Senarai laman sesawang yang boleh anda layari:
Laman ini diujudkan buat anda yang mencari kaedah ubatan herba alam semulajadi untuk sakit barah, selain berkongsi pendapat dan pengalaman sesama ahli. Menyedari faktor penyebab barah selain mengelak penipuan kerana pesakit barah selalu ditipu oleh orang yang rakus mengaut untung semata-mata. Laman ini juga bertujuan menyingkap amalan buruk yang merugikan kita.
Rabu, 12 Oktober 2011
Projek Buka ...
Projek Buka Baju
Harian Metro, Muka Depan, Khamis 13 Oktober 2011 : Projek Buka Baju, 2 dicekup separuh bogel, 2 sorok bersama 4 lelaki. Empat siswi sebuah kolej swasta ditahan ketika berpesta seks bersama pasangan masing masing di sebuah bilik asrama, malam kelmarin. Dalam serbuan jam 7 malam, dua daripada pelajar kejururawatan terbabit dicekup dalam keadaan sparuh bogel, dua lagi berpakaian lengkap, manakala keempat-empat pasangan mereka menyorok dalam tandas.
Harian Metro, Mukasurat Empat, Khamis 13 Oktober 2011 : Kuliah seks 4 Gadis, Bakal Jururawat ponteng dicekup, kekasih ditahan dalam tandas asrama. Kuala Lumpur: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan setelah didapati berpesta seks bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin. Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan, jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi… manakala 4 lelaki berusia awal 20an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
Petikan diatas amat mendukacitakan kita kerana ia hanya sebilangan kecil dari sebilangan besar perbuatan yang terlepas. Bukan sahaja di kalangan jururawat pelatih tetapi di kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS sudah tentu mempunyai masaalah yang serupa. Seolah-olahnya, kesalahan berzina adalah dosa kecil, boleh dibuat gula-gula atau boleh bertaubat pada bila-bila. Apatah lagi apabila jururawat diajar pengetahuan mengenai segala jenis kaedah atau cara-cara perancangan keluarga. Kisah ini menjurus kepada kupasan manusia jenis apakah mereka ini akan jadi nanti seterusnya? Adakah manusia berjiwa mulia, pengasih, mengambil berat, bertanggung jawab, mampu menjiwai dengan sepenuh hati serta telus terhadap sebarang tugasan atau pekerjaan yang diberi kepadanya atau menjadi manusia yang sebaliknya?
Saya pernah beberapa kali masuk wad hospital samada diri sendiri atau menjaga orang lain. Kaum kerabat dan saudara mara terdekat juga pernah masuk wad. Pengalaman dalam wad amat mendukacitakan kerana jururawat boleh bergelak ketawa sedangkan pesakit sedang menahan kesakitan serta sedang merana atau sedang dalam kesedihan. Apabila saya menjenguk, saya lihat ada jururawat yang duduk di atas meja tulis sambil berbual dengan rakan mereka. Boleh pula menyilangkan sambil mengoyang goyangkan kaki! Apabila waktu malam, ada jururawat yang tertidur pada pukul 3 atau 4 pagi. Kalau mereka bertiga, 2 akan tidur manakala seorang lagi akan berjaga secara tersengguk-sengguk. Tidak lama kemudian, yang tersengguk-sengguk itupun akan tertidur. Tiada seorang pun Ketua Jururawat, Matron, Doktor atau Pengarah Hospital yang membuat pemantauan mengejut. Kalau diperhatikan, jururawat generasi lama lebih bersopan santun, lebih menjiwai serta lebih bertanggungjawab.
