Rabu, 12 Disember 2012

Bahan tambah makanan bahaya


Bahan tambah makanan bahaya

ADITIF MAKANAN - Apa yang perlu anda tahu?

Apakah itu aditif makanan (bahan tambah dalam makanan)?

Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit. Bahan Aditif makanan tidak termasuk vitamin dan mineral. Namun demikian, bahan aditif makanan adalah bersifat kimia dan dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan. Jika anda terus-terusan memakannya atau jadi amalan secara berpanjangan, kimia ini akan lama kelamaan akan berkumpul dalam badan anda dan boleh memudaratkan kesihatan anda serta kesihatan keluarga anda.

Tujuan aditif makanan ditambah dalam makanan adalah untuk:

·         Memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan (sebagai pengawet makanan contoh asid borik).

·         Meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi).

·         Menambah keenakan serta meningkat perisa makanan.

·         Memberi pilihan kepada pengguna.

Aditif makanan seharusnya tidak dikelirukan dengan bahan pencemaran (kontaminan). Bahan pencemaran adalah bahan yang tidak ditambah secara sengaja dalam makanan seperti logam berat, tinggalan racun perosak dan drug veterinar.

Salah faham terhadap aditif makanan

Dalam konteks sains makanan, perkataan ‘bahan kimia’ tidak mempunyai maksud kerana udara, air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semula jadi. Contohnya:

·         Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada tumbuhan.

·         Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur.

·         Aditif semula jadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C sebagai antipengoksida, agar daripada rumpair laut sebagai penstabil.

Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet yang seimbang.

Sejak bila aditif makanan digunakan dan kenapa?

Penggunaan aditif makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana aditif makanan ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara untuk membantu mengawet, menyedapkan, mencampur, memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara kuning telur selalu digunakan bagi tujuan mengadunkan air dan minyak. Cuka serta gula juga digunakan sebagai aditif makanan bagi mengawet buah-buahan dan membuat jeruk.

Jenis-jenis aditif makanan

Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis aditif makanan yang dibenarkan adalah:

·         Bahan pengawet

·         Bahan pewarna

·         Bahan perisa

·         Penambah perisa

·         Antipengoksida

·         Kondisioner makanan

Aditif Makanan
Takrifan
Contoh aditif yang dibenarkan
Contoh makanan yang dibenarkan ditambahkan aditif makanan
Bahan Pengawet
Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan yis bagi memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan
Asid benzoik, asid sorbik, sulphur dioksida
Jem, jus buah, cuka
Bahan pewarna
Bahan pewarna digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan merangsang selera makan
Allura Red, Sunset Yellow, anthocyanin
Kek, ais krim, minuman berperisa
Bahan perisa
Bahan perisa digunakan untuk memberi dan mengekalkan rasa yang unik bagi sesuatu makanan
Bahan perisa ais krim (contohnya vanila, strawberi, durian dan lain-lain) Bahan perisa untuk minuman (contohnya jagung, oren, anggur dan lain-lain)
Ais krim, minuman berperisa
Penambah perisa
Penambah perisa digunakan untuk menambah dan memperkuatkan rasa sesuatu makanan
Monosodium glutamate (MSG)
Sos, susu berperisa
Antipengoksida
Antipengoksidaan berfungsi untuk melambatkan proses pengoksidaan yang menyebabkan ketengikan dalam makanan
Tokoferol Asid askorbik, Butylated hydroxytoulene (BHT)
Marjerin, mentega kacang, krim kelapa, gum kunyah
Kondisioner makanan
Kondisioner makanan ditambah dalam makanan untuk memberi fungsi teknologi untuk mendapatkan makanan yang dihasratkan Jenis-jenis kondisioner makanan yang dibenarkan adalah :
1.   Pengemulsi dan agen antibuih
2.   Penstabil, pemekat, kanji ubahsuai dan agen pengelan
3.   Pengawal asid
4.   Enzim
5.   Pelarut
6.   Agen antipengerakan
Asid fosforik, magnesium karbonat, gum xanthan, lecithin
Buah berkaling, coklat, kek, biskut

Bagaimana penggunaan aditif makanan dikawal?

Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Oleh kerana penggunaan aditif digunakan secara meluas dalam makanan kawalan ketat terhadap penggunaan aditif amatlah penting. Hanya aditif yang sesuai dan selamat saja yang boleh ditambah pada makanan - Soalannya adakah aditif yang digunapakai dalam jutaan produk makanan sekarang sesuai atau memudaratkan kesihatan?

