Ahad, 22 April 2012

Toksin Usus Menjejas Kesihatan



Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan adalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa. Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan.

BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah ? tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia ?masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran , bahan kimia dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik, kambing dan daging. Dalam air minuman kita klorin, florin, logam berat seperti plumbum, raksa, chromium, gadolinium, radioaktif  dsbnya..  bahan kimia, bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama. Paip air juga diperbuat daripada plumbum dan asbestos!!!  Dalam udara yang kita sedut, bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok, serta asap dari pembakaran terbuka ATAU pembakaran plastik dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus Bermasalah Mengundang Penyakit Usus Kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai toksin usus. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Toksin usus adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah: cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Pemakanan
- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman organik seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).

PENCEGAHAN LEBIH BERKESAN DARIPADA RAWATAN

Mengapakah manusia jatuh sakit?

Sebab utama ialah sistem imun dalam tubuh badan manusia sudah jadi lemah akibat pengambilan makanan yang tidak betul tidak bersenam, stres dsbnya. Pergantungan berlebihan ke atas antibiotik telah menyebabkan kemerosotan sistem imun manusia. Penyerapan TOKSIN boleh berlaku melalui sistem pernafasan, resapan rongga roma atau kulit. Pencemaran berlaku daripada gas beracun, kimia buangan, sisa-sisa bahan kimia pertanian dan logam-logam berat. Bahan-bahan merbahaya ini dibawa oleh darah serta disimpan di dalam berbagai organ, sel lemak, tulang dan tisu. Oleh kerana TOKSIN-TOKSIN ini tidak menyebabkan bahaya serta merta yang menjejaskan nyawa, ramai daripada kita biasanya mengabaikan kesan-kesan jangkapanjang! Selepas jangkamasa panjang, perubahan-perubahan serius akan wujud dalam tubuh badan seperti kerosakan DNA, anaplasia, mutasi sel, penyakit-penyakit kardio-vaskular, kegagalan buah pinggang atau hati, ketidak seimbangan sistem saraf dan hormon.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.