Saya tidak kisah sangat pasal mereka bersembang membuat bising atau duduk diatas meja. Apa yang merungsingkan saya adalah sikap tidak bertanggung jawab. Apabila doktor mengarahkan masuk air Normal Saline melalui intravena sebanyak 3 botol dalam masa 24 jam, ada air yang telah habis tetapi jururawat masih tidak datang menutupnya. Juga pesakit tidak diberitahu mengenai kepentingan menutup air intravena sekiranya jururawat gagal menutupnya. Saluran air yang tidak ditutup akan terus terbuka dan ini memungkinkan kemasukan udara ke dalam salur darah intravena. Apabila udara cukup banyak dalam salur darah, ia boleh menyebabkan embolism udara (Air Embolism). Sekiranya embolism udara berlaku di otak, ia boleh menyebabkan angin ahmar ( Ischemic Stroke ). Memasukkan pesakit dalam wad adalah bertujuan memberi rawatan lanjut dengan harapan pesakit sembuh atau menjadi lebih baik yakni mutu hidup pesakit sepatutnya menjadi lebih baik selepas pesakit keluar dari wad. Tetapi jika pesakit mendapat strok, tujuan asal memasukkan pesakit kedalam wad tidak tercapai malah akan mendatangkan beban tambahan kepada pesakit di mana pesakit menderita strok, lumpuh, terpaksa buang air dalam lampin dewasa, serta memperbanyakkan penggunaan masa yang terbuang oleh pegawai perubatan, jururawat dan saudara-mara pesakit sendiri bagi merawat pesakit. Beban kerajaan juga bertambah besar kerana lebih banyak wang dan masa terpaksa digunapakai bagi menjaga pesakit strok. Ini semua dapat dihindarkan jika jururawat bersikap prihatin, bertanggungjawab, serta menjiwai tugas masing-masing. Memang betul jururawat terpaksa membawa najis pesakit tetapi bertugas sebagai jururawat adalah pekerjaan yang mulia. Sekiranya seorang jururawat dapat menjiwanya serta ikhlas bekerja kerana Allah, maka untuknya ampunan serta pahala yang mulia. Sebenarnya pekerjaan jururawat adalah satu gudang yang besar jika mereka benar benar mahu membuat amal jariah yang banyak. Tetapi apabila jururawat itu mencemarkan diri mereka dengan aktiviti zina secara berleluasa, mampukah mereka untuk menjadi insan yang ikhlas, berjiwa mulia, mengambil berat tentang orang lain, simpati, empati dan berbagai lagi kualiti yang baik. Semua ini tidak dapat dicapai jika seseorang insan itu tidak menjiwai sembahyangnya. Dalam sembahyang kita minta jalan yang lurus. Yakni jalan yang Allah redha dan bukan jalan yang sesat atau jalan yang Allah murka.
Sebagai penutup kisah ini, saya memohon berbanyak ampun serta maaf kerana saya percaya bukan semua jururawat bersikap seperti diceritakan. Masih ada ramai jururawat yang berjiwa sangat mulia, serta sanggup mendahulukan pesakit dari diri mereka sendiri. Kepada jururawat kumpulan sebegini, saya mengucapkan syabas, setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih. Usaha anda yang baik itu hanya Allah yang dapat menimbal balasnya. Sekian Wassalam.
Tabiat Insan
Tabiat Insan
Orang sekarang adalah berlainandengan orang zamandahulu.Zamansekarang,anak-anaktelahberanimembentak orang tuaataumelawankata orang tua-tua.Berjalandi depan orang tuasudahtidaklagitunduk, danapabila orang tuabercakap, budak-budak dah beranimenyampuk. Banyak pula yang mendapattelefonbimbitcanggihsebagaihadiahdariibubapa yang berduit.Keadaannyasungguhberbezadengan30, 40atau 50 tahundahuludimanabudayaMelayuitumasihutuh,tebaldandiikuti.Tidaksepertisekarang, adaibu-ibusanggupmembunuhanaksendiriselepasiamelahirkan. Ada yang sanggupmencampakkananakdarijendela.Iaadalahdisebabkanperangaitiadakasihsayangdantiadamenggunakanakalfikiranyaknitidakbertanggungjawab. Kesalahanitulebihkepadalelaki yang tidakbertanggungjawabkeranatanpalelaki yang memujukrayuperempuan, perempuanitutidakbolehmengandung( KecualikisahNabi Isa a.s. ). Sesungguhnyamanusiadijadikan Allah dengansebaik-baikbentuk.Apabila Quran dipinggirkan, makamanusia pun sudahberperangaisepertimanusiajahiliah.Tanggungjawabsertakasihsayangtelahhilang.Hanyanafsudanmatlamatkeduniaan yang dijadikanTuhan.
