Warga Britain dakwa dua doktor pakar sebabkan kematian isteri
KUALA
LUMPUR 23 Julai - Seorang jurutera warga Britain memberitahu Mahkamah Tinggi di
sini hari ini bahawa isterinya, Nik Rosemawati Nik Mohamed meninggal dunia
selepas menjalani pembedahan menyedut tisu lemak berlebihan (liposuction)
di bahagian perut di sebuah klinik, empat tahun lalu.Detik-detik sebelum
kematian isterinya itu diceritakan oleh Matthew Scot Oakley, 38, dalam keadaan
sebak dan beberapa kali mengesat air matanya semasa memberi keterangan dalam kes
samannya terhadap dua orang doktor pakar, Dr. George Varughese dan Dr. Raja
Kumar Rajendram.Beliau yang kini bekerja dan menetap di Dubai menyaman
kedua-dua doktor itu bagi menuntut ganti rugi kerana didakwa cuai sehingga
menyebabkan kematian isterinya.Oakley selaku plaintif pertama, turut menamakan
dua anak mereka, Sarah Rose Oakley, 9, plaintif kedua dan Daniel Adam Oakley,
6, plaintif ketiga.Dalam keterangannya, Oakley memberitahu, isterinya
berhadapan dengan masalah lemak berlebihan di bahagian perut selepas melahirkan
dua orang anak bersaiz besar akibat daripada penyakit kencing manis yang
dihadapinya.
Menurutnya,
Nik Rosemawati yang berusia 43 tahun semasa meninggal dunia mula berhadapan
dengan penyakit kencing manis selepas mengalami keguguran pada tahun
1998.Semasa mendapatkan rawatan penyakit kencing manis di sebuah hospital
Ampang, katanya, isterinya telah diperkenalkan dengan defendan pertama,
Varughese iaitu pakar bedah kosmetik untuk mendapat rundingan mengenai
pengurangan lemak tersebut.Menjawab soalan peguamnya, Renu Zechariah, plaintif
berkata, defendan pertama mencadangkan prosedur full tummy suck yang
termasuk prosedur liposuction dan pembedahan pembetulan kepada otot
abdomen.Memandangkan anggaran kos pembedahan di hospital itu yang menelan
belanja RM9,000, kata Oakley, mereka bersetuju melakukan pembedahan di klinik
defendan pertama di Bangsar yang mempunyai peralatan perubatan moden dengan kos
yang lebih murah.Menurutnya, isterinya yang merupakan suri rumah telah
menjalani pembedahan di klinik itu pada pukul 3 petang, 21 Jun 2004 selepas
diberi suntikan sedatif oleh Rajendram, pakar bius yang dinamakan sebagai
defendan kedua.
''Nik
kemudian keluar dari bilik rawatan untuk berjumpa saya di bilik menunggu. Kami
berciuman dan saya meyakinkan dia bahawa segalanya akan berjalan lancar sebelum
dia meninggalkan saya untuk menuju ke bilik pembedahan.''Saya tidak pernah
terfikir bahawa itu adalah kali terakhir saya berbual dengannya,'' katanya
sambil menahan sebak.Oakley berkata, kira-kira pukul 6.30 petang, defendan
keluar dari dewan pembedahan dan dengan senyuman menyatakan bahawa pembedahan
itu telah berjalan lancar dan berjaya.Bagaimanapun kira-kira pukul 8 malam,
katanya, defendan pertama menemuinya dan menyatakan sesuatu yang serius telah
berlaku iaitu bacaan tekanan darah isterinya tiba-tiba menjadi kosong dan
denyutan jantungnya telah berhenti.
Katanya,
isterinya kemudian telah dihantar dengan ambulans ke Hospital Gleneagles di
Ampang dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 7.50 pagi, 23 Jun
2004.Dalam keterangannya, Oakley memberitahu, beliau menuntut ganti rugi
berjumlah RM520,431 daripada kedua-dua defendan.Perbicaraan di hadapan Hakim
Datuk Tengku Maimun Tuan Mat bersambung 6 hingga 8 April tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.