Sabtu, 28 Januari 2012

kecuaian punca ibu mati


ARKIB : 30/06/2011

Dakwa kecuaian punca ibu mati

Oleh AZMAN MD NOOR
utusankedah@utusan.com.my

BALING 29 Jun – Seorang peniaga merayu Kementerian Kesihatan menyiasat tindakan seorang doktor di Hospital Baling yang didakwanya cuai ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian ibunya.Mohd. Fauzi Abdul Rahman, 41, dari Kampung Binjul Dalam, Tawar dekat sini berkata, dia membawa ibunya, Sao‘dah Jaafar, 68, yang mengalami sakit perut dan cirit ke hospital itu untuk dirawat pada 23 Jun lalu.Menurutnya, bagaimanapun doktor yang berkenaan menyuruhnya pulang ke rumah kira-kira pukul 1.30 pagi selepas mengatakan ibunya hanya menghadapi masalah angin dalam perut.“Apa yang dikesalkan, keadaan ibu saya masih lemah dan tidak bermaya ketika disuruh pulang itu. Saya merayu kepada doktor berkenaan supaya ibunya dimasukkan ke wad, itupun selepas lima kali memanggil doktor berkenaan memeriksa semula ibunya dan dimasukkan ke wad.“Doktor itu kemudian melemparkan kata-kata sinis dengan berkata kalau nak masuk wad, masuklah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.Mohd. Fauzi berkata, selepas itu ibunya dimasukkan ke wad dalam keadaan tidak sedarkan diri sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.20 petang keesokannya akibat jangkitan bakteria dalam darah yang kritikal.Katanya, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap ibunya tetapi apa yang dikesalkan, doktor terbabit gagal mengesan dengan betul punca penyakit untuk memberi rawatan sewajarnya kepada wanita itu.Menurut Mohd.Fauzi, ibunya yang tidak sedarkan diri hanya dibiarkan terlantar di wad kerana doktor menganggap ia disebabkan masalah angin dalam perut walhal sebenarnya ia adalah jangkitan bakteria dalam darah.“Saya kecewa dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang kepada pesakit lain khususnya kami orang kampung. Janganlah memandang hina dan rendah kepada orang kampung yang memerlukan rawatan kerana kami tidak mampu ke hospital pakar setanding dengan orang yang berada,” katanya.Tambahnya, berikutan kejadian itu dia menghubungi melalui telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Pengarah Kesihatan Hospital Baling, Dr. Jazari Jamaludin, untuk membuat aduan.

“Walaupun pada mulanya tiada jawapan, Dr. Jazari kemudian membalas mesej saya keesokannya dengan mengatakan beliau akan menyiasat kejadian,” katanya.Mohd. Fauzi juga menulis surat kepada Pejabat Menteri Kesihatan, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Pengarah Hospital Baling (HB) untuk meminta penjelasan terhadap apa yang berlaku dan memberi perhatian terhadap kes-kes seperti ini.“Saya lakukan ini bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk pesakit lain juga supaya mereka tidak diabaikan ketika memerlukan rawatan,” katanya. Sementara itu, Dr. Jazari ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan tersebut.‘‘Kita akan siasat dakwaan tersebut,’’ katanya yang enggan mengulas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.