ARKIB : 22/10/2011
Abai rawatan anak, ibu kecewa hospital utamakan wang bayaran
ROSNANI
Rosdi bersama anaknya, Muhammad Aidil Fiqri semasa ditemu bual wartawan di
Melaka, semalam.
MELAKA 21 Okt. - Seorang ibu meluahkan rasa kecewa terhadap layanan sebuah hospital swasta di sini yang lebih mementingkan bayaran tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami bayinya ketika cuba mendapat rawatan di hospital berkenaan.
Rosnani Rosdi, 37, yang menggunakan
perkhidmatan di hospital itu sejak 12 tahun lalu berkata, dia membawa bayi
lelakinya, Muhammad Aidil Fiqri, 10 bulan untuk mendapatkan rawatan pada 13
Oktober lalu.
Dakwanya, anak kelimanya itu yang juga
dilahirkan di hospital sama pada 12 Disember 2010 perlu menjalani x-ray kerana
mengalami bengkak kepala akibat terjatuh dari tangga rumahnya beberapa hari
sebelumnya.
"Ketika mendaftar di kaunter, kakitangan
tersebut memaklumkan saya masih ada bayaran tunggakan sebanyak RM2,800 ketika
melahirkan Muhammad Aidil yang belum dijelaskan.
"Saya mengakuinya dan jumlah itu adalah
sebahagian daripada RM6,200 yang merupakan kos keseluruhan pembedahan bersalin.
Sebelum ini telah pun dibayar RM3,000," katanya ketika ditemui Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Pada masa sama katanya, kakitangan hospital
itu langsung tidak bertanya tentang tujuannya datang ke situ walaupun melihat
kepala anaknya itu yang bengkak, sebaliknya terus mengarahkannya ke pejabat
pentadbiran.
Menurutnya, setibanya di pejabat, seorang
kakitangan wanita memberitahu dia perlu menjelaskan semua baki hutang tersebut
sebelum membenarkan rawatan x-ray dilakukan ke atas anak lelakinya itu.
Rosnani memberitahu dia sedang menunggu
potongan harga daripada pihak hospital kerana cuai ketika melakukan pembedahan
ketika melahirkan Muhammad Aidil.
"Akibat kecuaian doktor, pipi kanan
Muhammad Aidil calar selain buah pinggang saya turut luka menyebabkan saya
terpaksa membawa beg air kencing selama empat minggu. "Disebabkan itu,
saya minta pihak hospital memberikan potongan harga, tetapi mereka cuma beri
potongan RM400 sahaja dan minta saya bayar lagi RM2,800," katanya.
Menurutnya, potongan harga sebanyak RM400
adalah tidak berbaloi dengan kesakitan dialami mereka dua beranak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.