Laman ini diujudkan buat anda yang mencari kaedah ubatan herba alam semulajadi untuk sakit barah, selain berkongsi pendapat dan pengalaman sesama ahli. Menyedari faktor penyebab barah selain mengelak penipuan kerana pesakit barah selalu ditipu oleh orang yang rakus mengaut untung semata-mata. Laman ini juga bertujuan menyingkap amalan buruk yang merugikan kita.
Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin. Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud. Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan. "Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat. "Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.
Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri. Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud. Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita. Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan. "Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam. Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah. "Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.
Gempa bumi di Padang 30 September 2009 berlaku tepat pada jam 5:16 petang atau berlaku tepat pada jam 17:16 petang. Gegaran gempa bumi ke-2 berlaku tepat pada jam 5:58 petang atau berlaku tepat pada jam 17: 58 petang. Esoknya 1 Oktober 2009, gegaran gempa berlaku tepat pada jam 8:52 pagi iaitu gegaran susulan di Jambi .
Al QuranSurah 17 : ayat 16= jam 17:16 Petang !
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”Al Isra’ : 16
Al QuranSurah 17 : ayat 58= jam 17:58 Petang !
“Tiada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”Al Isra’ : 58
Al QuranSurah 8 : ayat 52= jam 8:52 pagi !
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Al Anfaal : 52
Hadis
Anas mengunjungi Aisyah , di dalam majlis itu seorang lelaki bertanya: Wahai Ummu al-Mukminin, "ceritakan kepada kami tentang gempa bumi? Beliau berkata: Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (pendinding dari azab) yang antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, baginya neraka dan kehinaan,... apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kepada bumi gegarkan mereka. Sekiranya mereka tidak bertaubat dan tidak meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah. Anas bertanya : Apakah itu hukuman terhadap mereka?". Aisyah menjawab: "ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir.
Al QuranSurah 30 : ayat 41 !
Telah lahir bencana di daratan dan di lautan kerana perkara yang dikerjakan oleh tangan manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian dari akibat apa yang mereka kerjakan, semoga dengan itu mereka kembali (patuh kepada Allah)~ Rum: 41
Al QuranSurah 67 : ayat 16 !
"Adakah kamu tidak takut kepada Allah yang berkuasa di langit , bahawa dia akan membenamkan kamu ke dalam bumi lalu ia bergoyang goyang? al-Mulk : 16
Al QuranSurah 67 : ayat 17 !
"Adakah kamu tidak takut kepada Allah yang berkuasa di langit , bahawa dia akan mengirimkan kamu angin yang mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku? al-Mulk : 17
"Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi’ Hadis riwayat Ibnu Majah.
Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak’ ~Thabrani.
"Tidak akan datang hari Qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"~ Bukhari.
"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdapat kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"~ Ahmad.
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, BALA pasti turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dianggap cukai .
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) .
5. Anak derhakakan ibunya .
6. (anak tadi) sangat baik dengan kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri dari ayahnya .
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) .
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat generasi awal (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu mereka tunggulah angin merah, GEMPA BUMI ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain" ~ Tirmidzi .
Drpd Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Rasulullah datang kepada kami saw. Pada waktu itu kami sedang berbincang. Baginda bersabda: ‘Apa yang kamu bincangkan?’ Kami menjawab: ‘Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat’. Nabi saw. bersabda: "Tak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya 10 tanda-tandanya". Baginda menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3x gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yang keluar dari arah Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
nDukhan (asap)keluar dan akibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
nDajjal membawa fitnah besar hingga ramai orang terpedaya dengan seruannya.
nBinatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
nMatahari terbit dari Barat. Saat itu Allah sudah tidak lagi terima iman orang kafir dan tak terima taubat orang yang berdosa.
nTurunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu, patahkan salib, bunuh Dajjal.
nKeluarnya Ya'juj Ma'juj yang buat rosak di bumi.
nGempa bumi di Timur.
nGempa bumi di Barat.
nGempa bumi di Semenanjung Arab.
nApi besar halau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman.
nDi tengah-tengah negara Saudi terdapat satu garisan “fault” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para geologis memanggil garisan itu dengan nama- Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999.
n“Apa yang dapat dirajihkan dari himpunan hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar berlaku di bumi ini. Keadaan itu disudahi dengan kematian Nabi Isa (setelah turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda qiamat besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala. Kejadian ini disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama Allah disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 nama tersembunyi, nama yang tersembunyi itu berada di sisi Allah dan hanya Allah yang mengetahuinya. Adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas, penuh penghayatan, penuh keyakinan dan berpegang teguh hanya kepada Allah, nescaya terhindar lah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.
