Tahukah anda kenapa banyak manusia masing2 nak jadi doktor? Mak bapak pula sibuk nak masukkan anak memasing ke medical school sebab menjangkakan pulangan wang lumayan!! Mereka tak kira samada anak itu aliran sastera gred 4 SPM , masih banyak yang dimasukkan ke Medical School Swasta di luar negara!!! Betul jawapan anda, mereka nak banyak wang dan kereta besar! Dunia didahulukan, akhirat lupakan!!! Buktinya, banyak doktor yang baru setahun jagung baru jadi pakar dah ada kat Prince Court, SDMC, Pantai dsbnya.... Kalau doktor bukan pakar pula, dah cukup 4 tahun sibuk resign 24 jam dan sanggup pula bayar sebulan gaji pd gomen sebagai penalty resign tiba2... Inilah ragam dunia arini di mana duit raja segala galanya. Mereka telah hilang kasih sayang untuk merawat pesakit. sebaliknya bertuhankan nafsu mengejar keduniaan dan wang ringgit semata-mata!! Jangan korang pakai ubat expired masih dok bagi lagi kat pesakit dah le... Ingatle dosa pahala... Walaupun gaji kat gomen tak sebesar gaji di swasta, ingatle bahawasanya di klinik / hospital gomen le lubuk untuk korang buat amal jariah banyak-banyak!!!
Pakar akui gejala gugur janin kian berleluasa
KUALA LUMPUR – Aktiviti
‘mencuci’ janin tanpa mendapatkan nasihat doktor diakui memang wujud dan
berleluasa khususnya membabitkan remaja wanita. Malah menurut mereka, aktiviti
berisiko itu telah wujud sekian lama tetapi yang berbeza hanyalah pendekatan
yang digunakan untuk menggugurkan kandungan. Pakar Sakit Puan, Dr. Mohd. Ismail
Thamby ketika dihubungi mengesahkan menyedari ‘barah’ sosial itu yang kian
merebak di kalangan golongan gadis remaja.
“Saya mengakui memang
menyedari aktiviti menggugurkan kandungan tanpa merujuk kepada pengamal
perubatan bertauliah ini,” katanya. Menurut Mohd. Ismail, pengambilan ubat
tertentu untuk tujuan itu kini lebih popular berbanding kaedah ‘kuno’ yang
digunakan dalam masyarakat sebelum ini.
Katanya, dahulu wanita yang
menyedari diri mereka mengandung melakukan pelbagai cara antaranya makan buah
nanas dalam kuantiti yang banyak kerana percaya nanas ‘tajam’ dan mampu
menyebabkan keguguran. Selain itu, tambah beliau lagi, masyarakat Melayu
sendiri percaya pengambilan herba tertentu atau jamu yang berintisari ’panas’
mampu membawa kejayaan proses keguguran.
“Walaupun mampu menyebabkan
keguguran, semua ini bukan kaedah yang sepatutnya dan sudah pasti risikonya
terlalu tinggi seperti radang pada rahim, kehilangan darah selain boleh
mengundang maut,” hurainya. Sementara itu, Pakar Sakit Puan Jabatan Perbidanan
Sakit Puan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr.
Harlina Halizah Siraj turut mengakui kegiatan itu.
Menurutnya, pada zaman dunia
tanpa sempadan ketika ini, pelbagai ubat untuk tujuan menggugurkan janin boleh
diperoleh dengan mudah. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai isu
tersebut, Haslina memberitahu, pengamal-pengamal perubatan sepatutnya mempunyai
integriti dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan.
Gugur janin suatu barah
Secara purata, pengguguran kandungan di seluruh
dunia dianggarkan melibatkan 50 juta kes setiap tahun iaitu sebanyak 30 juta
melakukannya secara sah, sementara 20 juta lagi dibuat secara 'haram'.
SEORANG anggota polis mengangkat mayat bayi yang
ditemui di tempat pembuangan sampah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Gambar
hiasan
PADA Khamis minggu lalu, dunia tanah air dikejutkan
dengan berita yang dipaparkan dalam media massa tempatan mengenai penemuan
mayat bayi di dalam kawasan sebuah universiti di Terengganu Darul Iman.
