Duromine
Apakah itu Duromine?
Duromine merupakan sejenis produk yang mengandungi
bahan aktif Phentermine. Phentermine merupakan sejenis ubat perangsang di mana
struktur kimianya menyerupai amfetamine. Produk tersebut diformulasikan dengan
sejenis resin untuk membolehkan phentermine diserap secara terkawal agar kesan
rawatan Duromine dapat dikekalkan untuk seharian.
Apakah kegunaan Duromine?
Duromine digunakan untuk mengurangkan berat badan
bagi pesakit yang telah dikenalpasti oleh doktor mengalami masalah berat badan
berlebihan. Duromine digunakan sebagai sebahagian daripada usaha dalam
mengurangkan berat badan disamping mengamalkan cara pemakanan sihat dan
senaman. Duromine hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor. Ubat
tersebut juga mempunyai kegunaan lain. Sila bertanya kepada doktor ataupun ahli
farmasi anda untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Bagaimanakah Duromine bertindak?
Phentermine bertindak dengan mengurangkan selera
makan. Ia bertindak dan mempunyai kesan pada fungsi tertentu dalam otak yang
mengawal selera makan, dan seterusnya menyebabkan anda rasa kurang lapar.
Apakan dos Duromine yang sesuai?
Dos biasa untuk orang dewasa dan kanak-kanak
melebihi 12 tahun, ialah satu kapsul sekali sehari di waktu pagi. Dos permulaan
bagi pesakit baru adalah 30mg sehari dan seterus dikekalkan pada 15mg hingga
30mg sehari bergantung kepada respons badan. Doktor akan memaklumkan sama ada
Duromine 30mg, 15mg ataupun 40mg adalah dos yang sesuai untuk anda. Anda harus
mengikuti arahan doktor dan tidak mengubahsuai dos sesuka hati. Adalah
diingatkan bahawa pengambilan Duromine dalam dos yang tinggi tidak semestinya
dapat membantu mengurangkan berat badan anda dengan lebih cepat. Malah, anda
mungkin mengalami kesan sampingan yand tidak diingini.
Bagaimanakah caranya untuk mengambil Duromine?
Duromine harus diambil pada sebelah pagi bersama
sarapan pagi supaya ia tidak menyebabkan kesusahan untuk tidur pada waktu
malam. Kapsul Duromine harus ditelan dengan air yang banyak (lebih kurang
segelas air). Jangan hancurkan, kunyah ataupun buka kapsul Duromine kerana
produk tersebut merupakan sejenis formulasi istimewa yang membolehkan bahan
aktif Phentermine diserap secara terkawal oleh badan. Penghancuran ataupun
pembukaan kapsul akan menyebabkan kadar penyerapan phentermine yang terlalu
cepat dan keberkesanan rawatan akan terjejas. Anda mungkin mengalami kesan yang
tidak menyenangkan (withdrawal) sekiranya anda berhenti mengambil ubat ini
secara mendadak setelah penggunaan untuk jangka masa yang panjang. Jangan
hentikan penggunaan tanpa kebenaran doktor anda. Anda mungkin perlu
mengurangkan dos secara beransur-ansur mengikut nasihat doktor sebelum berhenti
sepenuhnya. Jangan ambil Duromine di waktu petang kerana ia mungkin akan
menyebabkan kesukaran untuk tidur (Insomnia).
Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
sebelum mula menggunakan Duromine?
Maklumkan doktor atau ahli farmasi anda sekiranya
anda mengalami perkara-perkara berikut:
·
Alahan terhadap
ubat-ubatan, terutamanya phentermine
·
Ubat-ubatan lain
yang anda sedang ambil (ubat preskripsi dan ubat yang dibeli di atas kaunter)
·
Masalah
kesihatan/penyakit termasuk tekanan darah tinggi, masalah jantung,
arteriosclerosis, thyroid, kencing manis, glaukoma ataupun ketagihan dadah.
