Rabu, 13 Jun 2012

Pokok Jarum 7 Bilah





JARUM TUJUH BILAH – PENAWAR KANSER…

Nama Saintifik: Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili: Cactaceae
Nama Biasa: Jarum tujuh bilah, Pokok Tujuh Duri
Nama lain: Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan


Keterangan

Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Kegunaan

Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giat dijalankan.


usm hasil ekstrak herba rawat kanser




GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan ekstrak herba piawai daripada pokok Misai Kucing bagi merawat penyakit kanser.

Ekstrak yang dikenali Canssufive itu dibangunkan penyelidik diketuai Dr Amin Malik Shah Abdul Majid dengan kerjasama Prof Zahri Ismail serta penyelidik sarjana dari Iraq, Hayder Sahib. Produk itu yang mempunyai kadar antioksidan yang tinggi, terbukti dapat merencat pertumbuhan pembuluh darah dalam kajian sel kultur dan juga haiwan. Ini penting kerana satu cara untuk merawat kanser ialah dengan menghalang pertumbuhan pembuluh darah sel tumor.

Canssufive juga menunjukkan kesan memberangsangkan terhadap kanser payu dara apabila diberikan dengan ejen kemoterapi. Bercakap dalam sidang media di USM di sini, semalam, Dr Amin berkata produk itu yang dihasilkan dalam bentuk pil, boleh ditelan atau dilarutkan dalam air sebelum diminum. Beliau berkata, projek berkenaan dibangunkan selama dua tahun membabitkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta yang dibiayai daripada geran USM, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Kerajaan Perlis.

Katanya, produk terbabit mampu merawat penyakit kanser dengan kos lebih murah dan mampu dibeli golongan berpendapatan rendah dengan kos disasarkan sekitar RM50 sebotol. “Ia juga tidak memberi kesan sampingan yang tinggi berbanding rawatan kanser digunakan ketika ini seperti kemoterapi yang menggunakan bahan kimia beracun untuk menghalang penumbuhan sel kanser,” katanya. Dr Amin berkata, pihaknya sudah menjalankan kajian terhadap anak ayam bagi mengetahui tindak balas terhadap unsur anti-oksidan dalam Misai Kucing dan akan melaksanakan kajian klinikal terhadap manusia dalam masa terdekat.

“Jika tiada sebarang halangan dalam proses itu, kami menjangka memasarkan produk ini pada penghujung tahun depan,” katanya yang akan mencari syarikat untuk mengeluarkan produk itu secara komersial.