Ekoran itu, polis sedang
menjejak suspek kes buang bayi yang dilaporkan telah pulang bercuti di kampung
sempena cuti umum Tahun Baru Cina. Lebih mengejutkan apabila pihak polis
mengumumkan hasil bedah siasat yang mengatakan bahawa bayi tersebut merupakan bayi
lelaki dan dilahirkan cukup bulan sebelum dibuang. "Polis percaya, bayi
tersebut mati kurang 48 jam selepas dilahirkan,'' ujar Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah 11 Negeri Terengganu, Supritendan K. Manoharan kepada media
tempatan di Kuala Terengganu baru-baru ini. Meneliti kes
terbaru itu, ternyata pengguguran janin tidak berdosa semakin mudah dilakukan,
terutama dengan kecanggihan perubatan moden pada alaf ini. Ia bukan sahaja
boleh dilakukan melalui pembedahan, malah dengan penggunaan bahan kimia
PIL menggugurkan janin semakin mudah dibeli sekali
gus menggalakkan seks luar nikah.
seperti pil-pil kontraseptif, alat intro-urine dan sebagainya.
Di Malaysia, ia berlaku bagai
barah yang bernanah dan merebak ke dalam masyarakat. Secara purata, pengguguran
kandungan di seluruh dunia dianggarkan melibatkan 50 juta kes setiap tahun
iaitu sebanyak 30 juta melakukannya secara sah, sementara 20 juta lagi dibuat
secara 'haram'. Baru-baru ini, kita didedahkan dengan kegiatan menjual pil
'cuci benih' yang dilakukan oleh klinik-klinik bersalin swasta di ibu negara
bagi memudahkan proses menggugurkan janin. Dengan hanya membayar RM50, seseorang boleh membeli
sehingga enam biji pil dan perlu dimakan dalam masa tiga hari sebelum dapat
melihat kesannya. Malah, ia boleh dilakukan
sendirian di rumah tanpa perlu mendapatkan khidmat doktor, serta tidak
menyakitkan. Pil tersebut boleh menyebabkan goncangan pada rahim dan kandungan
boleh terjejas dengan mudah.
Pengguguran janin yang
berleluasa lazimnya dilakukan oleh wanita-wanita yang hamil di luar nikah bagi
mengelakkan kandungan mereka diketahui umum dan mengakibatkan maruah tercalar.
Selain itu, ia turut dilakukan oleh wanita-wanita yang sudah berkahwin, tetapi
belum bersedia menimang cahaya mata dengan alasan ingin membina karier terlebih
dahulu, atau bimbang dengan bebanan hidup yang akan bertambah.
Menurut Ketua Obstetrik dan
Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Zainul
Rashid Mohd Razi, pengguguran janin boleh memberikan implikasi yang besar
kepada pelakunya. Antaranya, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran
peranakan, selain berpotensi mengalami pendarahan di dalam perut yang boleh
menyebabkan wanita tersebut pengsan atau maut.
Di samping itu, wanita
tersebut juga sukar untuk mengandung lagi kerana proses pengguguran yang
dialami sebelum ini boleh mengakibatkan usus dan rahim melekat, selain saluran
ovari tersumbat. Sekalipun dia hamil,
dia mungkin mengalami kehamilan di luar rahim. Sekiranya tidak, wanita tersebut
juga berisiko mengalami kemandulan, di samping memberi kesan pada mental dan
emosi setelah mendirikan rumah tangga. Apabila
usia semakin meningkat, dia mungkin mengalami masalah psikologi seperti
kemurungan lantaran asyik memikirkan kandungan yang pernah digugurkan itu.
Selain implikasi-implikasi
tersebut, masyarakat kita seharusnya sedar bahawa pengguguran janin merupakan
suatu dosa besar yang dilaknat Allah s.w.t. Ini kerana ia melibatkan pembunuhan
satu nyawa manusia yang lain.
Mufti Terengganu, Datuk Ismail
Yahya berkata, walau sebesar mana pun janin dalam perut ibu, jika sudah
mempunyai anggota badan atau bernyawa, menggugurkannya tetap berdosa besar
(haram). Malah di dalam surah al-Isra' ayat 31, Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan
kepapaan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada
kamu."
Dari segi undang-undang di
Malaysia pula, pengguguran anak merupakan satu jenayah. Mengikut Seksyen 312,
Kanun Keseksaan, individu yang menggugurkan anak boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Sebaliknya,
jika janin yang digugurkan itu sudah bersifat maka mereka yang terlibat boleh
dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Kesimpulannya, pengguguran janin merupakan satu
jenayah yang mesti dibendung. Sebagai anggota masyarakat, kita seharusnya peka
dengan keadaan ini dan berusaha meningkatkan kesedaran terhadapnya dalam
kalangan masyarakat setempat. Pengamal-pengamal perubatan juga sepatutnya
mempunyai integriti dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan.
Bayar RM50 gugur kandungan
Oleh ASRON
MUSTAPHA
mohdasron@kosmo.com.my
mohdasron@kosmo.com.my
WANITA yang dirahsiakan namanya ini menceritakan pengalaman
menggugurkan kandungan dengan mengambil pil kepada wartawan KOSMO! di rumahnya
di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Di zaman yang
moden ini, menggugurkan kandungan tidak begitu sukar lagi.
