ARKIB : 17/08/2011
Suami dakwa hospital cuai bedah isteri
SUBANG JAYA 16 Ogos -
Hasrat seorang suami untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama isteri
kesayangannya tidak kesampaian apabila wanita itu kini terlantar di hospital,
gara-gara dakwaan kecuaian doktor menjalankan pembedahan apendiks pada 21 Julai
lalu.Menurut
Koperal Sharifuddin Othman, isterinya, Salmai Ibrahim, 52, sepatutnya menjalani
pembedahan membuang apendiks pada 20 Julai lalu selepas dikejarkan ke Unit
Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, Perlis, ketika sedang
menjaga ibu mertuanya yang patah kaki.
"Apendiks isteri saya disahkan
sudah pecah ketika itu tetapi dia hanya dibedah pada pukul 3 petang keesokan
hari. "Selepas pembedahan, isteri saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
(ICU) dalam keadaan koma selama dua hari sebelum dipindahkan ke wad biasa dan
dibenarkan keluar hospital pada 27 Julai lalu," katanya yang juga Timbalan
Ketua Polis Balai Komuniti Taipan, USJ Subang Jaya ketika ditemui di sini hari
ini.Pada pukul 8 malam hari yang sama, bagaimanapun, menurut Sharifuddin,
isterinya yang ketika itu berada di rumah kakak iparnya di Taman Guru Jaya,
Kangar, mengadu sakit dan didapati bahagian jahitan pembedahan di perutnya
terbuka sehingga darah mengalir keluar.
Keesokan harinya, isterinya dihantar
semula ke HTF dan ditahan di wad tetapi hanya menerima rawatan membersih
luka.Dia mendakwa tiada usaha dilakukan oleh doktor untuk menjahit semula
tempat pembedahan yang terbuka atau membuat pemeriksaan lanjut terhadap bekas
pembedahan itu sehinggalah keadaan isterinya semakin teruk dengan semua jahitan
di perutnya terbuka pada 2 Ogos lalu."Isteri saya menderita kesakitan
sehingga demam apabila luka di tempat pembedahannya terbuka semula sehingga
menampakkan isi perut tetapi doktor hanya membersihkan luka tersebut, memberi
ubat demam dan penahan sakit dengan alasan ia proses biasa untuk pulih,"
katanya.
Dia yang tidak berpuas hati dengan
layanan hospital itu kemudian memindahkan isterinya ke Pusat Perubatan Kedah di
Alor Setar, pada hari sama. "Tiba di situ, doktor memaklumkan keadaan
isteri saya sudah tenat kerana usus yang disambung selepas pembedahan sebelum
ini pecah dan membengkak, malah dia akan meninggal dunia jika tidak dirawat
segera," katanya.Ekoran itu, isterinya sekali lagi terpaksa dibedah bagi
menyelamatkan nyawanya pada keesokan hari.
Sharifuddin berkata, pembedahan kedua
di pusat perubatan itu berjaya menyelamatkan isterinya tetapi dia belum
dibenarkan keluar hospital sehingga kini dan berkemungkinan terpaksa berhari raya
di hospital.Memandangkan mereka sekeluarga tinggal dan bekerja di Subang Jaya,
salah seorang anak perempuannya terpaksa berhenti kerja di sebuah bank untuk
membolehkannya menjaga ibunya yang terlantar di Pusat Perubatan
Kedah.Sharifuddin mendakwa sudah bertemu dengan Pengarah HTF untuk mengadu
tentang kecuaian kakitangannya tetapi tiada maklum balas diperoleh sehingga
kini.Dia yang kecewa dengan kecuaian dan sikap lepas tangan pihak HTF kini
dalam proses mendapatkan peguam untuk menyaman hospital berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.