Khamis, 22 September 2011

Mengenai Halaman Ini



Saya memohon maaf dari tuan punya laman yang saya mengambil ilmu dari mereka. Sesungguhnya artikel dan pautan yang diambil hanya bertujuan membantu para pesakit barah dan bukan sesekali bertujuan mencari untung. Sekiranya tuan tidak setuju, pohon maklumkan kepada saya di,   faizal295@gmail.com 
agar artikel / pautan tuan boleh dipadamkan dari laman ini. Tolong berikan tajuk dan tarikh rencana bagi memudahkan pemadaman.


I’m truly sorry to the owner of any articles enclosed in this blogsite. All the entries are solely intended to benefit any cancer patients who wish to learn from your experiences and knowledge. If you do not agree with this, kindly let me know at 
faizal295@gmail.com  so that the articles / link could be removed from this blogsite. Kindly also stated the article date to ease the process.




Halaman ini diujudkan bertujuan berkongsi-kongsi pengalaman antara pesakit-pesakit barah di mana saja mereka berada. Tiadalah insan yang mengerti derita seorang pesakit barah melainkan pesakit itu sendiri atau mereka yang sedang atau pernah menghidapi barah. Rawatan Konvensional adalah berkisar mengenai pembuangan atau pemotongan melalui pembedahan, rawatan pancaran radioterapi, rawatan kimoterapi dan kaunseling psikologi. Lebih teruk apabila berjumpa doktor yang merawat, pegawai perubatan terus mengatakan bagi barah jenis ini, rawatannya adalah perlu dipotong ini, itu atau dikimoterapi dsbnya. Menurut Sekine Susumu, seorang Profesor Jepun yang menghidap barah saluran makanan (esofagus), beliau telah memilih untuk tidak menjalani pembedahan Radikal Pembuangan Esofagus. Kisah beliau sangat menarik untuk dibaca. Bukunya, “Panjangkan Usia Pesakit Kanser” ada dijual di Kedai Buku Sime Darby Medical Center Petaling Jaya.

Terdapat berbagai jenis grade barah. Ada low grade, intermediate dan high grade.  Terdapat juga pengelasan @ staging seperti I II III dan stage IV . Selain itu terdapat juga T N M staging. 

Ada pendapat mengatakan bahawa ubat-ubatan berasaskan tumbuh-tumbuhan tidak dapat dipatenkan, justeru, ini tidak memberi pulangan hasil yang banyak kepada syarikat ubat gergasi dunia. Sebaliknya, tumbuhan herba adalah ciptaan Allah. Kadangkala, tumbuhan herba boleh didapati tumbuh melata di kampung-kampung. Allah tidak pernah mempersoalkan hak patensi kepada tumbuh2an ciptaannya tetapi insan bergelar manusia sentiasa rakus mematenkan keluaran mereka yang bersifat keuntungan sementara duniawi. Kita hanya pandai memesin rumput walhal herba yang dikatakan semak sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Apabila tidak boleh dipatenkan, tiada syarikat gergasi menyokong di belakang tumbuhan herba. Justeru tiada wang bagi menjalankan kajian perubatan. Itulah tujuan  halaman ini bagi mengumpul pengalaman dari pesakit barah sendiri yang telah mencuba berbagai jenis tumbuh-tumbuhan herba atau tumbuhan ubat bagi dikongsikan pengalaman atau pengetahuan mereka itu semata-mata untuk tujuan kepentingan bersama pesakit pesakit barah. 

Tumbuh2an bersifat alkali, sedangkan daging, makanan segera dan air bikarbonat bersifat asid. Sel barah sangat suka kepada persekitaran berasid untuk berkembang. Manakala persekitaran beralkali membantutkan pertumbuhan barah. Jika anda stres dan menghisap rokok, ia menyebabkan badan berasid. Tumbuhan hijau menyebabkan badan beralkali. Sayang sekali kerana tumbuhan hijau di pasar masih mengandungi racun serangga , racun kulat dan racun rumpai. Mungkin racun ini boleh menyebabkan barah akibat kesan terkumpul (cumulative effect). Justeru, penting bagi anda memilih makanan yang 100% organik, tidak menggunakan racun serta baja kimia dan sebagainya.  Anda boleh mempercayai Cop SALM (Skim Amalan Ladang Baik Malaysia oleh Jabatan Pertanian). Hasil Keluaran SALM adalah berkonsep mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti tinggi, selamat serta sesuai dimakan. Keluaran Pertanian bercop SALM boleh dibeli di pasaraya besar TESCO, JUSCO dsbnya.  Bagi anda yang mahu beralih dengan mendapatkan punca protin hanya dari punca tumbuhan, eloklah meminta pendapat pakar pemakanan (dietician) kerana asid amino perlu yang terkandung dalam tumbuhan tidak selengkap asid amino perlu yang terdapat dalam protin haiwan.  Sebaiknya belilah buku bagi melengkapkan pengetahuan mengenai cara makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Sekiranya tidak mampu, gantilah sumber protin itu kepada protin sedari punca ikan.