Berbanding menggunakan nanas muda, penggunaan herba tertentu atau menggunakan alat tajam tertentu seperti yang dipaparkan filem Melayu, menggugurkan kandungan sudah tidak seazab mana.
Berbanding menggunakan nanas muda, penggunaan herba tertentu atau menggunakan alat tajam tertentu seperti yang dipaparkan filem Melayu, menggugurkan kandungan sudah tidak seazab mana.
Kini
dengan hanya RM50, seorang wanita yang
‘mengandung’ anak luar nikah, boleh ‘mencuci’ benih yang tidak berdosa tanpa
perlu menggugurkannya di klinik atau dilakukan oleh pakar. Malah, gadis-gadis
terbabit mampu melakukannya secara sendirian di rumah tanpa disedari sesiapa
pun mengenai perbuatan haram mereka dan ia tidak menyakitkan pula.
Caranya begitu mudah, iaitu
dengan mendapatkan pil ‘***m**** * dan ‘*******t’ yang dijual berleluasa dan terbuka di klinik-klinik
bersalin swasta di ibu negara. Dengan membayar
wang sebanyak itu, mereka boleh membeli sehingga enam biji pil dan ia perlu
dimakan dalam masa tiga hari sebelum kesannya dapat dilihat.
Untuk membelinya
pula, wanita itu hanya perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak didatangi
haid dan ia sudah cukup untuk membolehkan mereka mendapatkan pil tersebut. Wartawan
KOSMO! yang berpura-pura mempunyai teman wanita yang ‘mengandung’ dengan mudah
memperoleh pil berkenaan.
PIL untuk mengugurkan janin yang semakin mudah
dibeli dibimbangi menggalakkan seks luar nikah.
Doktor
hanya bertanya beberapa soalan mudah seperti umur dan untuk kegunaan apa ubat
yang dibeli, selain turut menawarkan khidmat menggugurkan kandungan jika perlu.
Menurut seorang doktor sakit
puan yang hanya dikenali sebagai Mahinder, pil tersebut boleh menghasilkan
goncangan pada rahim dan kandungannya boleh terjejas dengan mudah.
Ini kerana embrio masih lagi
bersifat seketul daging dan proses pengguguran lebih senang selain kurang
risiko. Selain pil berkenaan, KOSMO! difahamkan terdapat juga klinik bersalin
swasta yang menjual ubat seperti **t**** dan *****c**** yang tujuan asalnya
untuk digunakan khusus untuk membantu wanita bersalin tetapi
disalahgunakan untuk tujuan menggugurkan janin.
Seorang wanita yang pernah
menggunakan kaedah itu, Ain, (bukan nama sebenar) 25, memberitahu, dia telah
tiga kali melakukan pengguguran secara sendirian dengan menggunakan pil
berkenaan. “Saya menjadi ‘call girl’ ketika menuntut di sebuah universiti
selepas terpengaruh dengan kehidupan mewah rakan lain dan sepanjang tiga tahun
bergelumang dengan kerja itu saya telah mengandung sebanyak tiga kali,”
katanya. Katanya, pada mula dia sangat takut selepas menyedari dirinya
mengandung tetapi rakannya yang lebih senior dalam ‘kerjaya’ itu menyakinkan
Ain supaya menggugurkan kandungan itu secara sendirian.
Menurutnya, kali pertama
melakukan pengguguran, dia sangat takut dan mengalami tumpah darah yang banyak
sehingga terpaksa terperuk selama seminggu dalam bilik. “Sakit sangat sehingga
saya tidak mampu berjalan tetapi senior banyak membantu menjaga dan memberi
rawatan kepada saya. “Kejayaan kali pertama itu menyebabkan saya lebih yakin
dan saya lebih rela menanggung sakit daripada aktiviti saya diketahui sehingga
memberi aib kepada keluarga,” ceritanya.
Pil ‘cuci benih’
pilihan gadis kota
Oleh ASRON MUSTAPHA
ZURA tanpa segan-silu tinggal bersama teman
lelakinya di sebuah rumah di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Semudah membeli
pil pening untuk membuang janin.