Penggunaan aditif makanan hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan hanya meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya. - Soalannya kenapa ACGIH mengatakan tiada safe level untuk sebarang pendedahan kepada bahan kimia?  

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan menjalankan program pemantauan yang berterusan bagi memastikan penggunaan aditif makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 - Soalannya, setiap Daerah hanya ada 2 orang Inspektor Kesihatan sahaja untuk kawal selia beribu2 produk makanan. Setiap anggota kesihatan tertakluk kepada pencapaian SKT. Sekiranya pencapaian untuk tahun itu telah dicapai, mereka tidak akan bekerja lagi memantau bahan tambah kimia dalam produk makanan. Adakah 2 Inspektor Kesihatan ini mencukupi untuk pemantauan bahan tambah kimia dalam makanan?

Bagaimana untuk mengetahui aditif makanan telah ditambah ke dalam makanan?

Pengguna perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan "mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan".

Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)". Soalannya, Ponceau 4R adalah kimia. kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia belum diketahui. Biasanya penarikan balik sesuatu produk makanan adalah selepas terdapat laporan pengguna mendapat kanser, penyakit buah pinggang @ saraf rosak dsbnya. Sebagai contoh, FDA masih membenarkan penggunaan MSG walaupun terdapat masalah kesihatan jika menggunakan MSG ( cth: - Chinese Restaurants Syndrome ).

Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label .Contohnya "mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan".

Bolehkah aditif memberi kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan kepada pengguna?

Terdapat segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah aditif makanan. Namun demikian dengan penyataan aditif yang ditambah pada label, pengguna yang alah terhadapnya dapat mengelakkan dari memakan makanan yang mengandungi aditif tersebut.

Antara aditif yang biasa dikaitkan dengan kesan sampingan dan alahan kepada pengguna adalah sulfur dioksida atau sulfit. Sulfur dioksida atau sulfit boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk bagi sesetengah pengguna yang alah dengannya. Oleh itu penyataan "mengandungi sulfur dioksida" diwajibkan sekiranya sulfit atau sulfur dioksida ditambah melebihi 10mg/kg dalam makanan.

Sulfit atau sulfur dioksida merupakan bahan pengawet yang biasa ditambah pada jeruk dan buah-buahan kering. Soalannya, serangan lelah adalah tindakbalas serta merta badan manusia kepada bahan kimia Sulfur Dioksida. Masalahnya, kesan tindakbalas jangka panjang tubuh badan manusia kepada pendedahan bahan kimia seperti Sulfur Dioksida dll tidak diketahui dengan jelas. Mungkin dalam kesan jangka panjang, kimia ini boleh sebabkan kecacatan bayi dalam kandungan, IQ rendah, keguguran janin, masalah mandul, barah, rosak saraf dan rosak buah pinggang adalah belum dapat dibuktikan lagi. Sementara menunggu bukti ini jelas kelihatan, anda sebagai pengguna akan menjadi tikus ujikaji mereka !!! Kadang kadang apabila bukti telah jelas dikemukakan pun, produk kimia beracun ini masih digunakan dalam junk food yang dijual di kantin 2 sekolah demi kepentingan keuntungan wang ringgit semata mata.

 

Aditif lain yang sering dikaitkan dengan kesan alahan adalah penambah perisa Monosodium Glutamate (MSG). Kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan MSG digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini kerana MSG banyak digunakan dalam masakan dan hidangan di kalangan masyarakat Cina. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di tengkuk dan belakang badan serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik gagal membuktikan kesemua kesan sindrom tersebut disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kesan sampingan buruk hanya dialami oleh pengguna yang alah terhadap MSG. Pernyataan "mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) sebagai penambah perisa yang dibenarkan" wajib dinyatakan pada label makanan. Soalannya, penjual penjual makanan di warung tepi jalan tidak pernah memberitahu & jauh sekali melabel makanan yang mereka telah masak mengandungi MSG !!!

Nasihat kepada pengguna

Pengguna dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum membeli makanan. Bagi pengguna yang alah terhadap makanan atau aditif tertentu amatlah penting untuk membaca senarai ramuan pada label makanan dan mengenal pasti makanan atau aditif yang perlu dihindari yang boleh memberikan alahan.

ruj  :   Sila Klik Sini
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.