa dara juga boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa, terutamanya bila hampir masa kelahiran kerana ia mampu meninggikan metabolisma ibu, juga membuat kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin dan mengurangkan jangkitan kuman. Hal ini kerana ianya mengandungi medium chain triglyseride (mct) yang hampir sama dengan lemak yag terdapat dalam air susu ibu, sehingga sesuai untuk dimakan kanak-kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu, ‘mct’ ini mudah dimetabolisme dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.
ANNABAAT Sdn. Bhd. menghasilkan minyak kelapa dara ini secara hygenis, diproses dari kelapa matang bermutu tinggi tanpa menggunakan haba atau kimia, bahan pengawet mahupun bahan perasa. Ianya termurah di pasaran dengan harga terjangkau.

Cara menggunakan:
Diminum dua kali sehari. Untuk memastikan keberkesanan pada tahap maksimum, seeloknya diambil satu jam sebelum makan, perbanyakkan minum air mineral (7 hingga 11 gelas sehari sepertimana yang telah disyorkan oleh pakar perubatan) dan amalkan meminum minyak kelapa dara ini secara berterusan.
·         Dewasa: 1 sudu besar, 2 kali sehari
·         Kanak-kanak 5-12 tahun: 1 sudu kecil, 2 kali sehari
·         Kanak-kanak 1-5 tahun: ½ sudu kecil, 2 kali sehari
·         Kanak-kanak 5 bulan-1 tahun: Titiskan 4-6 titis ke dalam susu
Kandunganya:
·         Asid laurik 50%
·         Asid miristik 18%
·         Asid palmitik 10.5%
·         Asid kaprilik 6.1%
·         Asid kaprik 5.9%
·         Asid oleik 7.5%

Khasiat minyak kelapa dara:
·         Meningkatkan dan memperbaiki sistem pertahanan badan, kadar metabolisma badan, fungsi kelenjar tairoid, penghadaman dan penyerapan khasiat makanan, pertumbuhan sel kulit, rambut dan tubuh manusia.
·         Membekalkan sumber tenaga dengan cepat.
·         Sebagai anti oksidan, virus, bateria, kulat dan parasit.
·         Melembab dan melembutkan kulit, mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit, serta melindungi kulit dari kesan sinar ultra violet cahaya matahari.
·         Membakar dan mengurangkan kolesterol, menurunkan berat badan.
·         Mengurangkan kesan keracunan makanan.
·         Tidak meningkatkan kepekatan platelet dalam darah.
·         Mengurangkan resiko dan kesan penyakit-penyakit kronik, seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis,stroke, asteoporosis, hepatitis a, b, c, sembelit, buasir, ulser perut dalam, selsema dan resdung, demam, denggi dan malaria, demam campak, cacar air, batuk biasa, lelah, pneumonia (radang paru-paru), pelbagai jenis kanser, leukemia, sakit pada gigi dan gusi, penyakit hempedu, herpes syphilis, gonorrhea, psoriasis dan pelbagai penyakit kulit, kelemumur, pembesaran prostat, jangkitan pada mata dan telinga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.