Begitulah kata-kata yang menunjukkan betapa senangnya untuk menggugurkan kandungan selepas terlibat dengan seks bebas.Ia mudah dibeli di mana-mana pada bila-bila masa, malah harganya juga murah.Itulah luahan dua orang gadis yang menyifatkan pil ‘cuci benih’ yang dijual di ibu kota adalah jalan ‘penyelamat’ selepas terlanjur dan mengandung. Mereka sebenarnya tiada pilihan kerana caj untuk menggugurkan di klinik memerlukan ongkos yang tinggi.“Saya terdesak dan tidak mempunyai pilihan lagi selain menggugurkan kandungan dan hendak gugur di klinik saya tidak mempunyai wang yang cukup.”Demikian pengakuan seorang pelajar sebuah universiti tempatan yang mahu dikenali sebagai Lili, 23, yang pernah menggugurkan kandungan secara sendirian di rumah dengan mengambil pil ‘cuci benih’ tanpa merujuk kepada doktor.Menurutnya, dia bagaikan hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja mengetahui mengandung dua bulan kerana ketika itu teman lelakinya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. “Jika tidak gugurkan, perkara ini pasti diketahui keluarga, mati saya dipukul oleh bapa yang merupakan seorang berpengaruh di kampung,” jelasnya. Kata Lili, ketika itu dia pernah merujuk kesnya ke klinik dan doktor mencadangkannya supaya menggugurkan kandungan dengan bayaran sebanyak RM870.
Begitulah kata-kata yang menunjukkan betapa senangnya untuk menggugurkan kandungan selepas terlibat dengan seks bebas.Ia mudah dibeli di mana-mana pada bila-bila masa, malah harganya juga murah.Itulah luahan dua orang gadis yang menyifatkan pil ‘cuci benih’ yang dijual di ibu kota adalah jalan ‘penyelamat’ selepas terlanjur dan mengandung. Mereka sebenarnya tiada pilihan kerana caj untuk menggugurkan di klinik memerlukan ongkos yang tinggi.“Saya terdesak dan tidak mempunyai pilihan lagi selain menggugurkan kandungan dan hendak gugur di klinik saya tidak mempunyai wang yang cukup.”Demikian pengakuan seorang pelajar sebuah universiti tempatan yang mahu dikenali sebagai Lili, 23, yang pernah menggugurkan kandungan secara sendirian di rumah dengan mengambil pil ‘cuci benih’ tanpa merujuk kepada doktor.Menurutnya, dia bagaikan hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja mengetahui mengandung dua bulan kerana ketika itu teman lelakinya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. “Jika tidak gugurkan, perkara ini pasti diketahui keluarga, mati saya dipukul oleh bapa yang merupakan seorang berpengaruh di kampung,” jelasnya. Kata Lili, ketika itu dia pernah merujuk kesnya ke klinik dan doktor mencadangkannya supaya menggugurkan kandungan dengan bayaran sebanyak RM870.
LILI kesal menggugurkan kandungan dengan mengambil
pil ‘cuci benih’ ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Waktu itu saya tidak
mempunyai wang sebanyak itu, tetapi saya bernasib baik apabila seorang rakan
memberitahu yang kandungan saya boleh gugur dengan mengambil pil dengan harga yang murah,”
ceritanya. Gadis itu seterusnya menceritakan pengalamannya, selepas sehari
memakan ubat berkenaan, dia mula merasai kesan pil yang dibeli itu apabila perutnya
‘memulas’ seperti senggugut.
Menurutnya, sejam selepas
sakit perut, dia mula mengalami tumpah darah dalam kuantiti yang banyak
sehingga tidak mampu berjalan akibat terlalu lemah. Akibat mengalami tumpah
darah yang banyak, Lili memberitahu, dia terpaksa berehat selama tiga hari bagi
memulihkan semula tenaganya dan dalam tempoh tersebut, semua makan minumnya
dijaga oleh rakannya.
Namun, selepas setahun
‘membunuh’ zuriatnya sendiri, Lili terus dihantui perasaan bersalah yang
terlalu mendalam sehingga membuatkan dia sering kali menangis seorang diri. “Bayangan
hitam itu sering kali menghantui dan saya tidak tahu apakah dosa saya ini akan
diampunkan,” katanya yang sudah berpisah dengan teman lelakinya.
Sementara itu, seorang lagi
wanita yang pernah menggugurkan kandungan dengan kaedah yang sama yang mahu
dikenali sebagai Zura, 26, pula mendakwa pengguguran menggunakan pil ‘cuci
benih’ telah menjadi sebahagian daripada cara hidup wanita kota. “Cara ini
lebih mudah dan senang, tetapi biasalah, bila caranya mudah risiko yang perlu
ditanggung pula semestinya lebih tinggi.
“Kebanyakan mereka yang nekad
melakukannya adalah wanita yang terdesak. Begitu juga saya, semasa membuat
keputusan untuk menggugurkan kandungan walaupun sedar risiko nyawa yang menjadi
pertaruhan,” katanya. Zura adalah antara wanita kota yang memilih untuk tinggal
bersama teman lelaki walaupun mereka masih belum mempunyai hubungan suami
isteri yang sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.