Paip air asbestos usang sumbang kanser, sakit kulit
ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 05/07/2011
ZULKIFLI MOHAMAD
Timbalan Pengerusi Yayasan Ekonomi Sejagat
MASALAH kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang tinggi di kebanyakan negeri di Malaysia setakat ini menyerlahkan satu persoalan yang perlu dijawab segera, apakah pihak kementerian bertanggungjawab dan menterinya sudah memainkan peranan secukup dan sewajarnya menangani dan mengatasi permasalahan tersebut? Kita ambil contoh kadar NRW pada tahun 2010 di beberapa negeri yang kadarnya masih tinggi iaitu di Kelantan 52.4 peratus, Pahang 55.3 peratus dan Sabah 57 peratus. Jika kita membuat analogi perbandingan mengenai kadar NRW sebanyak lebih 50 peratus ini sebagai contohnya, maka ia boleh diumpamakan daripada kadar 100 gelen air bersih yang sepatutnya dibekalkan untuk kegunaan pengguna, maka kini hanya tinggal kurang 50 gelen sahaja yang sampai ke rumah pengguna untuk dimanfaatkan kerana separuh daripadanya telah hilang di jalanan kerana kebocoran paip lama yang kerap berlaku. Di segi nilai kewangannya pula, maka berjuta-juta ringgit wang rakyat juga hilang begitu sahaja setiap masa yang sepatutnya boleh diselamatkan jika program penukaran paip-paip lama berjalan terus tanpa sebarang gangguan, sekatan dan alasan. Saya difahamkan bahawa setakat ini berpuluh-puluh ribu kilometer paip asbestos lamadi kebanyakan negeri masih digunakan tanpa bertukar ganti. Seperti kita sedia maklum, paip-paip asbestos ada yang sudah berusia lebih 30 atau 40 tahun malah ada yang seusia kemerdekaan negara tetapi masih lagi digunakan tanpa had.Ramai pakar kesihatan sudah memberitahu bahawa paip-paip asbestos yang usang dan berkarat ini jika terus digunakan akan mendatangkan risiko pelbagai penyakit berbahaya terhadap masyarakat seperti kanser, penyakit kulit dan lain-lain lagi.Oleh yang demikian, saya ingin menasihatkan menteri tenaga, teknologi hijau dan air supaya mengutamakan penyelesaian masalah penggantian paip-paip lama yang sudah usang dan berkarat tersebut serta mengatasi masalah kadar NRW yang tinggi dan semakin meningkat di kebanyakan negeri dan melupakan dulu hasrat membuat projek baru seperti 'water piping system' antara negeri-negeri yang pastinya menelan kos yang bukan sedikit. Sewajarnya peruntukan tersebut digunakan terlebih dahulu untuk membiayai kos-kos penukaran paip-paip lama dan mengatasi NRW tersebut. Ramai pakar air meramalkan akan berlaku krisis air menjelang 2014 maka seharusnya keadaan tidak menjadi lebih buruk dengan bertambahnya kes-kes paip pecah, paip bocor, kecurian air yang menyumbang kepada peningkatan kadar NRW yang membawa kepada pembaziran air di tambah lagi dengan sikap para pengguna yang tidak pandai berhemah menggunakan air. Seperkara lagi yang ingin saya menarik perhatian kementerian dan juga SPAN adalah kedudukan Kuala Lumpur sebagai nadi ekonomi negara, Putrajaya sebagai nadi pentadbiran negara dan Selangor sebagai negeri industri paling maju juga perlu diberi perhatian khusus dalam isu penggantian paip-paip lama yang mana sepanjang lebih 6,000 kilometer yang belum berganti sehingga kini. Kita tidak mahu melihat dan mendengar rintihan dan rungutan berterusan daripada sektor perniagaan, ekonomi, pentadbiran dan industri mengenai pelbagai masalah bekalan air yang boleh membantut dan melumpuhkan segala aktiviti sosioekonomi negara yang boleh mencalar dan mencacatkan imej negara dari kaca mata pengunjung dan pelabur yang berkunjung dan melabur di sini.