Rawatan Chemotherapy Untuk Pesakit Kanser vs Rawatan Natural
Salam... Ramai
pesakit barah / kanser meninggal selepas mendapatkan rawatan kemoterapi.
Rawatan kemoterapi ini sebenarnya untuk membunuh sel-sel kanser. Tapi dalam masa
sama, sel sel yang baik dibunuh juga. Saya ada membaca di internet yang ramai
pesakit kanser meninggal selepas mendapatkan rawatan kemoterapi. My beloved
aunt juga telah meninggal Ahad lepas (Al-Fatihah untuk arwah) selepas beberapa
hari mendapatkan rawatan kemoterapi di Pulau Pinang. Selepas itu, barulah saya
membuat kajian serba sedikit mengenai rawatan kemoterapi. Saya menerima takdir
pemergian arwah. Cuma ingin bertanyakan pendapat dan mungkin berkongsi
pengetahuan dengan forumer lain mengenai kesan kemoterapi. Sekiranya kemoterapi
ini berbahaya (kerana dapat membunuh sel-sel baik selain membunuh sel kanser),
adakah rawatan kemoterapi mesti diteruskan atau dibenarkan? Saya sudah google
perkataan "Passed away after chemotherapy" dan saya dapati ada orang
berpangkat tinggi di White House juga pernah meninggal selepas rawatan
chemotherapy. Dan selepas google, saya juga
menjumpai artikel yang rawatan natural adalah rawatan yang lebih baik untuk melawan kanser. Maksudnya, pesakit perlu mengamalkan pemakanan pemakanan sihat
yang mengandungi antioxidant yang tinggi. Katanya pemakanan sihat lebih baik
untuk melawan kanser berbanding chemo. Jadi, sekiranya diberi pilihan di masa
akan datang, ada insan X sedang menghadapi kanser, yang manakah lebih baik. Tidak
perlu membuat kemoterapi dan melawan kanser melalui cara natural atau membuat
kemoterapi dan melawan kanser secara natural? terima
kasih...
Dah 2 orang
pakcik aku meninggal selepas kemo.....kurus gile badan arwah pakcik aku... sedih
aku tengok...semua ada anak kecil2...aku tengok anak dia tak nangis pun...anak dia
tak tau erti meninggal lagi...kalau anak dia tau mesti dia sedih...siap anak
dia tanya lagi ayah nak pi mana...
salam... terima
kasih atas pandangan anda. saya hargai. cuma tak salah saya, saya baca di board
kesihatan, bukankah teh itu rawatan baik untuk melawan kanser? Dan saya baru
google tadi. success rate untuk kemo hanyalah sekitar 2% (diambil dari 3 - 4
website)
Wasalam..btw 2%?
Too low lah my friend...saya ada kawan, die ni doktor bahagian oncology,doc
yang urus chemo untuk cancer patient...die cakap around 70%, but again tambah
tolak dengan pelbagai faktor...saudara saya sorang kena cancer dan die mmg tak
minum tea, sebab tak silap teh bertindak balas dengan chemo drug etc
doxorubicin...btw mak saudara kena kanser ape? Stage berapa? btw saya pun
kurang tau jugak pasal kanser and chemo...ni dari ape yang saya bace...
selagi ada
option lain, chemotherapy mmg x digunakn. tp if melambatkan massive tumor in
area that are quite dificult 2 reach. one of the option chemo lah. lg pun, utk
efek mcm pgwalan mknn suma 2, i mean natural way. it mght take sumtym. tp kalo
condtion patient dh truk 4 exmple already in stage 4. doctor tpksa control
tumor @ cancer dlm bdn 2 as soon as posible sbb kalo dh late stage of cancer.
stage of invasion of tumor cell are very progresive. n kalo cell 2 dh mrebak ke
bhgan2 yg lbh bhya, lg ssh la utk cure cncer ni. so, doctor might advised the
patient 4 chemo therapy. kalo guna rawatan natural macam TT ckp 2. bkan x berkesan.
tp masa utk dapat efek positif dia 2 mungkn amek msa yg lbih pnjg. in de same
tym. cancer cell in body keep growing massively in the patient body
WHAT DOCTORS DONT TELL YOU Chemo: basically, it doesn’t work
Chemotherapy results in substantial remission for only 3 per cent of cancers -
mainly blood-based ones like Hodgkin’s disease, leukaemia and Burkitt’s
lymphoma. Also successfully treated are testicular and ovarian cancers. However,
even for these, there may be serious short- and long-term side-effects. Many
chemo drugs cause cancer later in life. Up to 8 per cent of children treated
for leukaemia go on to develop cancers of the bone, thyroid and breast (J Natl
Cancer Inst, 2001; 93: 618- 29). Chemo for ovarian cancer is linked with a high
incidence of later leukaemia (Prog Clin Biol Res, 1992; 374: 1...