Sel barah menyukai persekitaran sejuk dan nyaman. Justeru adalah penting bagi tidak meminum ais atau minuman sejuk. Pastikan memakai pakaian panas apabila merasa sejuk dan jangan bekerja didalam persekitaran berhawa dingin. Orang tua-tua dahulu mandi dengan membasahkan bahagian kaki terkebih dahulu beransur-ansur dengan naik membasahkan bahagian badan atas. Cara dan gaya basahan  sebegini dipermudahkan apabila mereka mandi sungai. Orang sekarang telah terbalik di mana bahagian kepala dan atas badan telah dicurahkan air terlebih dahulu. Diperkatakan orang juga mandi wap amat baik kerana ia menyebabkan kita berpeluh. Mandi wap dikatakan istimewa kerana ia mengeluarkan peluh lebih  dari peluh bersenam. Selain itu, lemak juga dikeluarkan melalui peluh menyebabkan dapat menjadikan seseorang itu kurus. Melalui peluh, banyak toksin dan pelarut organik dari badan dapat dikeluarkan. Namun begitu, mandi wap perlu dilakukan secara berkala bagi mendapat hasil yang diinginkan.  

Halaman ini tidak bertujuan memberi rawatan sebenar kepada pesakit. Ia bertujuan bagi berkongsi pengalaman dan maklumbalas di kalangan pesakit-pesakit barah atau dari insan perseorangan yang bermurah hati mahu berkongsi pengetahuan. Ia juga bagi mengurangkan kemungkinan daripada membeli ubat2 @ kaedah yang tidak tepat bagi mengubati barah. Oleh itu, perbincangan serta perkongsian pendapat antara kita amat dialu-alukan. 

Pihak kami bukan doktor. Justeru pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala masaalah, kecacatan, kerugian, musibah atau kemudaratan yang timbul akibat mengikuti sebarang petua atau saranan amalan atau pengubatan di halaman ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda tidak seharusnya melayari halaman ini.


Blog ini mengandungi pengalaman, pengetahuan, penderitaan, penipuan dan pendapat kepada pesakit kanser, Sekiranya anda tidak setuju, anda tidak seharusnya melayari laman ini.


Wassalam.


Penafian
Anda dinasihatkan bijaksana semasa membuat pertimbangan. Gambar dan keterangan hak milik pihak tertentu yang terkandung di blog ini digunakan bukan untuk tujuan mencari keuntungan. Laman ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak selain jika disebut. Laman ini tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan. Laman ini juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada keterangan berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana-mana pihak. Pihak pengendalian blog perihalbarah tidak bertanggungjawab atas segala komen-komen pembaca. Terus-terang, pihak pentadbiran blog perihalbarah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang anda tulis di sini. Sila pastikan anda berfikiran panjang dahulu sebelum menulis komen di sini. Sayangilah laman blog ini dan elakkannya daripada  disenaraihitamkan. Anggaplah laman ini sebagai harta buat rujukan anda. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak blog perihalbarah. Walaupun langkah-langkah berhati-hati telah diambil semasa penyediaan bahan-bahan tatapan bacaan, pihak kami mengakui terdapat kekurangan dan kemungkinan kesalahan fakta atau kesilapan semasa penyediaan bahan bahan. Blog ini bukan nasihat profesional. Ia hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain yang dianggap baik lalu dikumpulkan. Justeru, laman ini tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kerugian, kecacatan, kematian, sebarang komen yang diutarakan atau sebarang isu yang timbul akibat penggunaan laman ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda tidak seharusnya menggunakan laman sesawang ini.
Terima Kasih.

Mengambil iktibar dari:
  1. Menuntut ilmu pengetahuan adalah amalan mulia yang amat sangat dituntut.
  2. Nabi menyuruh kita menuntut ilmu sampailah ke saat hayat terakhir.
  3. Ilmu yang dimanfaatkan boleh membantu anda di alam akhirat.
  4. Allah murka kepada orang yang menyorokkan ilmu.
Anda digalakkan memetik dan menyebar mana-mana isi dalam laman ini tanpa perlu meminta izin dari kami terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, bagi penyiaran bertujuan penjanaan keuntungan wang adalah dilarang.

Ilmu adalah kepunyaan Allah. Kewajipan orang yang berilmu untuk menyampaikannya. Kewajipan orang tiada berilmu untuk mempelajarinya. Sekiranya tidak disampaikan ia adalah satu jenayah agama. Apabila anak Adam mati, maka terputuslah hubungannya dengan dunia dan tiada apa yang dapat membantunya melainkan hanya 3 perkara saja iaitu Doa anak yang soleh; Sedekah jariah; Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai. Ilmu Allah tersangat banyak serta amat luas. 

Surah 18 : Ayat 109 ; Katakanlah: kalau sekiranya (air) lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) perkataan Tuhanku, niscaya keringlah air lautan itu, sebelum habis perkataan Tuhan, sekalipun kami datangkan tinta sebanyak itu lagi sebagai tambahan. 

