Jumaat, 3 Februari 2012

Cancer Testimony:




  • I'm curing my cancer merely by juicing a complex concoction of multiple veggies & fruits, 1 & ½ gallons per week. The living enzymes eradicate the carcinogens & free radicals that FEED the cancer cells, in essence starving them to death. My black carcinoma on the palm of my hand VANISHED in 8 days! The brown melanoma on my arms, thighs, legs & torso VANISHED in a month! My immune system is strengthened, my hair did not fall out, I didn't vomit like chemo therapy patients. I have quality of life.

Khasiat Tutup Bumi

Khasiat Tutup Bumi (Elephantopus scaber / Compositae)

Air rebusan – merawat demam, batuk, cirit birit, masaalah peparu, buasir, kencing manis, melembutkan kulit, tonik ibu bersalin.



khasiat tomato



TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan. Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit






TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya!  Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya? Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu. Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos. Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi. Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.






Khasiat Timun




Mentimun atau timun terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi penghidap hipertensi, timun amat berguna bagi menurunkan tekanan darah. Timun dengan nama saintifiknya sebagai cucumis sativus memiliki kandungan air yang banyak lengkap dengan vitamin C dan silika. Satu kajian yang dilakukan terhadap timun ini mendapati bahawa kandungan kalium, magnesium, fostor, beta karoten dan asid folat yang terdapat dalam timun dapat bekerja mengatur tekanan darah menjadi normal. Penggunaan timun untuk menurunkan tekanan darah amat mudah. Timun dimakan secara langsung atau sebagai hidangan tambahan dalam menu harian. Untuk mengekalkan khasiatnya sebaik-baiknya dimakan dengan kulitnya sekali kerana kulit timun mengandungi banyak serat. Lihat saja warna hijau timun ini benar-benar menggambarkan ia kaya manfaat dan khasiat.

Khasiat Tebu Ular @ Setawar Merah


Khasiat Tebu Ular @ Setawar Merah (costus speciosus )

Kegunaan  
Meredakan bengkak, bisul, jangkitan salur kencing, batuk, demam, luka terbakar.



Khasiat Sirih Kadok

Khasiat  Sirih Kadok (Piper Sarmentosum)

Kegunaan – Air rebusan daun kurangkan kolesterol, lenguh badan dan bisa badan. Minum waktu malam.
Sebagai ulaman dan penyedap rasa.
Panau dan kudis – kisar daun dan tampal pd kulit.