Ahad, 14 April 2019

Madu kelulut asli










Sekarang amat merisaukan kerana masalah madu tiruan yang melanda. Kita pengguna tidak tahu membezakan antara madu asli dengan madu tiruan. 

Keujudan madu tiruan di pasaran disahkan oleh pakar Mardi Dr Suri Roowi dan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu Dr Wan Iryani. Justeru adalah amat penting bagi tuan membeli madu daripada mereka yang benar benar menjual madu asli dan selamat untuk konsumsi keluarga anda.

Sedikit fakta bahawa lebah kelulut tidak dapat terbang jauh untuk mencari makanan. Lebah species laeviceps adalah paling kecil mungkin terbang jarak kurang 200 meter. Trigona itama mungkin dalam jarak kurang 500 meter dari sarang. Trigona Thorasica mungkin 2 km radius dari sarang. 

Maha suci Allah yang Maha Pencipta telah menciptakan pelbagai species kelulut. Terdapat 33 species kelulut telah diketahui berada di Malaysia manakala lebih 200 species kelulut telah dikenal ketahui di seluruh negara dunia. Species yang telah pupus atau belum diketahui masih dijejaki oleh saintis.

Rasa, bau, kepekatan, warna madu kelulut akan berbeza beza bergantung pada tempat, musim dan jenis species bunga yang dihisap.

Setakat ini antara madu yang paling sedap istimewa dirasa adalah dari jenis hutan tebal berdamar iaitu Trigona Apicalis. Rasanya manis dan aromanya harum. Species berdamar lain termasuklah T Binghami dan T. Collina (boleh bersarang dalam tanah). Rasanya pun sedap juga InshaAllah..

Justeru, sekiranya anda mendapat madu yang pengeluarannya sangat banyak dari hanya satu tempat, warna, rasa, bau, konsistensinya serupa sahaja tidak kira musim berlainan, mungkin anda telah terbeli madu tiruan. Wajar anda membuat kajian lanjut atau bertanya akan keaslian madu tersebut.