Sekarangini, guru sekolahsudahtidaklagisepertidulu.Kalaudulu, guru amatdihormatibukansahajaolehmuridtetapidipandangtinggi di kalanganibubapa.Zamansekarangsudahramaiibubapamembawakeskemahkamahwalaupun guru mencubitataumerotanuntukkebaikan pelajar.Kereta guru digores, dicalarkan, dibalingbatuataudipancitkan.Terdapatjugakisah guru yang dicederakanataukisahbapamembawaparangkesekolah.Zamandulu, kalimah yang diucapkanolehbapaapabilamenghantaranakkepada guru adalahlebihkurangsepertiberikut, ‘Wahai guru, sayaserahkananakdibawahtadbirsayakepadajagaancikgu. Tolonglahcikgubentukanaksayainimenjadiorangbaik-baik.Denganrotan yang sayaberiini, cikguhukumlahanaksayajikaiaberbuatsalah. Janganluka, cedera, patahriukataucacatsudahlah,’’ selepasituanakmemangmenghormati guru dantakutberbuatkesalahan.Jikadicubitperuttarikpulassehinggaberbekasseminggu pun tidakpernahdiadukankepada orang tuatakutkenamarahsekalilagiolehibu ayah di rumah.Sayapernahbeberapa kali dicubitsebeginioleh guru berlainandansayacukuptakutmelaporkankepadaibubapa.Keadaannyasangatberbezasekarang,dimana guru telahdiheretkemahkamahkeranamerotanbudak.Begitujugadengansiaran radio dimanaayat, intonasi, nada yang digunakankurangcermatataukurangberhati-hatisehinggasehinggakadangkalakedengarankasar di kalanganparapendengar(kecuali radio ikim).Justerueloklahdipelajariilmujuruhebah radio super senior denganbertanyaawalsebelummerekamenutupmata.
Terdapatjugainsan yang tidakbertanggungjawabiaitumembuangsampahdarikenderaanlalumenyemakkanhalamanrumah orang di kirikananjalan.Sampahplastiktidakmudahteruraidaniamencemarkanalamsekitar. Lebihburukbilaadainsan yang membuangsampahkedalamsungaidanmencemarkansungai.Sebagaicontoh, akibatpencemaran, sekarangtiadaapaikan pun yang bolehhidupdalamSungai Klang.Salah kitasendiritidakmenjagasungaidansungaidijadikantempatbuangansampah.Apabilasampahsepertiminyakhitam, gris, sisatoksik, sisaplastikdibuang di hulusungai, di hilirsungai pula kawasanmengambil air. Jika air sungaitercemar, iaadalahsalahkitasendiri yang membenarkanair sungaikitatercemardenganpelbagaibahanberacun. Bahanberacunapabilamasukkedalambadanbolehmenyebabkanpelbagaijenispenyakitantaranyaadalahpenyakitbarah.Justeruadalahamatpentingkitamenjagakesejahteraansungaikitakeranasungaiadalahmilikgenerasihariinidanjugagenerasi yang kemudian.
Nota: Sekiranyaadasalahdansilap, dipohondapatdiperbetulkankesalahanini. Setiaptegurandanpenambahbaikandaripembacasekalianadalahsangatsangatdihargaidandiharapkan.
Pembakaran Sampah Terbuka
Pembakaran Sampah Terbuka
Pembakaran sampah terbuka berlaku di mana-mana. Ia disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan di kalangan orang ramai mengenai kesan buruk pembakaran sampah secara terbuka, berleluasa serta tidak dapat dikawal.
Apabila sesuatu kawasan pembinaan rumah hendak dibuka, pokok akan ditebang dan dibakar. Pembakaran ini menghasilkan gas Karbon Dioksida dan Karbon Monoksida. Jika sebatian organik itu mengandungi unsur sulphur (sulfur), gas beracun sulphur akan terhasil. Jika sampah mengandungi unsur Nitrogen, gas Nitrous Oxide dan Nitrous Dioxide boleh terbentuk.
Bagi setiap suhu yang berlainan, sebatian kimia yang terbentuk juga berlainan. Ini menerangkan mengapa walau dengan api pembakaran sekecil api puntung rokok sekalipun, akan boleh menghasilkan lebih dari 4200 jenis bahan kimia apabila ia terbakar. Bahan kimia yang terhasil adalah dipengaruhi oleh suhu pembakaran yang berlainan. Justeru, mesin insinerator moden menitikberatkan dari segi menghalang pengeluaran gas beracun terbentuk akibat api pembakaran. Sebagai contoh, antara cara pembakaran insinerator adalah dengan menaikkan suhu dengan secepat mungkin atau menaikkan suhu secara tiba-tiba bertujuan tidak memberi masa yang cukup bagi bahan kimia beracun terbentuk semasa pembakaran. Ini adalah berbeza dengan pembakaran terbuka, dimana bahan kimia beracun, seperti pembakaran puntung rokok, mempunyai masa yang mencukupi bagi pelbagai jenis bahan kimia berbahaya terbentuk. Antara bahan kimia ini adalah dioxin yang boleh menyebabkan barah. Ia berpunca dari bahan plastik yang terbakar lalu mengeluarkan gas dioxin. Dioxin disedut, dioxin larut dalam darah, seterusnya dioxin larut dalam sel lemak manusia juga larut dalam sel otak kerana sel otak mengandungi lipid. Semakin banyak sel lemak, semakin banyak kimia dioxin yang boleh disimpan dalam sel lemak. Ia kemudian akan dirembeskan secara perlahan-lahan ke dalam sistem darah serta boleh mengganggu perjalanan tindakbalas semulajadi kimia serta pembahagian sel-sel dalam tubuh manusia. Dioxin bersifat beracun kepada buah pinggang dan hati serta dalam jangkapanjang boleh menyebabkan barah. Justeru, pembakaran terbuka perlu dibendung dan dikawal. Fikiran orang ramai perlu dikayakan dengan pengetahuan kesan pencemaran melalui media televisyen, radio, internet dsbnya. Selain itu, barangan plastik seperti beg dan pembalut plastik tidak boleh dibuang begitu sahaja kerana ia tidak reput di dalam tanah. Bahan plastik berasal dari produk Petroleum dan ia mengandungi dioxin. Paling baik adalah dengan mengitar semula bekas plastik, kaca dsbnya.
Nota: Sekiranya ada salah dan silap, dipohon dapat diperbetulkan kesalahan ini. Setiap teguran dan penambahbaikan dari pembaca sekalian adalah sangat sangat dihargai dan diharapkan.
Makanan Patut Dihindarkan
Saya mendapatkan artikel ini daripada emel kawan yang prihatin kepada saya. Saya rasa elok kita kongsikan pengetahuan bagi manfaat bersama pesakit barah
FOODS YOU SHOULD NEVER EAT
Most of us know that food itself cannot be considered poisonous. Very few of us know that pleomorphic bacteria, yeast, and fungus and their toxins, which are characteristically present in stored and fermented food, are using our food chain as a Trojan Horse. The following list of foods are high in pleomorphic bacteria, yeast, fungus and mold and produce mycotoxins that have been documented to cause specific diseases and very specific organ lesions in both animals and in humans and should never be ingested.