Trend baru ubat herba antikanser



Trend baru ubat herba antikanser



Penulis: Yao Jian Jiangdisiarkan pada “Mingguan Asia” Edisi Mei 2006
Sekian lama ini, Perubatan Barat dan Perubatan TCM merupakan dua entiti yang berasingan sama sekali. Pada halnya Perubatan TCM tidak menolak Perubatan Barat secara amnya, namun Perubatan Barat tetap mengenakan dinding sekat untuk mengasingkan diri daripada Perubatan TCM. Bagaimanapun, trend ini berubah secara beransur-ansur dengan Perubatan TCM mula mendapat pengiktirafan antarabangsa. Terutamanya berhadapan dengan penyakit tenat ataupun apabila Perubatan Barat tidak tercapai matlamatnya dalam penyelidikan. Keadaan ini akan mendesak para doktor supaya mencari rawatan alternatif untuk merawat penyakit yang tidak boleh dirawat, dan Perubatan TCM telah menjadi salah satu pilihan terbaik. Adalah dilaporkan bahawa herba-herba TCM mencatatkan jualan sebanyak USD35 bilion pada tahun 2006 dalam pasaran global, dan meningkat pada kadar 10-12% setiap tahun. Kini terdapat lebih daripada 124 negara di dunia yang menerima ubat TCM dengan sepenuh hati.
Menurut statistik yang dikemukakan dalam Rekod Tahunan Herba Taiwan, pasaran herba di Taiwan telah mencecah rekod baru sebanyak NT$25 bilion. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pakar Perubatan Barat di Taiwan mula menjalani kajian terhadap kesan antikanser dan penguat keimunan pada herba dengan menggunakan pendekatan sains. Antaranya Tian Xian Liquid (TXL) telah dikaji oleh institut perubatan aliran utama. Hasil kajian tempoh masa panjang menunjukkan kesan positif dan tesis yang dikemukakan oleh para penyelidik juga diterima untuk disiarkan dalam jurnal perubatan terkemuka di Amerika. Pakar-pakar yakin bahawa keadaan ini akan meningkatkan kedudukan Perubatan TCM Taiwan dan memberi peluang kepadannya untuk menerokai pasaran antarabangsa.
Kanser kekal menjadi rintangan perubatan yang masih belum ditempuhi oleh insan sejagat, dan juga jurang yang ingin diharungi oleh para doktor yang bercita-cita tinggi. Kini, pendekatan yang menggabungkan kedua-dua Perubatan Barat dan TCM kerap diterapkan untuk merawat kanser. Doktor senior dari Hospital Universiti Taiwan, Dr. Sun Andi, yang juga pakar mikrobiologi imuniti, telah bergiat dalam penyelidikan imunologikal dan kajian klinikal selama 28 tahun. Beliau telah menyertai pasukan penyelidikan imunologi dan antikanser terhadap ubat herba sejak 13 tahun yang lalu. Beliau berpendapat bahawa falsafah Perubatan Barat berteraskan pemikiran Yunani dan Rom yang ‘mempercayai kuasa manusia mampu mengatasi segala-galanya’, yakni bersifat bertentangan dengan tabii. Sebagai contoh, jika sistem imun bertindak terlalu agresif, maka steroid akan diberi untuk menahannya. Pada halnya, cara ini boleh menyebabkan sistem imun yang normal turut dirosak. Dalam Perubatan Barat, kaedah rawatan kanser yang lazim ialah pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Keberkesanan ketiga-tiga kaedah ini memang tidak dapat dinafikan, namun kedua-dua kaedah yang terkemudian juga akan memudaratkan sistem imun yang sihat dan menghasilkan banyak radikal bebas yang boleh menyebabkan masalah serangan semula. Atas sebab itu, Dr Sun tidak pernah jemu dalam mencari pendekatan baru untuk menembusi halangan yang dihadapi sekarang.
Pejabat Dr. Sun di Hospital Universiti Taiwan dibanjiri buku-buku, dinding pula penuh dihiasi dengan sijil dan piala yang diterima atas pencapaian perubatan beliau. Di sinilah Dr. Sun dan pasukannya memulakan perjalanan yang panjang dalam mengkaji kesan ubat herba untuk memerangi kanser. Pada 7 tahun yang lalu, Dr. Sun telah dilantik oleh Yayasan Perubatan, Kebudayaan dan Pendidikan Ching-Hsing, Taiwan untuk menjalankan kajian ke atas kesan antikanser pada TXL. Beliau bersama pasukan penyelidiknya yang terdiri daripada beberapa orang pakar mikrobilogi, patologi dan onkologi telah menjalani kajian demi kajian, akhirnya mencapai kesimpulan bahawa TXL membawa kesan antikanser yang menakjubkan.
Menurut hasil kajian beliau, TXL dirumuskan dengan campuran pelbaai herba bersifat antikanser yang tumbuh secara semula jadi di Gunung Changbai. Ia bukan sahaja mampu menyekat sel-sel kanser secara langsung bagi menghalang sel-sel kanser daripada merebak, malah juga memberi kesan pelarasan dwi-hala pada sistem imun dan meringankan kesan sampingan kemoterapi dan radioterapi. Dr. Sun bersemagat berkobar-kobar terhadap kajian tersebut bukan semata-matanya kerana Perubatan Barat mengalami kesempitan jalan untuk mengatasi kanser, tetapi juga kerana kehendaknya yang kuat untuk membantu pesakit hidup dengan lebih baik selepas rawatan Perubatan Barat. Bagi beliau, adalah menjadi tanggungjawab doktor untuk membantu dan memanfaatkan insan sejagat dengan penuh berbelas kasihan dan berprihatin.