Chemotherapy:leukaemia
risk
Women who receive certain forms of chemotherapy or drugs combined with
radiation for breast cancer are at increased risk of developing leukaemia. The
National Cancer Institute in Bethesda, Maryland, studying 82,700 women
diagnosed with breast cancer around the United States, concluded that the risk
of leukaemia was increased two and a half times after localized radiotherapy.
Using alkylating agents alone increased the risk 10 fold, combined radiation
and drug therapy, by 17 times and 31 times by the chemotherapy drug melphalan,
which was 10 times that of cyclophosphamide, another drug used to treat cancer.
There was little increase in the risk associated with cyclophosphamide doses of
less than 20,000 mg. "Systemic drug
therapy combined with radiotherapy that delivers high doses to the marrow
appears to enhance the risk of leukaemia," concluded the study. An editor in the same issue of the New England Journal of Medicine
concluded that doctors need to be more "selective" in applying
"just in case" therapy to breast cancer patients who have been cured.
Cari je info kat internet ni pasal tajuk WHAT DOCTOR DONT TELL
U...gerenti terkejut dengan pendedahan cerita di sebalik perubatan moden ni.
2 orang sahabat
saya kena breast cancer dan kedua2nya menjalani kemo namun kedua2nya x habis
buat sbb xtahan dgn kesan yg diaorg alami sebaliknya diaorg usahakan dgn cara
tradisional dan alhamdulillah selepas bbrp tahun berusaha kedua2nya hidup sihat dan masih
meneruskan cari jalan alternatif namun masih ke Dr utk check up, disamping Dr
memantau tahap kesihatan diaorg mcm mana. Amalkan makan sayur2an
organic...that's the best w/pun mahal, tapi mahal lagi nak buat kimo ni...sakit
lagi tu yg tak tertanggung.
Based on apa yang pak cik google bagitaw
aku..ubat2 tradisional untuk kanser antaranya adalah:
[img]http://www.gojiking.co.uk/shop/images/apricot_kernels.jpg[/img]
Kat atas nie gambar aprikot..Dalam aprikot tue ada mengandungi Amigdalin, yang
juga dikenali sebagai [b]vitamin B17[/b]. B17 ini dapat membantu membunuh sel-
sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan
penyakit ganas ini (kanser).
Setahu aku,aku pernah dengar orang amalkan minum air pegaga.. Bahasa
saintifiknya hydocotyle asiatica..Rasanya payau..:mad:
Ramai pesakit barah / kanser meninggal
selepas mendapatkan rawatan kemoterapi. Rawatan kemoterapi ini sebenarnya untuk
membunuh sel-sel kanser. Tapi dalam masa sama, sel sel yang baik juga dibunuh
juga.
betul, tetapi kebanyakkan pesakit meninggal kerana lewat mendapatkan rawatan
(stage 3 atau 4) atau tidak habis menjalani rawatan seperti kemoterapi atau
radioterapi. Ramai jug yang survive selepas menjalani rawatan
tradisional.
i am cancer survivor. My cancer is stage II.
i had finished my chemo regime on 2009 and radio on 2010. i am healthy at least
for now.
betul, tetapi kebanyakkan pesakit meninggal
kerana lewat mendapatkan rawatan (stage 3 atau 4) at ...
tau tak macamne nak naikkan selera makan
pesakit selepas kemo ni?
aku ada buat research sikit,pesakit takde rasa nak makan,asyik rasa muntah.bila
dorang xmau makan jangan paksa ,tapi nak buat macamne makanan tu penuh dengan
fiber/zat.walau ape pun dia kena makan gak.jadi macamne nak atasi perkara ni?
mak aku adalah kanser survivor... dlu dia dah
wat kimo ni... and aku sbg anak mmg dpt rasakan yg kimo ni terlalu sakit untuk
pesakit kanser... tu pasal mungkin ada yg meninggal pasal tak tahan dgn rawatan
kimo...
doktor yg rawat mak aku penah pesan kat aku... dia kata penyakit kanser mmg
takder cure.... yg penting jgn bg mak aku susah ati, tertekan, marah dan yg
sewaktu dgnnyer...
