Membarah Dalam Masyarakat : Doktor
Seleweng
Di
zaman manusia rakus sekarang, berbagai bagai perkara yang anda fikir tak
munasabah terjadi pun boleh terjadi. Inilah zaman manusia rakus apabila wang
ringgit menjadi tuhan, manusia takut mati, melebihkan dunia daripada akhirat
yang abadi.
Ada
satu cerita sebuah klinik swasta di XXXXX. Diceritakan kepada saya doktornya
menjawab dengan kasar kepada seorang pakcik… Perbualan lebih kurangnya… Pakcik
itu meminta ubat tahan sakit dari seorang doktor muda yang membuat locum di
klinik itu. Apabila ditanya pakcik tu kenapa Doktor Muda Melayu ini keberatan
memberinya ubat, lalu doktor muda itu menjawab…. Nah pakcik, pakcik makanlah
ubat ini sampai pakcik mati! Terkedu orang tua tu…Ha. Ha. ha… kita ditertawakan
oleh orang yang ingin melihat kita hancur iaitu bangsa Yahudi. Inilah jadinya
apabila orang Melayu berpaling dari agama, dan hanya mendombakan ilmu hanya
untuk kepentingan dunia…
Ada
juga ceritanya begini: seorang doktor lokum yang tak memeriksa langsung
pesakitnya tetapi sekadar bertanya apa sakit sambil membaca suratkhabar.
Selepas diberitahu oleh kawan saya anaknya sakit demam batuk selsema, lalu doktor
puaka ini menuliskan dalam bukunya lalu menyuruh kawan saya beredar keluar… Tak
periksa pun… Kerja tak nak tapi duit locum nak pulak….
Ada
juga cerita yang begini ( Diceritakan sendiri kepada saya dari kawan saya
seorang doktor berjiwa bersih lagi
penyayang dari pengalaman beliau membuat lokum di klinik swasta serata negara ):
Untuk menjimatkan perbelanjaan klinik swasta, langkah-langkah berikut boleh
dipraktikkan kerana anda sebagai pesakit bukannya tahu apa pong yang berlaku di
dalam klinik swasta itu….. He he heh….
- Suhu bilik peti sejuk tidak dikekalkan antara 2ºC – 4ºC lalu menyebabkan vaksin DPT Hib, meningococcal, tetanus, typhim dan lain2 jenis vaksin rosak.
- Staf Klinik suka membuka tutup peti sejuk bagi menyimpan air minuman atau makanan mereka.
- Menggunakan semula benang jahit selepas menjahit luka mangsa kemalangan. Apabila hanya satu atau tiga jahitan dipakai, benang yang masih tinggal masih panjang. Menjadi kerugian jika benang ini dibuang lalu ia dipakai semula walaupun telah menyalahi etika kedoktoran. ( Benang = Cat Gut atau rayon atau silk suture ).
- Menggunakan semula sarung tangan.
- Sarung tangan digunakan bagi meletakkan alat perancang Copper T ke dalam Rahim. Sepasang sarung tangan berharga RM2.50 dan rugi kalau menggunakan sarung tangan baharu.
- Ubat yang telah luput tarikh jika masih tidak berlengas, masih kering, masih handsome, mantap dan tegap masih boleh digunakan…. Agak2nya kalau pada anak dia sendiri dia tak nak bagi tetapi kepada anak anda, selamba je doktor ni bagi ubat dah luput tarikh. Yang memantau perkara ini adalah unit Kawalan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, tapi selalunya hanya ada 2 anggota saja kat Jabatan Kesihatan Negeri untuk pantau ribuan klinik swasta dalam negeri…. Mana boleh cope beb..
- Tidak menggunakan autoclave bagi mensteril peralatan. Penggunaan periuk dandang berketekanan tinggi memerlukan belanja letrik yang besar. Jadi memadailah sahaja dengan merenjis air di bawah laluan air bagi peralatan meletakkan copper T dalam Rahim, peralatan pergigian atau peralatan berkhatan kanak kanak.
