Sabtu, 27 September 2014

Mukadimah 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pelayar setia laman ini, saya memohon maaf sebab lama tak dapat kemas kini halaman ini sebab saya menghadapi kekangan masa. Besarlah harapan saya agar para rakan pelayar mendapat manfaat daripada pembacaan di halaman ini.

Namun demikian, diingatkan supaya pengguna halaman dapat berfikir dengan teliti serta saksama sebelum membuat apa apa keputusan mengenai rawatan apa jua jenis penyakit yang dihadapi. Mohon mendapat pendapat kedua dari doktor pakar yang berbeza dari hospital atau institusi berbeza untuk mendapatkan keputusan yang paling baik InshaAllah.

Saya masih seperti dulu dan masih juga ada temujanji pakar. Cuma saya bersetuju dengan rawatan pembedahan membuang ketulan kanser tetapi tidak berapa setuju dengan rawatan kimoterapi dan radioterapi disebabkan kerana kesan yang amat teruk selepas rawatan kedua dua jenisnya. Selalu juga doktor pakar mengelak daripada memberitahu pesakit akan kesan sampingan kimoterapi dan radioterapi kerana khuatir pesakit akan enggan menjalani prosedur ini..

Kepada Allah kita minta tolong dan tempat kita mohon perlindungan.

Sekian Wassalam

Mukadimah 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sabtu, 6 Julai 2013

Rakyat Singapura panjang umur


Rakyat Singapura panjang umur


Singapura: Singapura mencatat kadar jangkaan hayat keempat terbaik di dunia berdasarkan data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), semalam. Menurut maklumat agensi itu, kadar purata jangka hayat ketika lahir adalah 82 tahun pada 2011, menjadikan ia setaraf dengan Itali. Kadar jangkaan hayat wanita di Singapura ialah 85 tahun, manakala lelaki 80 tahun.
Tiga tempat teratas adalah Jepun dengan jangka hayat bagi wanita ialah 86 tahun berbanding lelaki 82 tahun diikuti Switzerland dan San Marino. Ketiga-tiga negara itu mencatatkan kadar jangka hayat 83 tahun, jauh lebih tinggi berbanding kadar global iaitu 70 tahun. Sementara itu, Sierra Leone berada di tempat terbawah dengan 47 tahun. Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Prof Chia Kee Seng berkata, Singapura perlu memberi tumpuan kepada peningkatan taraf hidup lebih meluas dengan mencegah penyakit kronik kerana ia boleh melembapkan kemajuan. Laporan WHO itu turut membandingkan kadar jangka hayat semasa berbanding data pada 1990 dan 2000. Pada 1990, Singapura berada di kedudukan ke-29 dengan purata kadar jangka hayat 75 tahun.

P/S: Kat Singapura, rakyat dia celik dan cerdik2.... Walaupun penduduknya sangat padat, tiada banyak berlaku pencemaran makanan, plastik, alam sekitar dsbnya berlaku di sana...

 

Rahsia menghindari sel kanser


Rahsia menghindari sel kanser

Perubatan moden merupakan pilihan utama rawatan bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser walaupun ada sesetengah pesakit memilih untuk berubat secara tradisional. Pembedahan, kemoterapi dan radioterapi merupakan antara rawatan yang diterima oleh pesakit kanser.

Walaupun ketiga-tiga jenis rawatan itu kedengaran menakutkan, namun kesemuanya perlu dilalui dengan harapan sel kanser yang berada di dalam tubuh akan mati.

Dr. R. Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.

Namun beliau percaya, ia bukan sesuatu yang perlu sentiasa dibimbangi kerana setiap penyakit ada ubatnya.

''Sebenarnya alam semula jadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita," katanya yang terkenal dengan kaedah rawatan penyakit kronik melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berasal dari daerah Coimbatore, Dr. Subramanian telah 30 tahun mengamalkan kaedah rawatan tersebut bagi merawat pesakit-pesakit kanser di hospitalnya.

Beliau berada di Kuala Lumpur bagi menyampaikan ceramah untuk pesakit dan bekas pesakit kanser bertajuk Kesihatan Optimal Cara Semulajadi Dengan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Menurut beliau, setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia. Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

''Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul. Nabi Muhammad pun ada menyarankan agar kita mengunyah makanan sekurang kurangnya 44 kali sebelum sebarang makanan ditelan.

"Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan dan pastikan kita dapat nikmati rasa makanan yang kita makan. "Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan enzim lipase dan amylase dalam air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita,'' ujarnya.

Beliau menyarankan agar makan apabila perlu dan apabila lapar. Jangan makan terlalu banyak. Jangan minum air semasa makan kerana akan merencatkan proses hadaman di dalam mulut menggunakan enzim pencerna makanann yg terdapat dalam air liur!

"Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja," katanya.

Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia. Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh.

Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser. Justeru di hospitalnya, setiap pesakit diajar melakukan enema (rawatan perubatan konvensional mrenggunakan memasukkan kimia ke dalam usus besar anda!)  kerana ia salah satu rawatan yang penting bagi mengatasi sembelit.

''Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari, Jika tidak boleh cara semula jadi, lakukan enema semulajadi dengan menelan jus buah lai atau jus nenas mentah. Jangan campur sebarang susu atau gula pada jus mentah semulajadi ini kerana ia mengganggu serapan nutrien. ''Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah semangat," katanya.

Worth to read


Cancer care rationing begins in America as cancer clinics turn away thousands of Medicare patients
(NaturalNews) Federal sequestration measures that came into effect on April 1 are making it impossible for many cancer clinics across the country to administer conventional care to patients, and particularly to those on Medicare. Consequently, thousands...
Five ways to protect yourself from deadly antibiotic-resistant bugs
(NaturalNews) The unsettling news about antibiotic-resistant super-bacteria is gaining attention, as reports of outbreaks continue to surface in hospitals and other health care facilities across the nation. Carbapenem-Resistant Enterobacteriaceae (CRE...
Associated Press deliberately lies about government ammo purchases
(NaturalNews) Often is the time when the mainstream media has been little more than a shill or an echo chamber for President Barack Obama, but when an organization flat-out lies about a well-documented truth, what little credibility remained within that...
Berries, pomegranates shown to have highest anti-cancer activity of any fruits
(NaturalNews) Numerous studies have confirmed that berries are the best foods to maximize your intake of disease-fighting antioxidants, and have also identified the other fruits and vegetables with the highest antioxidant content. Antioxidants are...
New research: Copper kills superbugs and other hospital-acquired infections
(NaturalNews) Scientists have found there's a way to dramatically prevent serious, life-threatening infections-- including those caused by especially dangerous and hard-to-treat superbugs. It doesn't involve Big Pharma drugs or toxin-laden chemical treatments...
Gun control is anti-women: Rapists empowered by gun restrictions
(NaturalNews) In New York City on a recent morning, a man approached a woman standing at a Queens bus stop, forced her to a nearby cemetery by knifepoint, then proceeded to rape her. The man, whom the victim described as 25-30 years old, approached...
Aquaponics: Is this promising, sustainable farming method the urbanized future of agriculture?
(NaturalNews) We talk a lot around here about food and its importance in sustaining life. But how do we as humans continue to sustain the viable production of food itself, particularly in a world where natural resources seem to be getting increasingly...
Belly fat no more: Six ways to naturally combat toxic belly fat
(NaturalNews) A Superfund site is an area designated by the U.S. EPA for clean up due to dumping or discharge of toxic waste that could be extremely injurious to human health. There is no better analogy for the toxic dumping ground in the body known as...