Alhamdulillah... mak aku pun dh sehat skang...
mak aku adalah kanser survivor... dlu dia dah
wat kimo ni... and aku sbg anak mmg dpt rasakan yg kim ...
memang pesakit kanser macam aku ni sensitif, mudah tersentuh, rasa nak
perhatian lebih...huhu yang penting mesti kuat semangat, klu anda ada famili
yang mempunyai penyakit kanser, harap byk bersabar, mesti SELALU bagitahu
mereka yang anda sayang mereka dan mahu mereka sembuh. :loveliness:
Part muntah dan loya itu biasa bagi penerima kemoterapi. Lain orang lain lah
penawarnyaa. Aku bedal coke sebab tanak bagi rasa loya tu kuat. (jangan ikut
lak sebb coke ne berasid dan banyak gula pengawet pewarna perasa tiruan dsbnya)
huhu coke tu tak bagus utk pesakit kanser apatah lagi yang baru kimo. tapi
disebabkan famili aku tak tahan tengok aku tak makan tak minum, diorang bagi je
aku coke tu janji aku selesa dan lega. tapi lepas 2 hari aku dah start makan macam
buah-buah, bubur yang panas dgn ikan masin atau pape saja yang
masin... itu aku tau! ingat..lain orang lain penawarnya, cari makanan yang
famili korang leh makan lepas kimo...
Jumaat sebelum raya baru ni sepupu wife aku
meninggal sebab kanser..diagnos kanser tahap 4 awal tahun tapi opt for
alternatives ..bulan 6 baru buat kemo..kesian..
wife dia ada bgtau kitorang, yg arwah ni ditakut2 kan dgn kemo..sakit sehingga
ke hujung jari laa..mcm2..tapi at the end? lagipun orang yg takut2 kan
kesakitan kemo ni rasanya bukan lah orang yg merasa kemo dan survive
kanser..dok kata kemo sakit, awak tu pernah ke rasa kemo treatment??
bagi aku, eloklah buat kemo dan buat alternative yg tak bertentang dgn kemo..
doktor sekarang terus terang je cakap..masa awal tahun dulu doktor kata
dijangka 6 bulan je hidup..extra 2 bulan tu kira tak lari jauh dari anggaran
doktor.. Doktor takkan tipu dan bagitahu kenyataan yang pahit ditelan.
Apapun kuasa Allah s.w.t mengatasi segalanya. Soalan pertama aku tanya pada
doktor ialah "berapa peratus peluang saya untuk sembuh doktor, please tell
me the truth.." Doktor tu (berbangsa cina, melutut dekat aku (aku duduk
dekat katil), bercakap dengan suara yang lembut, dan berkata "75 % definitely u will recover. if u are lucky u will survive
more than 20 years and die because of other disease but if u r relapse after
chemo, u only have 5 years more to live.." how am i supposed to react?
hehe but now i am cool.. i m doin fine and accepted that fact with all my
heart. I'll do what i love to do, i'll go wherever i want to go and eat what i
love to eat...i have no time to feel sad and be worried. :C
Tahukah pesakit selagi pesakit melewatkan
kemo itu, dia telah memberi peluang cerah kepada sel kanser merebak dengan
lebih cepat? Doktor pasti telah menerangkan berkali-kali serta memujuk pesakit
agar menjalani kemo. Apapun pilihan ditangan kita. Doktor akan terangkan akibat
melewatkan rawatan. Memang aku akui kimo itu menyakitkan. Kesakitan itu
diiringi oleh rasa tidak selesa kerana selalu mual dan loya. Anda akan hilang
selera makan, serta merta menjadi kurus, rambut akan gugur sehingga hampir
botak. Kuku tangan dan kaki akan jadi kehitaman, dan kulit menjadi gelap. Semua
rambut akan gugur termasuk kening. Urat-urat akan menjadi gelap. Tapi semua itu
akan pulih sedikit demi sedikit. Rambut akan kembali cantik seperti rambut bayi
baru lahir, dan kulit akan pulih. Yang penting makan vitamin, buahan dan sayuran
banyak-banyak. Hati mesti gembira dan jangan fikir bukan-bukan. Pastikan ada
ahli keluarga menjaga anda waktu ini.