Dr. Sun dan pasukannya telah mencurahkan masa 7 tahun untuk mengkaji TXL atas desakan rasa ingin tahu yang kuat terhadap prinsip dan mekanismenya. Pada 3 tahun pertama, kajian dijalankan ke atas kesan pelarasannya terhadap sistem imun, 3 tahun seterusnya pula melakukan kajian terhadap kesan antikanser, termasuk kajian asas dan haiwan. Kajian ke atas kesan TXL untuk merencatkan pergerakan, serangan dan perebakan sel-sel kanser pula dilengkapkan pada tahun terakhir.
Pasukan Dr. Sun menggunakan dua jenis sampel darah untuk kajian asas mereka, salah satunya daripada pesakit yang mengalami penyakit autoimun, yang lain pula daripada pesakit dengan keabnormalan fungsi sel-T. Monosit dan sel-T sejati diasingkan daripada darah periferal. TXL pula dicairkan sebanyak 100X dan 1000X bagi memerhatikan kesan balas sel-sel yang terangsang. Menurut Dr. Sun, “Kesimpulan yang sama diperoleh daripada kajian-kajian yang melibatkan pelbagai kaedah selama 3 tahun, yakni TXL mempunyai kesan pelarasan dwi-arah.” Pasukannya juga dapati apabila kesan balas sel-sel imun terlampau aktif, larutan TXL yang dicairkan 1000X ditambahkan dan ini dapat meredakan kesan balasnya. Sebaliknya, apabila kesan balas sel-sel imun terlampau pasif, maka larutan TXL yang dicairkan 1000X ditambahkan dan ini dapat menguatkan kesan balasnya. Sedangkan bila kesan balas sel-sel imun berkeadaan normal, larutan TXL yang ditambahkan pula tidak membawa sebarang perubahan. Dr. Sun percaya, “Kesan ini biasanya tidak tercapai oleh ubat Barat yang disintesiskan secara kimia dengan fungsi tunggal. Sedangkan ubat herba campuran bertindak seperti gedung ubat yang mampu membawa kesan dwi-hala yang mujarab.”
Seterusnya, Dr. Sun dan pasukannya telah mencurahkan masa 3 tahun lagi untuk mengkaji rahsia TXL dalam merencatkan dan membinasakan sel-sel kanser. 10 jenis kanser pembunuh utama telah dipilih, iaitu kanser perut, kanser paru-paru, kanser usus, kanser hati, kanser hidung dan tekak, leukemia, kanser payudara, kanser prostat dan kanser pangkal rahim/serviks. 15 jenis sel-sel kanser telah diambil dan dikaji dengan menggunakan empat jenis pendekatan yang terkini, iaitu Hoechst 3325B, TUNEL, keratan DNA dan analisis sitometri, dengan berdasarkan dua kumpulan kawalan normal. Hasil kajian membuktikan TXL mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan mana-mana sel normal. Menurut Dr. Sun, “Kajian menunjukkan TXL mampu membunuh sel-sel kanser melalui dua laluan utama, iaitu dengan mengaktifkan caspase 8 dan caspase 9, seterusnya merangsang caspase 3 untuk memasuki ke dalam nukleus sel-sel kanser bagi membunuh DNAnya.” Beliau mendapati TXL juga membunuh sel-sel kanser dengan cara lain, “Setelah kedua-dua laluan utama itu disekat, kami dapati TXL masih mampu membunuh 40-50% daripada sel-sel kanser. Ini bermakna TXL boleh mengenakan kesan antikanser yang beraneka. Hal ini sungguh menarik.”
Pasukan penyelidik juga menjalani beberapa kajian TXL terhadap tikus berkanser di bawah 6 keadaan yang berbeza. Kata beliau, “Secara umumnya, TXL mampu mengurangkan saiz tumor pada tikus berkanser dengan ketara.” Penemuan utama telah dicapai pada tahun lepas. Pasukan mereka mendapati saiz tumor pada tikus berkanser yang diberi TXL berkurangan dengan nyata atau hilang sama sekali; manakala sel-sel kanser pada tikus yang diberi larutan garam bertambah secara berterusan. Kajian secara berulangan menunjukkan TXL dapat meningkatkan keaktifan sel-sel pembunuh T pada tikus berkanser, sekaligus meningkatkan daya keimunan tikus. Dengan itu, Dr. Sun membuat kesimpulan, “TXL bertindak untuk melaraskan sistem imun, dan pada masa yang sama juga membinasakan sel-sel kanser secara langsung. Kesan ini terbukti melalui kajian haiwan. Di samping itu, sel-sel pembunuh T yang merupakan sel-sel pembunuh kanser yang khas juga bertambah aktif dan sekaligus meningkatkan kuasanya untuk menentang kanser.”
Pasukan penyelidik juga menjalani beberapa eksperimen dengan menggunakan membran. Bahagian atasnya diletak sel-sel kanser, bahagian bawahnya pula dibubuh zat-zat makanan yang boleh menarik pergerakan sel-sel kanser. Setelah TXL dengan kepekatan yang berbeza ditambahkan ke dalam zat-zat makanan itu, didapati pergerakan sel-sel kanser akan tersekat pada tahap yang berbeza. Eksperimen diulangi dengan selapisan matrigel ditambahkan pada membran, didapati TXL mampu menentang serangan sel-sel kanser. Selain itu, TXL juga mampu menyekat keaktifan MMP-2, MMP-9 dan uPA, dan sekaligus menghalang sel-sel kanser daripada merebak. Hasil penemuan ini cukup memberangsangkan Dr. Sun dan pasukannya.