1. Pig meat including sausage, bacon, salami, and ham are fully fungal colonized and contain the fungi Aspergillus ochraceus which produces the mycotoxin Ochratoxin A, associated with many different documented cancers.
2. Tobacco contains yeasts aand sugars which ferment the tobacco into the form which reaches the human blood and tissues causing disbiosis of the blood and tissues leading to every degenerative disease known including cancer, diabetes, arthritis, etc.
3. Mushrooms are not a vegetable but rather the fruiting body of a fungus whose major form of existence, the root-like mycelium, is hidden in the soil. This fruiting body is but the means to disperse the seed-like spores of the fungus throughout the blood and tissues. For example edible mushrooms induce bladder cancer. However, some mushrooms contain a large amount of beta glucan, a polysaccharide carbohydrate that builds the ability of macrophages in the blood to destroy cancer cells. Examples are Agaricus blazei murril, maitake, shitake, and reishi. These are powerful anti-tumor mushrooms.
4. Corn and all associated products over 25 different strains of fungus…all disease causing. several cancer causing.
5. Peanuts & Cashews contain over 27 different strains of fungus…(high levels of cancer causing fungus) Note Jimmy Carter family with high incidence of cancer. Barley contains the fungi Aspergillus ochraceus which produces the mycotoxin Ochratoxin A associated with many different documented cancers.
6. Animal meat and poultry including beef, lamb, chicken, and turkey contain the fungi Aspergillus ochraceus which produces the mycotoxin Ochratoxin A associated with many different documented cancers.
7. Alcohol including wine and especially beer contain the fungus Aspergillus ochraceus which produces the mycotoxin Ochratoxin A.
8. Dairy products including milk, cheese, yogurt, cottage cheese, ice-cream, butter, etc. are fully colonized with fungi and contain the fungus Aspergillus ochraceus which produces the mycotoxin Ochratoxin A. These foods are also high in sugar which promotes the production of pleomorphic bacteria, yeast, and fungus.
9. Eggs are fully colonized with fungus and contaminated with mycotoxins.
10. STORED GRAINS AND CEREALS ARE FULLY COLONIZED WITH FUNGUS AND CONTAMINATED WITH MYCOTOXINS.
11. Stored potatoes are fully colonized with fungus and contaiminated with mycotoxins.
12. Sugar including honey maple syrup, corn syrup, sucrose, rice syrup, barley malt etc. promote the growth of pleomorphic bacteris, yeast, fungus, and mold and suppress the immune system response up to five hours
13. Vinegar or apple cider vinegar acidifies the blood and tissues which promotes the production of bacteria, yeast, fungus, and mold.
14. Yeast in any form including Brewers Yeast.
15. Caffeine in any form acidifies the blood and tissues which promotes the production of pleomorphic baceast, fungus and mold High fructose fruits acidify the blood and tissues and feed the production of pleomorphic bacteria, yeast, fungus, and mold.
16. For example, APPLE JUICE IS CONTAMINATE WITH THE CARCINOGENIC MYCOTOXIN PATULIN WHICH IS DERIVED FROM THE FUNGUS AND IS ASSOCIATED WITH STOMACH CANCER.
17. Dried fish contains the Aspergillus fungus and the extracts from the dried fish contains large amounts of aflatoxin.
18. Devitalized salt changes the negative charge on the blood cells causing them to stack or combine into symplasts which can lead to oxygen deprivation, congestion, poor circulation, stroke, and/or heart attack”
19. Hydrogenated or partially hydrogenated oils like margarine, shortenings and vegetable oils are altered fat substances which are known to be detrimental to health because they interfere with normal biochemical processes. These oils have been shown to increase cholesterol, decrease beneficial high-density lipoprotein (HDL) interfere with our liver’s detoxification system, and interfere with essential fatty acid function.”
Langgan:
Catatan (Atom)