Sabtu, 28 Januari 2012

doktor cuai sebabkan kematian bayi


Ibu bapa dakwa doktor cuai sebabkan kematian bayi

ARKIB : 08/04/2008

ALOR STAR 7 April - Sepasang suami isteri yang baru dikurniakan anak sulung merasa sedih kerana bayi mereka yang baru berumur tujuh hari meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital.Mohd. Yusri Saidin, 31, dan isterinya Rohaya Jaafar, 28, mendakwa seorang doktor pelatih gagal memaklumkan kepada doktor yang lebih kanan apabila bayi mereka dilahirkan dalam keadaan 'lemas' di Hospital Sultanah Bahiyah di sini 12 Mac lepas."Walaupun reda dengan kematian bayi kami, tetapi kami tidak berpuas hati dengan tindakan doktor tersebut yang dianggap cuai," kata Rohaya di rumahnya di Kota Sarang Semut dekat sini.Bayi perempuan seberat 3.1 kg tersebut ditempatkan di dalam inkubator selepas dilahirkan, tetapi meninggal dunia tujuh hari kemudian semasa masih berada (di luar inkubator) di hospital berkenaan.Beliau yang juga kakitangan di hospital itu berkata, ketika dimasukkan ke bilik bersalin pada 5 Mac lepas, beliau terpaksa menjalani pembedahan kerana anak di dalam perutnya didapati telah lemas.Punca lemas itu adalah kerana tali pusat yang keluar terlebih dahulu sebelum bayi, katanya."Tetapi yang mendukacitakan saya ialah tindakan doktor terbabit yang tidak mengendahkan aduan saya supaya segera memanggil doktor pakar untuk mengendalikan bayi yang sedang dilahirkan."Akibat itu anak saya dilahirkan dalam keadaan tidak sedarkan diri hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat CPR dan berjaya mengerakkan nadi anak saya sebelum dimasukkan ke dalam inkubator," katanya.Bagaimanapun hayat bayi itu tidak lama kerana meninggal dunia tujuh hari kemudian.Rohaya berkata, mereka telah merujuk kes tersebut kepada pihak hospital yang mengakui kecuaian mereka dan turut menunjukkan surat hukuman menggantung kerja selama dua bulan kepada doktor pelatih berkenaan."Tetapi kami masih tidak berpuas hati di atas kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.