Aku dah rasa semua tu, dan aku sedar aku
tiada pilihan. Rawatan alternatif telah aku cuba, dan menyebabkan aku hampir
cecah stage 3. Aku lebih percaya kaedah
moden. Sehingga hari ini aku tidak pernah mengambil sebarang ubat selain madu,
vitamin c 1000mg dan susu yang disyorkan doktor. Habastus Saudah aku percaya.
Aku tidak percaya sebarang "makanan kesihatan" yang dijual melalui
sistem MLM. Aku tidak menghabiskan duit beribu ringgit membeli buah apricot
mahupun pil Transfer Factor. Aku cuma amal bacaan Al-quran dan ikut nasihat
doktor sahaja. Aku dah berisi dan sihat sikit sekarang. Alhamdulillah. berkat
doa famili. Yelah cuma cepat penat dan letih. Tu semua efek kimo. Tapi aku
tetap kerja seperti biasa dan dapat ramai kawan kerana penyakit ini.
Jejak Kanser Dalam Hidupku
B17 B17
Sat,
31 May 2008 01:42:54 -0700
Kuasa Minda Bawah Sedar
Anda Kanser & Minda
Posted: 05 May 2008 01:02
AM CDT
Jejak benar Ku....
Sudah lebih satu dekad aku melaluinya. Apa kata pakar? “The first
five years is the most crucial period. If you survived more than five years,
then you are as good as cured.” Siapa lah aku? Pada ku bila seorang doktor
berhujah, hanya Allah, s.w.t boleh mencabarnya. Lagi pula doktor pakar yang
berhujah. Lima tahun aku seorang yang gigih menjaga badan. Badan langsing
bergaya hasil dari kekerapan bersenam. Alhamdullilah, ramai pesakit kanser
payu-dara yang lain dipulihkan semangat kerana melihat keterampilan ku. Bila
sudah melewati lima tahun, ubat tamoxifen yang haram aku tinggalkan satu hari
pun perlu diberhentikan kerana takut akan risiko kanser peranakan. Tiada ubat
lain diberikan. Kanser-ku ER dan PR positif. Sebenarnya sudah ada ubat yang
masuk ke pasaran tempatan dan hospital, yang memainkan peranan yang lebih baik,
menyekat tindakan estrogen ke atas payudara. Aromatase inhibitors. Walaupun
tiada ubat penghalang estrogen, lima tahun lagi berlalu dan aku tetap sihat.
Masih tiada ancaman kanser yang dahulu. Agaknya sudah sembuh. Lagi pula kanser-ku jenis yang tidak begitu agresif. Rasa-rasanyalah, gred I
dari segi keganasan dan noda limfa dibawah ketiak tiada yang positif. Cuma
yang mencurigakan ianya dekat dengan garisan pembedahan mastektomi (close to margin or less than 10mm from margin). Walaupun begitu sudah
diberi sinar radiasi. Tentu sekali mesin rawatan yang kosnya mahal tak tersebut
harganya oleh ku, berkesan menghapuskan sel-sel kanser yang tertinggal oleh
pembedahan. Di tambah pula dengan enam pusingan kemoterapi yang mengajar erti
loya dan mual yang sebenar.
Genap sepuluh tahun berlalu, ketulan kanser tumbuh di dinding
dada. Apa yang salah? Mungkin juga aku alpa dengan rutin gaya hidup sihat dan
asyik bekerja tanpa sedar yang fizikal agak terabai. Badan juga sudah
over-berisi. Tiada guna penyesalan. Sikap ku tetap positif dan melihat ke
depan. Aku masih menganggap saranan dari pakar bertaraf kebenaran yang jitu.
Aku lalui radiasi lagi ke tempat ketulan kanser yang berulang, yang sudah
dibuang melalui pembedahan. Tiga bulan berikutnya, sewaktu temujanji susulan,
didapati dari pemeriksaan X-ray, sebelah dari paru-paru ku hampir lenyap
ditenggelami oleh air. Pleural effusion. Memang aku seorang yang kental
semangat. Sudah teruk macam tu, aku masih dapat melalui hari-hari bekerja
seperti biasa. Kalau tidak kerana pemeriksaan susulan hari itu, tentu terlewat
dikesan. Paru-paru disebelah tempat diradiasikan. Terfikir akan perkaitan: radiasi melemahkan tisu dan benih kanser
hidup subur! Benar Dari hari itu aku rajin ikut nasihat rakan dan survivor lain
tentang pengamalan pemakanan dan herbal anti-kanser.
