20
tahun hidup tanpa wang
SUELO sanggup meninggalkan kehidupan moden kerana tidak mempercayai sistem kapitalis. LELAKI ini telah lebih 20 tahun menyerahkan hidupnya tanpa menggunakan sebarang wang dan tinggal di dalam gua seperti orang pada zaman Batu. Daniel Suelo, 51, menggunakan semua wangnya sebanyak RM90 di sebuah pondok bagi memulakan memulakan hidup baharu di sebuah gurun di Moab, Utah, Amerika Syarikat (AS). Kehidupannya menjadi inspirasi kepada ribuan rakyat AS yang kini menderita akibat kegawatan ekonomi negara yang mendapat jolokan Uncle Sam itu. Menurut Mark Sundeen, seorang penulis buku dan rakan Suelo, dia telah menulis buku biografi berkenaan rakannya itu selepas bersamanya selama beberapa tahun.
Penulis buku yang
bertajuk The Man Who Quit Money itu mengakui dia terputus hubungan dengan Suelo
selama beberapa tahun sebelum mendengar rakannya hidup tanpa wang sambil
berfikir rakannya sudah gila atau menghidap penyakit mental. Namun, selepas
berlaku kegawatan ekonomi pada 2008, Sundeen mula cuba untuk memahami cara
rakannya itu. "Sistem kewangan kita terlalu kompleks membuatkan pakar
kewangan tidak mampu mengawalnya sehinggakan kita seakan-akan menjadi hamba
kepadanya lagi buruk kita tidak mampu untuk mengawalnya. "Secara fakta,
kehidupan manusia memerlukan wang sehingga untuk mendapatkannya kita menodai
nilai-nilai kemanusiaan," ujarnya. Menurut blog Suelo, dia mencatat
falsafah hidupnya: "Saya tidak menggunakan wang atau melakukan sistem
barter untuk meneruskan hidup.
Buang pasport
"Matlamat saya
hanyalah mengoptimumkan sumber semula jadi untuk memenuhi keperluan semasa
sedangkan sistem kini direka membuatkan manusia mengejar wang
semata-mata," katanya. Tegasnya, sistem
kapitalis membuatkan sesiapa sahaja perlu mengikutinya dan bersalah untuk
meninggalkannya. Selain tidak lagi menggunakan wang, dia membuang pasport yang
dimiliki selain menukar namanya Shellabarger kepada Suelo.
Sejak itu, dia tinggal
di gua atau khemah sambil ditemani haiwan liar atau menetap di rumah individu
yang tidak dikenali. Untuk beberapa tahun, dia menetap dalam gua di Taman
Negara Arches, Utah. Alas tilam Suelo hanyalah batu, berburu haiwan untuk makan
dan minum air gua. Dia juga mempelawa sesiapa sahaja untuk menetap bersamanya
dan menu makanan utama hanya bunga-bungaan dan biji kaktus.
Suelo bukan dilahirkan
dalam keluarga nomad atau gipsi sebaliknya berasal daripada persekitaran
normal. Semasa menuntut di universiti Suelo percaya wang tidak boleh membeli
segalanya termasuk menguasai dirinya. "Dia ingin individu lain mengikuti
jejak langkahnya selain membuktikan kepada dunia bahawa dia boleh hidup tanpa
melakukan sebarang urus niaga berkaitan wang," kata rakannya Damian Nash. "Hidup
saya berubah sama sekali. Saya pernah mendapat kembali cukai pendapatan
berbentuk cek pada 2001 tetapi cek itu dikoyakkan. "Semua itu tidak
mempunyai erti dan hidup sebegini lebih tenang dan mendamaikan," katanya.
Kat gurun amerika pun lelaki
ne boleh hidup.... Ingatkan dalam hutan Malaysia aje orang boleh buat hidup
macam ne rupa2nya di gurun Amerika pun boleh !!! Dan lelaki ini tidak dapat
kanser selama mengamalkan pengambilan dari sumber semulajadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.