Menteri akui doktor
cuai
Oleh HELMI MOHD FOAD 29/08/2007
PUTRAJAYA 28 Ogos –
Kementerian Kesihatan hari ini membuat pengakuan terbuka wujud unsur
kecuaian dalam kes bayi Lai Yoke Shan yang mati sel tangan kirinya kerana
tersalah suntik oleh seorang doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR), Klang awal bulan ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek ketika membuat pengakuan itu juga melahirkan rasa kecewa
kerana doktor pakar yang bertugas di HTAR ketika itu hanya memberikan arahan
melalui telefon kepada seorang doktor pelatih yang mengendalikan rawatan
bayi perempuan berkenaan.‘‘Secara terbuka kami mendapati terdapat kelemahan
dalam prosedur rawatan ke atas bayi itu. Tambahan pula bayi itu dilahirkan
dalam keadaan pramatang dan ini menimbulkan kesulitan kerana rawatannya
agak rumit.‘‘Mengarahkan seorang doktor pelatih untuk menjalankan rawatan
itu tidak seharusnya berlaku. Doktor yang bertugas sepatutnya datang
melihat sendiri pesakit dan tidak memberikan arahan melalui telefon,” kata
Soi Lek pada sidang akhbar selepas sesi dialog bersama pengusaha hospital
swasta di kementeriannya di sini. Awal bulan ini, lengan tangan Yoke Shan
yang ketika itu baru berusia dua minggu didapati tidak berfungsi setelah
selnya mati akibat kecederaan ketika dirawat di HTAR. Tangan kanak-kanak
itu kini menghadapi risiko terpaksa dipotong. Menurut Soi Lek, Kementerian
Kesihatan sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi menentukan
jumlah pampasan kepada ibu bapa bayi itu berikutan kecuaian yang dilakukan
oleh doktor berkenaan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.