Juga rajin
berubat secara tradisional. Pantang disebut cara rawatan dan
perawatnya, akan ku usahakan. Rawatan konvensional juga ku ambil. Oleh kerana
kemoterapi terdahulu adalah kategori ‘first line’, aku terima saja tawaran
kemoterapi ‘second line.’Memang kuat, tapi semangat ku yang tidak luntur
melindungi ku dari kesan-kesan sampingan yang kuat. Hasil dari kemo yang kuat
hanyalah menahan penaklukan kanser ke atas badanku. Ya, setakat bertahan.
Pleural effusion masih terjadi dua kali lagi selepas kemo tersebut.
Walau bagaimana pun, dengan amalan minum bermacam-macam
jenis jus, termasuk jus pecah beling, aku berjaya hidup melebihi satu tahun
dari tamatnya kemoterapi kedua dulu.
Kalau sesiapa yang tidak mengenali ku, melihat ketrampilan ku,
tiada yang
menyangka aku adalah pengidap kanser payudara peringkat 4, malah
untuk mempercayai aku pernah mengidap kanser pun agaknya, susah. Aku cergas segar, mungkin kerana pengamalan
herbal dan diet yang lebih sihat. Terasa memang sihat, walaupun masih ada batuk
berdarah sekali-sekala. Kebiasaan orang yang sihat walaupun sakit,
terasa jemu juga menelan jus pecah beling dan kateh murai setiap hari.
Kemungkinan juga aku begitu mengharapkan penyembuhan total, lantas ku
abaikannya dan berhijrah kepada perawatan lain yang disarankan. Juga apabila
berasa sihat, sudah tidak larat lagi hendak makan hanya "vegetarian
food," tanpa gula dan terlebih garam. Manalah nak cari sayur-sayuran
organik?. Kawasan keliling rumah ada, tapi malas lah nak tanam sendiri. Apalah
seronoknya hidup jika tidak boleh makan nasi dengan ikan panggang dan budu
serta ulam-ulamannya. Bukankah ulam-ulaman itu “raw food?” Aku sedar akan
pantang-larang yang popular di kalangan pesakit kanser -aku juga mengamalkannya
semasa dalam bahaya kerana paru-paru yang hampir ranap - tetapi tak terlarat
kerongkong ini untuk mengikutnya apabila badan sudah berasa sihat
dan cergas. Malah, aku sudah diam-diam merancang untuk pulang bekerja.
Walaupun begitu hati masih tidak berpuas hati. Doktor ku
seolah-olah membiarkan saja dan aku diberitahu, “We can’t proceed giving you
trial chemotherapy because your cancer is stable.” Oleh kerana kepercayaan ku kepada kata-kata doktor sudah
agak lentur, aku terus berusaha mendapatkan rawatan secara alternatif, sampai
ke tahap pembedahan batin. Segala usaha ku secara alternatif atau
komplementari sebenarnya menelan lebih banyak perbelanjaan dari rawatan
konvensional, kerana secara konvensional aku dibiayai oleh majikan. Sekarang
ini, aku terlantar di katil hospital semenjak pulang dari rawatan alternatif
yang terakhir. Walaupun terasa paru-paru lega kerana pembedahan batin yang dilakukan, ditakdirkan selepas itu aku mengalami pening
dan sakit kepala yang paling kuat yang pernah ku alami. Wakil sel kanser dari
payu-dara ku yang bertapak di dalam saraf otak berhampiran dengan saraf tunjang
sedang giat membesar, sehingga aku tidak dapat membuka mata dan bergerak kerana
pening. Aku sedar, keadaan ku kritikal. Pembedahan adalah 50-50% peratus.
Doktor cuma meluahkan anggaran tersebut tetapi tidak memperincikan samada 50-50 itu hidup @ mati atau
hidup dengan ketulan kanser dibuang 100% atau hidup dengan komplikasi, seperti
tidak sedarkan diri, tidak dapat bercakap dan berfikir dan sebagainya. Bila sahabat ku Dr. H datang, ku pegang erat
tangannya. Ku pohon dia berdoa supaya aku terselamat dengan pilihan rawatan,
yang turut dipersetujuinya. Tidak kepada pembedahan. Akan ku
terima radiasi paliatif, untuk mengecutkan kanser yang berada ditempat yang
bahaya. Ia boleh menekan pernafasan ku serta merta, jika ia membesar.
