Tumbuhan daripada famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai
buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak
kampung menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali. Satu
kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan
rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah
kebenarannya tidak dapat dipastikan. Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter.
Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah
menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila
tua. Daunnya berbentuk seperti daun
jagung tetapi lebih pendek dan berKetak-ketak. Upih daunnya
rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya
matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti
kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.
Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih
Di kampung-kampung, herba ini digunakan bagi mengubati sakit kepala dan migrin.
- Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum
dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman
ini selepas suam.
- Akarnya mampu mengubati demam
kuning dengan cara merebus
15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah.
Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit
perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.
- Bagi merawat batu
karang pula, 5
gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga
masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan
kencing kotor.
- Bagi merawat rheumatoid
pula, 30 gram buah yang
tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya
semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang
disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit
. Ia juga menjadi penawar
appendiks dan cirit-birit.
- Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah
tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan
sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam.
Ia juga dijadikan ubat bagi merawat
cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi
bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan
sup.
Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.
Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.
# Memang banyak khasiatnya, tapi masih ramai yang
tidak tahu akan khasiatnya, selain dijadikan ubat buah pokok ni juga boleh
dijadikan tasbih.. Sesuai namanya digelar pokok tasbih :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.