 

Big Pharma's legacy of corruption: Natural substances turned into pharmaceuticals sold for massive profit
(NaturalNews) Imagine a world where all the vitamins, minerals, herbs, extracts, compounds, powders, and probiotics that are so freely available at any health food store and at many grocery stores were suddenly made illegal so they could be turned into...
Unstable planet: Massive dry landslide on rare seismic zone near Seattle threatens destruction of homes
(NaturalNews) The island of Whidbey near Seattle, Washington, has been active lately, but not in the healthy, get-out-and-move sense. Residents living on the island, which is the fourth largest in the contiguous United States, were shaken recently when...
Manage diabetes with the foods you love
(NaturalNews) Every year, people continue to be diagnosed with the different types of diabetes. And since the major causes are not all the time organic, diabetes can be managed and can be reversed with a better lifestyle. And while most people see lifestyle...
Depression in men linked to folic acid deficiency
(NaturalNews) Men who do not get enough folic acid in their diets may be more susceptible to depression, studies have shown. Folic acid is the dietary form of vitamin B9 and is found primarily in green leafy vegetables, citrus fruit, beans and other...
A powerful way to kill cancer from the inside out
(NaturalNews) A lack of education kills more people than cancer, heart disease and conventional medicine combined. Would we really see so much death and destruction if the majority of the people really knew about the value of fresh, clean food, water...
Mind control, the shell game, and the stealth gods
(NaturalNews) Of the many definitions of collectivism, this simple one is my favorite: "The practice or principle of giving a group priority over each individual in it." When I was starting out as a reporter 30 years ago, one of my first editors sat...
Bitcoin crashes over 50% just one day after bold public prediction by Mike Adams of Natural News
(NaturalNews) In what has to be the most accurate currency crash prediction ever made, bitcoin crashed today from $266 to a low of $105 in a rapid "free fall" market crash pattern, erasing $1 billion in currency valuation in a matter of hours. I ...
Biotech lies exposed: Genetically-modified corn contains practically no nutrients but is loaded with chemical poisons
(NaturalNews) A breakthrough report on the nutritional density of genetically-modified (GM) corn crops demolishes all existing claims that GMOs are "substantially equivalent" to non-GMOs. Entitled 2012 Nutritional Analysis: Comparison of GMO Corn versus...

 

Kimura hidup hingga 116 tahun


Pakar kaji punca Kimura boleh hidup sehingga 116 tahun  klik kosmo

KYOTANGO - Manusia paling tua di dunia, Jiroemon Kimura menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-116 semalam. Beliau meninggal dunia ketika pakar-pakar kesihatan melakukan kajian bagi mengetahui punca dia dan sebilangan penduduk di sini dapat hidup bagi tempoh yang terlalu lama. Jumlah penduduk di bandar ini ialah 60,000 orang.

Seorang pegawai pentadbiran bandar ini memberitahu, dia tidak merokok dan akan berhenti makan apabila berasa hampir kenyang. Menurut laporan media, dia minum minuman keras dengan kadar yang sederhana.  Pegangan hidup Kimura ialah tidak kuat makan dan hidup dalam tempoh yang lama.

Pakar-pakar di sini telah melancarkan satu projek penyelidikan dalam usaha untuk mengetahui punca dia masih hidup. "Kami mahu mengkaji tabiat pemakanan bukan sahaja melibatkan Kimura tetapi 50 lagi warga emas yang berusia lebih 100 tahun di bandar ini," kata pegawai itu.

Menurutnya, Kyotango terletak d Kyoto. Beliau berkata, bandar ini terletak dekat Laut Jepun dan banjaran gunung yang kaya dengan makanan laut dan produk tenusu. Kami amat berminat untuk mengetahui makanan tempatan yang mereka makan," katanya.

Pegawai itu berkata, pihaknya mahu mengetahui sama ada makanan tersebut menjadi faktor yang menyebabkan golongan tua di sini hidup dalam tempoh yang lama. Beliau berkata, pihak pentadbiran bandar ini juga merancang untuk mengeluarkan buku resipi berdasarkan kajian itu. Menurutnya, buku tersebut kemudian akan didedahkan pada satu simposium tentang rahsia umur panjang pada November depan. "Kami mahu penduduk mengetahui rahsia umur panjang tetapi ia juga bertujuan untuk menarik pelancong ke bandar ini yang mempunyai ramai penduduk lanjut usia," katanya. - AFP

 

Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar


Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar



NEW DELHI - Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Menurut beberapa penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah hospital di lokasi tersebut.

Lebih daripada 90 anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.

"Bayangkan betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini," kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.

Perkampungan itu mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti tersebut. - Agensi