Sabtu, 27 September 2014

Mukadimah 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pelayar setia laman ini, saya memohon maaf sebab lama tak dapat kemas kini halaman ini sebab saya menghadapi kekangan masa. Besarlah harapan saya agar para rakan pelayar mendapat manfaat daripada pembacaan di halaman ini.

Namun demikian, diingatkan supaya pengguna halaman dapat berfikir dengan teliti serta saksama sebelum membuat apa apa keputusan mengenai rawatan apa jua jenis penyakit yang dihadapi. Mohon mendapat pendapat kedua dari doktor pakar yang berbeza dari hospital atau institusi berbeza untuk mendapatkan keputusan yang paling baik InshaAllah.

Saya masih seperti dulu dan masih juga ada temujanji pakar. Cuma saya bersetuju dengan rawatan pembedahan membuang ketulan kanser tetapi tidak berapa setuju dengan rawatan kimoterapi dan radioterapi disebabkan kerana kesan yang amat teruk selepas rawatan kedua dua jenisnya. Selalu juga doktor pakar mengelak daripada memberitahu pesakit akan kesan sampingan kimoterapi dan radioterapi kerana khuatir pesakit akan enggan menjalani prosedur ini..

Kepada Allah kita minta tolong dan tempat kita mohon perlindungan.

Sekian Wassalam

Mukadimah 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera