ARKIB : 24/12/2007
Cuai melampau punca tersalah bedah pesakit
DAR ES SALAAM 23 Dis. – Pihak berkuasa
Tanzania semalam merumuskan, “kecuaian melampau” menjadi punca berlakunya
kekeliruan sehingga lutut seorang pesakit tumor otak dibedah dan pembedahan
otak dilakukan ke atas seorang pesakit lutut. Pakar-pakar di Muhimbili telah
membedah tempurung kepala Emmanuel Didas untuk membuang “tumor yang tidak
wujud” di otaknya pada 8 November lalu sementara Emmanuel Mgaya yang menghidap
masalah tumor menjalani pembedahan lutut akibat kecuaian itu. Didas kini berada
di India untuk menjalani rawatan susulan tetapi Mgaya meninggal dunia empat
hari selepas menjalani pembedahan kedua setelah kesilapan itu disedari oleh
doktor. Kementerian Kesihatan menyalahkan doktor dan jururawat yang terlibat
sebagai “melakukan kecuaian melampau” sehingga tercetusnya kesilapan itu. “Mereka
akan dikenakan tindakan disiplin dan dihadapkan ke Majlis Profesional Perubatan
untuk tindakan lanjut,’’ tegas laporan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.