Surah 31: Ayat 27 ; Kalau sekiranya pohon-pohon di muka bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambah kemudiannya dengan tujuh laut lagi, niscaya tiada habis kalimat Allah (dituliskan). Sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.

Ketahuilah juga bahawa sekalian malaikat dan iblis disuruh sujud kepada Adam kerana Adam itu berilmu. Sungguh amat mulia manusia yang berilmu. Allah juga berjanji bahawa manusia yang berilmu akan dimuliakan Allah ( samada di dunia atau di akhirat ) beberapa darjat. 

Surah 6; Ayat 132 : Untuk tiap tiap orang itu, ada beberapa darjat ( tingkat ) menurut amalan mereka masing masing.  

Surah 6; Ayat 165 : Dialah yang mengangkat kamu jadi khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu dari yang lain beberapa darjat, supaya dia mencobaimu tentang apa2 yang diberikanNya kepadamu.

Darjat seseorang manusia dinilai bukan pada Gelaran Tuan, Puan, Mem Besar, Dr, Dato, Datin, Dato Sri, Tan, Tun dsbnya namun hanya Allah yang Mahamengetahui tinggi rendahnya darjat seseorang.

Saya berkeyakinan tinggi bahawa berleluasanya penyakit barah di kalangan insan hari ini berpunca dari kurangnya pengambilan herba segar hijau yang bersifat alkali serta berleluasanya pendedahan terhadap racun atau bahan toksik berbahaya samaada dalam makanan atau dalam persekitaran. Diperhatikan, gaya penyakit barah telah menafikan faktor keturunan dan faktor umur. Ramai insan mendapat barah tanpa ada sejarah keturunan berpenyakit barah. Malahan umur para pesakit mendapat barah telah menjadi semakin  muda.



Saya pernah mengalami perasaannya apabila saya diberitahu doktor keputusan HPE biopsi adalah tidak menggembirakan. Saya amat tahu perasaan itu seperti tekanan yang amat berat, mengalami tidak boleh tidur dsbnya. Hanya orang yang didiagnosa barah sahaja yang tahu perasaan itu... Syukur kepada Allah, saya cepat sedar, cepat bangkit dan tidak putus asa. Saya amat amat berterima kasih kepada Allah yang telah memberikan kekuatan kepada saya.


Tatkala itu, saya mencari maklumat di internet tetapi hampa tidak berjumpa satu pengkalan atau blog hentian yang mampu memberikan banyak maklumat mengenai barah disamping boleh pula dipercayai... Justeru itu, laman ini diujudkan bersumberkan pengalaman sendiri dan juga ambilan dari pengalaman orang lain, semoga ia memberi manfaat kepada saudara pembaca.


Pesakit kanser tidak boleh mengharapkan bantuan ubatan dari doktor dan syarikat ubat gergasi semata-mata kerana doktor merawat hanya berdasarkan buku dan FDA. Selain itu, mereka semua berasaskan menjana keuntungan daripada memberi rawatan terbaik! Sebagai contoh, syarikat ubat gergasi tidak menunjukkan minat kepada Virus Penyakit Newcastle kerana virus ini tidak boleh dipatenkan! Virus Penyakit Newcastle berupaya membunuh sel-sel kanser dalam masa yang sama tidak mengusik sel-sel normal! Kajian mengenainya banyak dibuat di Negara Jerman! Oleh itu, pesakit kanser jangan berputus asa sebaliknya lipat gandakan usaha anda untuk mencari penawar penyakit anda sendiri dengan cara non toxic dan lebih selamat. Cerita lanjut sila baca buku Fighting Cancer - A Non Toxic Approach to Treatment oleh Robert Gorter dan Erik Peper ms 132. Selain itu baca jugalah buku Panjangkan Usia Pesakit Kanser hasil tulisan Prof Sekine Susumu. Jangan takut mencari pendapat kedua dan carilah doktor yang merawat anda dengan kasih sayang dan bukannya doktor yang merawat anda hanya disebabkan untuk mendapatkan wang !!!


Laman ini diujudkan khusus buat bingkisan tatapan buat sesiapa saja yang suka mengambil pengajaran atau panduan dari apa yang disampaikan. Sekiranya fakta dicoretkan salah, saya memohon kepada Allah yang Mahamengetahui, Mahaberilmu, Mahakuat, Mahaberkuasa, Mahapenentu, Mahapengasih, Mahapenyayang supaya ada pembetulan.

Laman ini kadangkala mendedahkan beberapa kemungkaran yang berlaku di mana boleh memudaratkan orang ramai dimana hukumnya dalam Islam wajib didedahkan bagi memberi pengajaran kepada orang lain.

Sebarkanlah apa apa yang ada dari dalam blog ini untuk tujuan mengajak kepada kebaikan, menyuruh berbuat yang ma`ruf dan mencegah kemungkaran. Silakan, tak perlu minta izin saya. Dipohon sebaiknya letaklah sumber ambilan tuan/puan bagi kemudahan rujukan masa akan datang. Terima kasih.