- Tidak menukar jarum bagi mencucuk jari semasa ujian rawak gula ( Random Blood Sugar ) – ini mendedahkan pesakit kepada penyakit HIV AIDS dan Hepatitis B !!!
- Menggunakan semula syringe selepas mencucuk ponggong orang – Syringe yang telah mencucuk ponggong pesakit lain ditanggalkan dan syringe ini boleh digunakan semula sebagai penyukat ubat bayi kecil. Ia dilakukan oleh staf doktor dan staf ini mendakwa beliau telah banyak kali terkena tusukan jarum akibat diarahkan mebuka jarum dari syringe yang banyak ….
- Mempraktikkan pengguguran haram - lagi singkat usia kandungan lebih mudah melakukan pengguguran… duit pun mantap iaitu paling murah pun RM 400 sekali gugur.
- Dulu ada dalam suratkahabar keluar alkisah SPM Gred 4 Aliran Sastera pun boleh jadi doktor…. Kebenaran hal ini boleh anda ketahui sendiri jika anda pergi ke Parcel E1, Aras 1, jumpa kerani bahagian Lesen Amalan Tahunan Pengamal Perubatan, tanya je kerani yang jaga tu bahawa kelulusan kerani tu jauh lebih baik dari kelulusan Doktor yang diberi lesen Pengamal Perubatan!
- Ada juga kes pemilik klinik swasta yang menggaji pembantu perubatan membuat lokum!
- Peralatan menjahit luka tidak disteril dengan sempurna yakni tidak dimasukkan ke dalam periuk tekanan tinggi (autoclave).
- Peralatan pergigian tidak disteril dengan sempurna yakni tidak dimasukkan ke dalam periuk tekanan tinggi (autoclave).
- Peralatan Nebulizer pesakit asthma tidak dibersihkan dengan sempurna.
Nah
sekarang kita telah perhatikan serta dapat membuktikan betapa manusia boleh
tewas oleh duit atau mengejar dunia…
Nota: Berhati hati ketika anda pergi ke doktor swasta… Kepada doktor
doktor yang tidak termasuk dalam kategori diceritakan diatas, jangan ambil
hati, sebaliknya tahniah atas anda kerana beretika, amanah, berlaku jujur dan lurus
semasa mencari rezeki. Semoga anda dirahmati Allah dan mendapat rezeki yang
Halal. Ingatlah rezeki halal membawa berkat. Rezeki haram, anda dilaknat.
Barah
Masyarakat : Dr Swasta merompak wang anda
Tahukah anda kenapa Doktor Perubatan berhijrah ke sektor
swasta? Memang benar, mereka mahukan lebih banyak wang masuk ke kocek mereka.
Sayangnya, mereka bekerja dalam bilik kecil seluas 12 x 15 kaki lama-kelamaan
sikap tamak semata-mata mengejar kebendaan dunia menguasai diri lalu mereka lupa
apa tujuan mereka diciptakan Allah di atas muka bumi ini. Di bawah adalah
huraian bagi anda memahami serta juga membantu anda meminimakan jumlah wang
yang akan dirompak oleh doktor2 swasta anda !!! Paparan cerita ini bagus anda
kongsikan dengan peguam anda. Para peguam anda lebih dari gembira untuk
membantu anda.
Bayaran berkhatan terlampau mahal.
Bayaran berkhatan dengan pakar
adalah lebih kurang RMN2600/- bagi satu budak. Sebagai contoh, RM 600 adalah
khas buat pakar bius membiuskan anak anda! RM 600 bayaran untuk pakar bedah dan
selebihnya RM 1500 bayaran hospital, bayaran register dsbnya! Bius keseluruhan
badan diketahui mempunyai kesan sampingan. Jika tidak bernasib baik, atas kesan
sampingan yang jarang berlaku, anak anda boleh mendapat kekejangan dan mati di
atas dewan bedah! Apalah salahnya jika hanya guna local anaesthesia saja.
Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu guna local anaesthesia kerana local
anaesthesia bayaran tidak dapat dimaksimakan!
Khatan guna Cautery:
Cautery bermaksud pembakaran
salur darah supaya salur darah tidak lagi berdarah. Cara ini akan menyebabkan
ada tisu daging panggang mati atas luka zakar. Tisu mati menggalakkan
pertumbuhan kuman. Namun cara ini paling digemari kerana ia memudahkan si
operator/doktor. Kadar sakit belakang si pembedah jadi kurang kerana si dia
tidak perlu bertungkus lumus menghabiskan masa untuk buat simpulan ikatan
(ligation) dengan benang catgut. Lain kali tanyalah doktor anda adakah cara cautery
ini akan merosakkan saraf zakar anak anda kerana suhu yang tinggi mungkin
mencederakan saraf zakar!
Menjual MC
Cuti sakit boleh dibeli. Ada doktor yang menjual sijil cuti
sakit cth 1 hari = RM 10; 2 hari RM 15, 3 hari RM21/- dsbnya. Ada juga pesakit
yang sanggup telefon doktor minta cuti sakit bagi anaknya yang balik dari
cuti….
Lain Lain Misconduct:
Melakukan pengguguran janin secara haram.
Menjual ubat menggugurkan janin.
Menjual Ubat Batuk / Pil Dadah / Pil Tidur / Pil Khayal / Pil
Obesiti / Pil Perancang / Ubat Tahan Sakit Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs
NSAIDS.
Mencampurkan ubat NSAIDS dengan ubat Steroids
Mencampurkan ubat obesity + ubat melambatkan pergerakan usus.
Tidak menukar jarum antara pesakit bagi memeriksa darah kencing
manis.
Menggunakan semula syringe terpakai – sesudah cocok bontot
pesakit A, syringe ini ditanggalkan jarumnya dan diserahkan kepada ibu ibu bagi
memberi ubat air kepada bayi ibu.
Menggunakan semula sarung tangan terpakai – Untuk memasukkan
alat cegah hamil Copper T sarung tangan digunakan semula untuk pesakit lain.
Menggunakan semula ubat luput tarikh.
Menggunakan ubat yang belum @ tidak diluluskan oleh Unit
Kawalan Farmasi KKM.
Membuat appendicectomy walaupun
appendix anda Normal – dalam carta post operative note: dituliskan inflammed
appendix. Penipuan sebegini dapat dibongkar bila anda minta tisu appendic anda
dan minta pathologist hospital swasta lain melihatnya dibawah mikroskop. Juga
lakukan ujian DNA yang appendic itu milik anda…… Check mate kepada surgeon yang
membedah anda dan melakukan penipuan!!!
Membuat Caeserian Section walaupun anda boleh bersalin
Normal.
Memujuk anda melakukan pelalian seluruh badan (General
Anaesthesia) untuk prosedur minor seperti berkhatan.
Memberikan sehingga 5 jenis ubat walaupun anda hanya
complain demam.
Sekiranya anda kencing manis doktor tidak melakukan ujian melihat
dalam mata (Fundoscopy) kepada anda setahun sekali.
Sekiranya anda kencing manis tidak melakukan ujian darah bagi
melihat fungsi buah pinggang kepada anda secara berkala.
Tidak merujuk anda kepada pakar sekiranya paras gula atau Darah
Tinggi tidak terkawal.
Tidak merujuk anda ke pakar sekiranya anda ada komplikasi
mengandung sebaliknya masih meneruskan rawatan di klinik mereka.
Nota : Kepada para doktor
berjiwa mulia yang tidak melakukan perkara di atas, saya mohon maaf , saya
tidak berniat menuduh anda dan semoga Allah yang dapat membalas amalan baik
anda. Teruskan pekerti terpuji anda dan jauhi dari penipuan kerana wang hasil
penipuan tidak kekal dan anda tidak bahagia dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.