Sabtu, 20 April 2013

Protein Berlebihan Bebankan buah pinggang




Yang ini aku x sempat cari…  penat dah… aku perlu jugak masa untuk buat benda benda lain … Jadi engkorang googlelah sendiri yek….  Eg
High Protein diet damaged your kidney,
Diet tinggi Protein bebankan buah pinggang dsbnya..

Garis Panduan Diet Malaysia


Garis Panduan Diet Malaysia

1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
·         Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
·         Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
·         Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.
2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
·         Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
·         Kekalkan berat badan unggul.
·         Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
·         Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh (BMI):

BMI =
Berat (kg)
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda ialah
Anda adalah
Kurang daripada 18.5
Kurang berat badan
18.5 hingga < 25
Berat badan normal
25 hingga < 30
Berlebihan berat badan
30 atau lebih
Kegemukan atau obes

3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
·         Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
·         Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
·         Sila rujuk Piramid Makanan.
4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
·         Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
·         Sumber terbaik antioksida.
·         Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
·         Serat dapat mengelakkan sembelit.
5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
·         Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
·         Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
o    Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
o    Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
o    Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
o    Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
·         Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
o    Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
o    Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.
6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam
makanan anda.
·         Kurangkan pengambilan gula dalam:
o    Minuman.
o    Masakan
o    Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
·         Kurangkan pengambilan garam dengan :
o    dmengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
o    Kurangkan makanan tinggi garam ( Rujuk Jadual Kandungan Garam Dalam Makanan).
o    Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
o    Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.
7. Minum Banyak Air
·         Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
·         Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.
8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat
·         Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
·         Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
·         Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.
Piramid Makanan
Saiz hidangan makanan bagi setiap kumpulan makanan, rujuk jadual di bawah :-

Jadual saiz hidangan
No.
Kumpulan makanan
Bilangan hidangan sehari
1.
Roti, bijirin, nasi, mee dan ubi-ubian
·         1/2cawan nasi/ mee/ meehun/ kuay teow
·         1 keping roti mil penuh
·         1/2keping capati
·         1 cawan bubur nasi
·         1/2cawan bijirin
2.
Sayur-sayuran
·         1/2cawan sayur-sayuran hijau yang telah dimasak
·         1/2cawan makanan berkanji atau buah-buahan/sayur-sayuran
·         1 cawan sayuran mentah contoh :- salad atau ulam
3.
Buah-buahan
·         1/2jambu batu
·         1 hiris betik/tembikai/nenas
·         1 biji pisang/oren/epal/lai bersaiz serhana
·         1/2cawan buah-buahan yang dikeringkan
·         1/2cawan jus buah-buahan
4.
Susu dan hasil tenusu
·         1 gelas susu
·         1 cawan dadih
·         1 hirisan keju
5.
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
·         1 ketul peha ayam bersaiz sederhana
·         1 ekor ikan bersaiz sedrehana
·         2 ketul daging bersaiz kotak mancis
·         5 sudu penuh ikan bilis tanpa kepala
·         1 cawan kekacang yang dimasak
·         2 keping tauhu
·         2 keping tempe
·         2 biji telur
Contoh Menu
Saranan Pengambilan Makanan untuk warga emas ialah:
·         2000 kkal untuk lelaki
·         1800 kkal untuk wanita
1800 kkal / sehari ( 231g karbohidrat , 81g protein ,59.5 g lemak)

Sarapan
(7.00- 7.30 pagi)
·         2 cawan bubur nasi + 2 sudu besar ayam cincang +2 sudu teh ikan bilis
·         1/2cawan kobis tumis
·         1 cawan susu rendah lemak
Minum Pagi
( 10.00- 10.30 pagi)
·         1 keping kuih apam
·         1 gelas air kosong
Makan Tengahari
(12.30- 1.00 tgh )
·         11/2 cawan nasi putih
·         1/2cawan kacang panjang tumis
·         1 ketul peha ayam masak kari + tomato
·         1 potong betik
·         1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30- 4.00 ptg )
·         1 keping kuih keria
·         1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
( 6.30- 7.00 mlm )
·         11/2 cawan nasi putih
·         1 mangkuk sederhana sup sayur (3/4 cawan lobak merah+kobis+ tauhu)
·         1 ekor ikan kembong masak kicap
·         1 biji pisang ( pisang berangan )
·         1 gelas air kosong
Minum Malam
(9.00- 9.30 mlm )
·         2 keping krim kraker (biskut tawar)
·         1 cawan susu rendah lemak