Sel-sel kanser merebak secara berterusan dengan cara mengalir melalui salur darah dan menghasilkan salur darah baru bagi merampas zat-zat makanan. Dr. Sun dan rakan sepasukannya berharap kajian seterusnya dapat menyaksikan kuasa TXL dalam menghalang sel-sel kanser daripada menghasilkan salur darah baru.
Tesis yang mencatatkan hasil kajian pasukan Dr. Sun telah diterima dan disiarkan oleh jurnal perubatan terkemuka di Amerika. Antaranya termasuk tesis berjudul ‘Kesan pelarasan imun TXL terhadap monosit dan sel-sel T dalam darah periferal pesakit ulser mulut yang berulangan’, ‘Kesan pelarasan imun TXL terhadap pengeluaran enzim antigen teraruh pada pesakit ulser mulut yang berulangan’ tersiar pada Jurnal Perubatan TCM Amerika, 2004 Vol.32, No.2, p221-234, dan 2005 Vol.33, No.4, p559-571. Tesis yang bertajuk ‘Kajian terhadap kesan ubat herba TXL dalam menyekat pertumbuhan dan mempercepat proses pembunuhan sel-sel kanser’ pula tersiar pada Jurnal Perubatan Alternatif dan Komplementari, 2005 Vol. 11, No.2, p245-256. Lebih banyak tesis dijangka bakal dikemukakan pada masa akan datang. Adalah tidak salah jika dikatakan hasil kajian Dr. Sun dan pasukannya telah mencatatkan pencapaian yang penting untuk menggerakkan perkembangan Perubatan TCM di persada perubatan antarabangsa.
Keajaiban juga timbul di institut penyelidikan yang lain. Dr. Lai Chi-Ming, Pengarah Eksekutif Yayasan Kanser Taiwan dan juga penyelidik Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional, telah mendirikan pasukan penyelidikan untuk mengkaji TXL. Kata beliau, “Penemuan pada peringkat awal sungguh memberangsangkan. TXL memaparkan kesan perencatan yang ketara terhadap pelbagai jenis sel kanser.” Dr. Lai mula tertarik perhatian terhadap TXL pada bulan November tahun lepas. Dalam kajian awalnya, beliau begitu kagum akan kesan antikanser TXL khasnya terhadap kanser payudara, kanser hati, dan leukemia. Menurut beliau, menjelaskan prinsip antikanser pada ubat TCM dengan menggunakan kajian yang berasaskan sasaran molekul memanglah sesuatu perkara yang mustahil pada masa lampau. Bagaimanapun, kini penggunaan teknik kajian berasaskan Perubatan Barat dalam penilaian Perubatan TCM menjadi semakin ketara. “Mungkin sudah tibanya masa yang penuh ketuahan untuk perkembangan Perubatan TCM,” ujar beliau.
Dr. Lai yang merupakan pakar onkologi pernah mendiagnosis dan merawat beribu-ribu orang pesakit kanser dengan rawatan ortodoks tetapi rata-rata tidak membawa kesan yang memuaskan. Kekurangan dalam bidang Perubatan Barat telah mendesak beliau supaya mencari jalan keluar yang lain. “Jika kita mengamalkan kaedah Perubatan Barat dalam merawat kanser, akhirnya pasti akan berlaku serangan kanser berulang.” Lantaran itu, beliau percaya penerapan perubatan alternatif adalah satu-satunya jalan keluar. Kini, usaha mencari rawatan alternatif dan pembangunan Perubatan TCM menjadi trend baru di kalangan masyarakat Barat, dijangka trend ini akan membawa impak kepada perkembangan perubatan di Taiwan. Beliau berpendapat bahawa Perubatan TCM merupakan suatu bidang yang berpotensi untuk dibangunkan. Dengan menggabungkan teori perubatan moden, dipercayai dapat mencetuskan kuasa Perubatan TCM sebenar yang menakjubkan. Katanya, “Dalam rawatan kanser, di samping melegakan kesan sampingan kemoterapi dan radioterapi, dan juga kesannya dalam mengawal kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup, kita juga ternampak potensi ubat TCM dalam rawatan sasaran molekul.”


Bagaimana Lawan Kanser


How can you beat cancer, i.e. cure it, or prevent yourself or anyone you know from every having a cancer issue? Back in the 1950's Dr. Ernst Krebbs, Jr. discovered Vitamin B17 and how it could cure cancer. It was used in those days on a very limited basis as the doctors would not use it since it was not FDA approved! Now fast forward to the late 1970's when G. Edward Griffin published his book "World Without Cancer"! This book told the real story about the massive cover-up that was going on with the FDA and the AMA (American Medical Association). It also explained exactly how you can treat yourself with apricot seeds and Vitamin B17 to stop or prevent cancer.

Why do you think the FDA tried to get the book banned?
Did you know that some cancer drugs cost 15 cents to make and sell for $100 or more? Watch "World Without Cancer" video and...download "The Miracle Mineral Book" Part 1 and...get the "Ultimate One Page Cancer Report" all Free by clicking the net link.
http://ecuadoremail.net/click.html?x=a62b&lc=FAXa&mc=BR&s=tZvZm&y=p&