ARKIB : 14/05/2008
Ibu saman Hospital Kajang RM2 juta
SHAH
ALAM 13 Mei - Seorang ibu yang sedang mendapatkan kaunseling daripada pakar
psikiatri ekoran kematian bayi sulung yang dilahirkan melalui kaedah vakum 33
hari yang lalu, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini
untuk menuntut ganti rugi RM2 juta daripada seorang doktor, Pengarah Hospital
Kajang dan Kerajaan Malaysia kerana didakwa cuai.
Noor
Hidayu Hashim, 21, selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui suaminya,
Kamaruddin Mohd. Yasin, 28, seorang pegawai di Penjara Kajang menerusi Tetuan
M.K. Othman & Co. di pejabat Pendaftar Mahkamah kira-kira pukul 3 petang.
Dalam
writ saman 13 muka surat itu, Noor Hidayu, seorang pekerja di sektor swasta,
menamakan Dr. Wan Shahruliza Wan Shaharan, Pengarah Hospital Kajang dan
Kerajaan Malaysia masing-masing defendan pertama hingga ketiga.
Menurut
pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, sakit di bahagian abdomen dan
terdapat pengeluaran air ketuban yang banyak pada pukul 3 pagi, 11 April lalu.
Kira-kira
pukul 9 pagi, plaintif mendakwa telah dibawa ke bilik bersalin dan diperiksa
oleh defendan pertama dan didapati pintu rahim telah terbuka tiga sentimeter.
Defendan
pertama dan kakitangan hospital telah membantu plaintif yang menghidap penyakit
kencing manis melahirkan anak melalui kelahiran biasa namun gagal.
Defendan
pertama kemudiannya telah menggunakan kaedah vakum untuk mengeluarkan bayi
plaintif dan akhirnya pada pukul 6 petang hari yang sama, plaintif melahirkan
seorang bayi lelaki seberat 4.75 kilogram.
Plaintif
mendakwa, bayinya telah mengalami masalah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam hari yang sama.
Plaintif
turut mendakwa beliau telah dimaklumkan melalui sekeping gambar imbasan x-ray
yang menunjukkan kedua-dua bahu bayinya patah, tengkorak retak di samping
kehilangan terlalu banyak darah kesan bersalin menggunakan kaedah tersebut.
Plaintif
juga menyenaraikan lebih daripada 10 butiran kecuaian defendan-defendan
antaranya gagal dan cuai dalam memastikan teknik rawatan atau kaedah bersalin
yang sesuai diberikan kepadanya.
Sehubungan
itu, plaintif menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan
ganti rugi melampau berjumlah RM2 juta serta kos berserta relif lain yang
ditentukan sesuai oleh mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.