Ahad, 14 April 2019

Madu kelulut asli





Sekarang amat merisaukan kerana lebih 90 peratus madu yang dijual adalah palsu.  Ini dipastikan oleh pakar Mardi Dr Suri Roowi. Justeru adalah amat penting bagi tuan puan membeli madu daripada mereka yang benar benar menjual madu asli dan selamat untuk konsumsi keluarga anda.

Sedikit fakta bahawa lebah kelulut tidak dapat terbang jauh untuk mencari makanan. Lebah species laeviceps adalah paling kecil mungkin terbang jarak kurang 200 meter. Trigona itama mungkin dalam jarak kurang 500 meter dari sarang. Trigona Thorasica mungkin 2 km radius dari sarang. 

Maha suci Allah yang Maha Pencipta telah menciptakan pelbagai species kelulut. Terdapat 33 species kelulut telah diketahui berada di Malaysia manakala lebih 200 species kelulut telah dikenal ketahui di seluruh negara dunia. Species yang telah pupus atau belum diketahui masih dijejaki oleh saintis.

Rasa, bau, kepekatan, warna madu kelulut akan berbeza beza bergantung pada tempat, musim dan jenis species bunga yang dihisap.

Setakat ini madu yang paling sedap istimewa adalah dari jenis hutan tebal berdamar iaitu Trigona Apicalis. Rasanya manis dan aromanya harum. Species berdamar lain termasuklah T Binghami dan T. Collina (boleh bersarang dalam tanah).

Justeru, sekiranya anda mendapat madu yang pengeluarannya sangat banyak dari hanya satu tempat, warna, rasa, bau, konsistensinya serupa sahaja tidak kira musim berlainan, besar kemungkinan anda telah membeli madu palsu yang banyak di pasaran sekarang. Wajar anda membuat kajian lanjut atau bertanya akan keaslian madu tersebut.

Sekali anda telah meminum madu asli Inshaallah anda tidak akan tertipu lagi dengan madu tiruan di pasaran. 

Di bawah ini disenaraikan antara pengeluar madu asli tempatan yang boleh anda hubungi.



En Sazali   013 222 9995 - Selangor Fruits Valley.

Zawawi Ismail 019 941 8639 - Terengganu








.