·
Mengandung,
disyaki mengandung, merancang untuk mengandung ataupun sedang menyusu.
Sekiranya anda mengandung semasa mengambil Duromine sila maklumkan doktor anda.
·
Sekiranya anda
mudah menjadi resah.
Selain itu,
·
Anda harus
selalu berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan
·
Maklumkan doktor
anda dengan segera sekiranya anda mengalami penurunan berat badan mendadak,
kesusahan untuk bernafas, sakit dada, pengsan, bengkak kaki dan tidak dapat
melakukan senaman seperti biasa.
·
Berhati-hati
semasa memandu dan mengendalikan mesin berat. Duromine boleh menyebabkan
mengantuk.
·
Jangan minum
alkohol semasa menerima rawatan Duromine
·
Dapatkan nasihat
daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat batuk atau
selsema.
Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya
terlupa ambil ubat?
Ambil dos yang terlupa secepat mungkin. Jika
sekiranya sudah tiba masa untuk dos yang seterusnya, anda harus tunggu sampai
masa untuk dos yang seterusnya dan makan ubat tepat pada masa.
Jangan ambil dos tambahan untuk menggantikan dos
yang terlupa. Sekiranya anda terlupa untuk mengambil Duromine semasa sarapan,
ambil dos tersebut selewat-lewatnya sebelum makan tengah hari.
Jika tidak, biarkan sahaja dos yang tertinggal dan
ambil dos yang seterusnya seperti biasa pada hari berikutnya. Sekiranya dos
Duromine diambil lewat daripada masa tengah hari, anda mungkin akan menghadapi
kesusahan untuk tidur pada waktu malam.
Jangan sesekali cuba menggandakan dos ubat bagi
menggantikan dos yang tertinggal.
Apakah kesan sampingan Duromine?
Kesan sampingan Duromine adalah termasuk rasa loya,
muntah, cirit-birit, mulut kering, sembelit, perubahan rasa, gatal-gatal kulit,
mati pucuk, jantung berdebar, dan tekanan darah tinggi.
Kesan sampingan ke atas sistem saraf tunjang
termasuklah hiperaktif, kesusahan untuk tidur, menggigil, pening dan gelisah.
Maklumkan doktor atau ahli farmasi anda dengan
segera:-
·
Sekiranya anda
rasa tidak sihat semasa mengambil Duromine.
·
Sekiranya anda
mengalami penurunan berat badan mendadak, kesusahan untuk bernafas, sakit dada,
pengsan, bengkak kaki dan tidak dapat melakukan senaman seperti biasa.
Bolehkah saya mengambil Duromine sekiranya
mengandung atau merancang untuk mengandung?
Mati pucuk/impoten dan perubahan pada nafsu seks
adalah antara kesan sampingan umum Duromine. Jangan ambil Duromine sekiranya
anda sedang mengandung ataupun merancang untuk mengandung. Duromine harus
dielakkan di kalangan wanita yang sedang menyusu. Bincang dengan doktor anda
untuk mengetahui tentang cara penyelesaian masalah berkenaan.
Apakah kontraindikasi Duromine?
Duromine tidak boleh diambil oleh pesakit yang
mengalami masalah kesihatan seperti di bawah:
·
Tekanan darah
yang sangat tinggi
·
Tekanan darah
tinggi pada paru-paru
·
Masalah pada
injap jantung
·
Penyakit
berkaitan dengan sistem salur darah di otak
·
Masalah jantung
serius termasuk perubahan pada kadar denyutan jantung
·
Arterioschlerosis
atau atheroschlerosis
·
Masalah kelenjar
thyroid
·
Penyakit
psikiatrik seperti anorexia
nervosa (tiada selera
makan) dan kegelisahan
·
Glaukoma
(tekanan tinggi dalam mata)
Semakan Akhir
|
:
|
20 April 2012
|
Penulis
|
:
|
Debbie Sim Sook En
|
Penyemak
|
:
|
Rokiah bt. Isahak
|