2000 kkal/ sehari( 270g karbohidrat , 91g protein ,70g lemak)

Sarapan
(7.00- 7.30 pg)
·         3 keping roti mil penuh + marjerin + telur hancur + 2 hiris tomato + 2 hiris timun
·         1 cawan susu rendah lemak
Minum Pagi
( 10.00- 10.30 pg)
·         5 keping cucur udang
·         1 cawan susu rendah lemak
Makan Tengahari
(12.30- 1.00 tgh )
·         11/2 cawan nasi putih
·         1 mangkuk sederhana sup sayur (?? cawan sawi + tauhu )
·         1 ekor ikan kerisi goreng
·         1 biji limau
·         1 gelas air kosong
Minum Petang
(3.30- 4.00 ptg )
·         1 keping karipap
·         1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
( 6.30- 7.00 mlm )
·         1 pinggan mee hailam ( 11/2 cawan mee )+ 1 ketul ayam bahagian dada +
·         1/2 cawan ( sawi + lobak+ bunga kobis + putik jagung )
·         1 gelas jus tembikai
·         1 gelas air kosong ( jika perlu )
Minum Malam
(9.00- 9.30 pm )
·         1 biji ban
·         1 cawan susu rendah lemak

Nikmati Hidangan Anda
Apabila umur semakin meningkat, deria rasa dan bau akan menjadi kurang sensitif. Anda juga akan mengalami masalah untuk menelan. Oleh itu, sediakan makanan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.
·         Gunakan gigi palsu sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengunyah.
·         Gunakan pelbagai perisa dalam masakan seperti herba, rempah, serai dan perahan lemon / limau nipis untuk menjadikan makanan lebih lazat.
·         Cincang, dadu atau potong kecil makanan untuk memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan.
Jadikan Waktu Makan Anda Menyeronokkan
·         Jemput saudara mara dan rakan-rakan untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari atau makan malam.
·         Sertai aktiviti di komuniti anda bagi membolehkan anda menikmati makanan dan berpeluang bertemu dengan rakan-rakan .
·         Tonton televisyen atau mendengar radio ketika anda sedang makan. Televisyen dan radio boleh menjadi rakan anda di masa kesunyian.
·         Makan di luar bersama-sama dengan rakan-rakan.
·         Jadikan persekitaran anda kondusif dan gunakan peralatan hidangan makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang menarik.
·         Pastikan diri anda dalam keadaan yang bersih.
Sekiranya anda tidak berupaya untuk memasak atau membeli makanan,
·         Dapatkan perkhidmatan katering atau perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah.
·         Simpan makanan sejuk beku, makanan dalam tin atau makanan yang sedia dimakan di rumah. Pastikan makanan tersebut dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan.
·         Beli dan simpan bijirin segera, sup, mee atau makanan segera dimana anda hanya perlu menambah air panas untuk memakannya.
Makanan Tambahan / Suplemen
·         Kebiasaannya makanan tambahan tidak diperlukan.
·         Keperluan vitamin dan mineral anda boleh diperolehi dengan mudah sekiranya anda mengamalkan pengambilan pelbagai jenis makanan secara seimbang.
·         Makanan tambahan seperti pil vitamin, mineral dan serat tidak dapat membekalkan kesemua nutrient dan komponen penting makanan yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
·         Makanan tambahan tidak sesuai sebagai pengganti makanan harian. Sesetengah makanan tambahan jika diambil secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
·         Makanan tambahan boleh diambil atas nasihat doktor terutamanya sekiranya anda tiada selera makan, selepas menjalani pembedahan, mengalami kecederaan, mengalami jangkitan kuman dan penurunan berat badan secara berlebihan.
·         Makanan tambahan hanya boleh diambil atas nasihat pegawai dietetik, pakar pemakanan dan doktor.
Semakan Akhir
:
14 Julai 2008
Penulis
:
Norizan Mashttah bt. Mardan
Mahnon Suria bt. Mokhy
Siti Farrah Zaidah bt. Mohd Yazid
Junidah bt. Raib