Sabtu, 20 April 2013

Makan udang laut lebih selamat


Makan udang laut lebih selamat dari Udang Ternak


Semalam dalam berita jam 8:00pm di TV3, susulan dari liputan yang dibuat mengenai dua penempatan berasingan, kandang haiwan peliharaan anjing dan kucing di tempatkan pada tapak lot persendirian di ulu mukim Hulu Langat, yang pada asalnya untuk projek kolam menternak ikan dan udang..

Apa yang memuskilkan adek dan sekeluarga, bagaimana dan cara pengurusan sistem pembuangan kumbahan haiwan tersebut yang menjijikkan.. dalam liputan itu..
air kumbahan kelihatan mengalir kesungai bila tadahan kumbahan penuh bila hari hujan dan di alirkan ke dalam sungai, yang menurut penduduk setempat air sungai itu dulu kebiasaannya menjadi kegunaan harian penduduk sekitar untuk mandi manda dan kegunaan harian.. menurut penduduk setempat air sungai tadi akan mengalir terus ke tempat rekreasi orang ramai mandi manda..
kini ia menjadi satu gangguan dan pencemaran juga salakan anjing

ada dua penempatan kandang anjing dan salah satu tadi air kumbahan najis haiwan tadi telah dikumpulkan pada satu takungan kolam yang besar yang disaring dan kemudiannya kolam terakhir tadi dijadikan kolam ternakan udang... sungguh meloyakan.. bayangkan bila ternakan udang tadi dipasarkan kepada penduduk setempat yang bergama Islam.. erghh meloyakan...

Pada rakan yang duduk disekitar Hulu Langat, betul ker yang dilaporkan..  dan pandangan anda dialu kan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.