Sabtu, 28 Januari 2012

Saya boleh cam anak saya

ARKIB : 27/04/2011
'Saya boleh cam anak saya'
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

LIZA termenung mengenangkan nasib anaknya dipercayai turut menjadi mangsa sindiket jual bayi di Taman Gembira, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - "Jika saya jumpa anak saya, saya boleh cam dia... telinganya berbeza daripada orang lain, kedua-dua belah telinganya kecil dan berlipat."Demikianlah luahan seorang ibu tunggal yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 34, yang bayi lelakinya turut menjadi mangsa sindiket menjual bayi dua tahun lalu.Liza yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditemui di tempat kerjanya semalam berkata, dia berhasrat untuk bertemu dengan anak bongsunya itu dan kini amat rindu dan sering terbayang wajah comelnya."Separuh gila saya memikirkan nasib anak saya yang diberi nama Mohd. Sulaiman. "Saya hanya sempat tidur bersamanya hanya satu malam saja sebaik dia dilahirkan."Sejak saya menyerahkan untuk dijaga keluarga angkat, saya tidak tahu siapa yang menjaganya dan bagaimana nasibnya," katanya yang menganggarkan anaknya itu berumur dua tahun sekarang. Menurut Liza, anaknya itu diserahkan kepada seorang lelaki di sebuah klinik swasta yang beroperasi di Menara Landmark di sini dan diberitahu bayi tersebut akan diserahkan pula kepada keluarga angkat.Bagaimanapun menurutnya, dia masih menyimpan Mykid, sijil lahir serta buku kesihatan ibu dan anak bayinya, itu tetapi kesemua dokumennya tersebut telah diambil oleh polis.
Terdahulu, cerita Liza, semalam dia telah dipanggil polis bagi membantu untuk mengecam klinik yang menguruskan penjualan bayinya yang ketika itu baru berusia dua hari.Katanya, keadaan klinik tersebut masih tidak berubah, namun telah ditukar kepada nama lain.Dalam kawat cam pula, katanya, dia turut dapat mengecam doktor yang kini ditahan polis berhubung kes tersebut.
Semalam sebuah akhbar melaporkan kisah Liza yang diperdaya oleh sindiket jual bayi yang hanya membayarnya RM200 bagi menyerahkan bayinya kepada keluarga angkat. Ketika urusan itu, Liza diberitahu, anaknya akan diserahkan kepada keluarga angkat yang boleh menjaganya dengan baik.Katanya, dia tidak berniat untuk menjual bayi dan penyerahan itu dibuat ekoran keadaan dirinya yang tidak mampu menyara bayi tersebut bersama dua anak lain.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis menahan dua lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai turut terlibat dengan sindiket penjualan bayi.Menurut beliau, kedua-dua suspek itu ditahan di Tampoi pada pukul 12.30 tengah hari dan 2.30 petang semalam.Mokhtar memberitahu, polis turut menahan reman seorang wanita berusia 31 tahun di sini kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.