Tahi
Lembu jadi minyak wangi
BAYANGKAN, sisa buangan
daripada lembu, boleh menjadi pewangi udara. Secara logiknya, mana mungkin
najis haiwan herbivor ini boleh menjadikan udara di sekeliling kita menjadi
nyaman dan segar.
Biasanya, tahi lembu
yang berbau busuk ini lebih banyak digunakan sebagai baja organik oleh
petani-petani di negara ini.
Bagi negara India pula,
mereka menggunakan tahi lembu sebagai bahan bakar. Tahi lembu juga dijadikan
ketulan mampat yang digunakan untuk membina rumah.
Namun, kajian yang
dilakukan oleh dua orang pelajar daripada Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul
Izzah dan Rintya Aprianti Miki berjaya menghasilkan pewangi udara daripada tahi
lembu.
Dua pelajar ini akan
mewakili Indonesia ke pertandingan The International Environment Project
Olympiad (INEPO) yang akan berlangsung pada Mei ini di Istanbul, Turki.
Mereka merupakan peserta
pertandingan Projek Sains Olympiad Indonesia yang berjaya merangkul tempat
pertama dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan disertai
oleh hampir 1,000 orang peserta di seluruh Indonesia.
Syarat untuk menyertai
pertandingan ini ialah, para peserta perlu menggunakan bahan yang mudah
didapati di semua negara dan tidak bermusim.
Jadi, kedua-dua pelajar
itu telah memilih tahi lembu sebagai bahan asas penyelidikan mereka.
Pewangi yang dicipta
oleh dua pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Muhammadiyah ini sangat mesra
alam dan berbau seperti herba.
Menurut Nailul, haruman
yang dihasilkan mereka mempunyai bau semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan.
"Haruman ini
mempunyai bau tumbuhan tulen yang menjadi makanan lembu dan bukan kerana
bantuan bahan kimia untuk menjadikannya wangi," ujarnya.
Nailul dan Rintya
melakukan kajian dari aspek pemasaran untuk mengetahui potensi produk yang
mereka hasilkan itu boleh dipasarkan.
Proses
Rintya berkata pewangi
tahi lembu ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana kosnya adalah sangat
murah, iaitu RM6.70 untuk setiap pek 225 mililiter.
“Selain harganya yang
murah, pewangi ini juga tidak mengandungi bahan kimia seperti benzo acetat yang
berbahaya untuk manusia,” jelas Rintya.
Proses untuk
menghasilkan pewangi ini dimulakan dengan mengumpul tahi lembu untuk proses
penapaian. Tahi lembu berkenaan diambil dari ladang lembu yang terletak di
Rempit Kabupaten, Jawa Timur.
Tahi lembu yang
dikumpulkan akan ditapai selama tiga hari. Air yang terhasil daripada proses
penapaian ini akan diambil dan dicampurkan dengan air kelapa.
Air yang sudah bercampur
berkenaan akan diekstrak melalui proses penyulingan secara berperingkat selama
tujuh hari.
Proses tersebut
dilakukan untuk membuang bahan kotor yang terdapat dalam sisa buangan lembu
ini.
Hasil daripada proses
ini, air tersebut berbau seperti rumput segar.
Nailul memberitahu
bahawa mereka akan mendaftarkan ciptaan mereka ini di bawah Hak Harta Intelek
(IPR) kerana tiada lagi produk yang sama didaftarkan.
“Jadi, kita ada peluang
yang besar untuk mendapatkan hak cipta,” jelas Nailul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.