Dr. H menyedarkan aku akan kehidupan yang seterusnya, dan tidak
melepaskan harap dan semangat dalam kehidupan ini. Ikhtiar tetap disarankan
walaupun aku hanya boleh mengerakkan kelopak mata. Dalam diam kaku, minda
sedarku, tanpa diusik oleh pembedahan dan ubat bius boleh ku ajak membantu
diriku. Boleh ku bawa bertaubat berkali-kali. Boleh ku bawa membuat saranan
yang baik kepada diri atau ‘self-hypnosis’ untuk kesejahteraan. Mungkin ada
bibik penyesalan yang ku luahkan kerana Dr. H mengatakan, tiada guna didesak
untuk mendapatkan lebih banyak lagi kemoterapi. Sabar. Kemungkinan kemoterapi
yang kuat yang telah di ambil, telah mematikan kemaraan kanser di dada,
paru-paru dan tulang, tetapi ianya tidak berkesan di arena saraf dan otak. Kemo
tersebut tidak dapat mencari dan menghapuskan perwakilan sel kanser yang telah
lama dahulu bermastautin di otak. Perwakilan-perwakilan di dada, atau di
paru-paru atau ditulang telah memberi mandat kepada perwakilan di dalam
otak untuk meneruskan perjuangan mereka, sebelum mereka dihapuskan
atau dibantutkan oleh TAC dahulu.
Kata Dr. H lagi, kanser payu-dara adalah satu kanser yang amat
licik dan pandai memperdayakan diri kita. Senjata kita yang utama adalah semangat yang kuat, kerohanian yang
kuat supaya diri sejahtera selalu (tidak tension dan tertekan) serta usaha yang
tinggi untuk berterusan memastikan pertahanan atau imuniti badan yang tinggi. Dia akhirnya memberi harapan
dengan cerita tentang seorang
kanser
survivor yang menolak kemo barisan kedua (second line) yang dibawa pulang ke
rumah ditolak diatas kerusi roda. Dengan hanya berusaha dengan herbal dan
kekuatan Dalaman beliau hidup sehingga sekarang, walaupun semasa ditolak pulang
paru-parunya penuh berair dan tulung-tulangnya tepu dengan sel-sel kanser.
Selamat berpisah kawan-ku, dan maafkan dosaku pada mu sekiranya
ada. Esok, datang lagi, sekiranya aku masih ada. Kepada sesiapa yang membaca,
tidak kira siapa dan bila; doakan kebaikan untuk ku. Ku pohon…
Al Fatihah ....7x untuk beliau
Jejak Kanser Dalam Hidupku
sharifah hamidah
Sat, 31 May
2008 20:31:47 -0700
salam,
sedih baca kisah ni. Kalau
dia masih hidup why not try treatment hormon
teraphy. Sebab estrogen
terlebih di badan memang merbahaya untuk
badan. Ada ubat yg mengawal hormon
estrogen especially bad estrogen. Kalau
rakan2 minat baca dalam internet ni surf "bioidentical hormon." (balance hormon) very interesting dan baca
buku Ageless written by Sussane Sommers.
A lot of information we can get from there especially those yang dah
masum 40 an. Just want to share cos I m on it,insyallah badan sihat clear from
cancer but hv to close monitoring from qualified dr.
Jejak Kanser Dalam Hidupku
eida ramie
Wed, 04 Jun
2008 22:45:13 -0700
Ingin rasanya nengenali dirimu disana yang begitu
kental & kuat semangat dalam menghadapi dugaan dari
Allah ini.Terusik rasanya dihati ini & tersuntik
rasanya dengan semangatmu yang jitu. Diriku baru saja
menjalani pembedahan lump ( HPE ku belum pasti samaada kanser @
tidak.Begitu menakutkan dengan istilah KANSER payu dara
ini.Berdoa semoga peyakit itu tidak bertapak di diriku. Bila
membaca coretanmu, terasa bagai ada semangat baru dalam diriku .Semoga
tuhan lebih memberi rahmat kepadamu untuk
lebih sabar dalam menghadapi dugaan darinya.Setiap dugaan yg
mendatang kepada insannya akan membuat kita lebih ingat ,
sabar, tabah,dlm menghadapinya . Percayalah insan yg
menerima berbagai rintangan akan lebih dekat denganNYA. Wasalam … Mimienaida.