ARKIB : 18/01/2011
Suri rumah terima RM100,000
Oleh
ANI AWANG
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
IPOH 17 Jan. - Kes saman seorang suri
rumah yang kehilangan buah dada kirinya sejak lima tahun lalu akibat kesilapan
pembedahan di sebuah hospital kerajaan berakhir hari ini apabila wanita itu
bersetuju menyelesaikan tuntutannya di luar mahkamah.Persetujuan tersebut
dicapai setelah T. Silvarany, 56, menerima tawaran ganti rugi berjumlah
RM100,000 daripada pihak defendan ketika kes itu disebut di Mahkamah Tinggi di
sini.Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman kemudian merekodkan
persetujuan tersebut.Silvarany sebelum ini memfailkan saman RM2 juta terhadap
pakar bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. L. Vasu Pillai;
Pengarah hospital tersebut, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan
cuai semasa melakukan pembedahan itu.Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif
menyatakan, dia telah pergi ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan
berikutan sakit dalam perut pada 2005.
Menurutnya, pemeriksaan doktor
kemudian mengenal pasti puncanya sebagai fibroid iaitu ketumbuhan pada dinding
rahim. Ujar plaintif, setelah ketumbuhan berjaya dibuang, pemeriksaan lanjut
mendapati ada gumpalan atau ketumbuhan lain pada buah dada kiri yang disyaki
sebagai barah buah dada. Silvarany kemudian dimasukkan semula ke wad HRPB pada 6
September 2005 dan menjalani pembedahan untuk membuang buah dada kirinya pada
keesokan harinya.
Menurutnya, semasa melakukan rawatan
susulan pada Oktober 2008, seorang doktor pakar memberitahunya bahawa
pembedahan membuang buah dadanya adalah satu kesilapan kerana dia sebenarnya
tidak menghidap penyakit barah buah dada.Ketika ditemui di luar mahkamah,
Silvarany berkata, dia bersyukur dan berpuas hati dengan jumlah pampasan yang
diterimanya.Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Fazley Kamarudin hadir mewakili
pihak defendan manakala plaintif diwakili peguam A. Sivanesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.