Ahad, 15 Januari 2012

Kimia Dalam Rokok


Usah persenda Hari Tanpa Tembakau

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN (WARTAWAN UTUSAN)

ARKIB : 31/05/2004

KALAU saya katakan, asap rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis barah terutamanya barah paru-paru, anda mungkin tidak akan merasa takut mendengarnya. Malah, ada sesetengahnya yang mempersenda-sendakan kenyataan itu. Walaupun anda mungkin sedia maklum adanya bahan pengawet mayat, ubat gegat, bahan bakar untuk menerbangkan pesawat, racun tikus dan racun yang digunakan untuk melaksanakan hukuman mati di dalam sebatang rokok, mulut anda tetap menyedut dan menghembuskan asapnya seperti biasa. Pukulan nikotin sebenarnya lebih teruk berbanding lain-lain jenis dadah seperti kokain atau heroin disebabkan oleh kesan rangsangannya yang sangat cepat ke atas sistem saraf otak. Ia hanya mengambil masa antara tujuh hingga 10 saat untuk asap rokok yang mengandungi nikotin untuk sampai ke otak. Di Malaysia, sebanyak 10,000 kematian akibat merokok dicatatkan setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan 30 peratus adalah disebabkan oleh 10 jenis barah iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut manakala sakit jantung dan strok masing-masing menyumbang sebanyak 25 peratus. Sementara itu, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan di seluruh negara akibat barah, sakit jantung dan penyakit sekatan pulmonari kronik atau ringkasnya COPD. Itu belum termasuk angka-angka yang disumbangkan oleh perokok pasif yang menghadapi risiko barah paru-paru yang meningkat di antara 20 hingga 30 peratus manakala sakit jantung, 23 peratus.  Negara terpaksa menanggung sejumlah RM20 bilion kerugian setahun untuk disalurkan kepada kos rawatan dan kehilangan produktiviti. Bukan sahaja punca pendapatan sesebuah keluarga dibunuh oleh rokok tetapi negara turut mengalami kemiskinan tenaga kerja berkualiti disebabkan oleh produktiviti perokok yang merosot kerana sering jatuh sakit. Justeru, setelah sekian lama mendokumentasikan tentang penyakit dan kesan buruk merokok, tibalah masanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengangkat Tembakau dan Kemiskinan: Satu Pusingan yang Kejam sebagai tema sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia bagi tahun ini. Kajian yang dilakukan di banyak negara termasuk Malaysia mendapati penggunaan tembakau adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. ``Sebanyak 10 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan isi rumah daripada kalangan ini dihabiskan untuk membeli rokok. ``Akibat ketagihan nikotin, wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk makanan, tempat berteduh yang lebih sempurna, pendidikan dan penjagaan kesihatan terpaksa digunakan untuk membeli rokok,'' kata WHO. Wang yang sudah sedia sedikit dan sukar diperoleh itu memberikan perbezaan ketara di antara makanan anak isteri yang sepatutnya berzat tetapi terpaksa dikorbankan bagi melampiaskan ketagihan nikotin. Si perokok miskin boleh bertukar menjadi papa kedana memandangkan risiko tinggi mendapat penyakit dan mati lebih awal. Hilanglah punca saraan keluarga apabila perokok lazimnya seorang ayah atau abang tidak dapat lagi keluar bekerja dan mencari nafkah, sebaliknya mereka pula yang perlu dirawat dan ini melibatkan kos. Penanaman tembakau merupakan kegiatan buruh intensif yang memerlukan baja dan racun serangga yang biasanya dibeli petani daripada pemain industri tembakau setiap kali musim bermula. Di sesetengah negara, secara hutang. Industri tembakau sering mewar-warkan faedah ekonomi daripada penanaman tembakau. Apa yang mereka gagal sampaikan ialah betapa sebahagian besar keuntungan memasuki poket seluar syarikat-syarikat pengeluar. Apa yang menyedihkan, walaupun industri tembakau menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan manusia, majoriti daripada petani sebenarnya mendapat hasil yang amat sedikit. Pada tahun 2002, pendapatan terkumpul sebanyak tiga syarikat tembakau multinasional terbesar di dunia bernilai lebih AS$121 bilion (RM459.8 bilion). Jumlah ini adalah jauh lebih besar daripada gabungan 27 Keluaran Dalam Kasar Negara termasuk Bahrain, Bolivia, Ghana, Kemboja, Mongolia, Namibia, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Zain hari ini menyeru warga Malaysia lebih bertanggungjawab dan saling menegur bagi memastikan rokok akhirnya tidak diterima sebagai satu kebiasaan. ``Orang tua berhak menegur yang lebih muda, dewasa menegur remaja jika melihat mereka merokok terutamanya di kawasan larangan,'' katanya sambil menambah ia akan berhasil jika semua orang melakukannya. Menghisap rokok dan menghembuskan asapnya di merata-rata sebelum menenyeh lebihan puntung kadang kala dengan kaki bukan sahaja boleh dianggap tidak sopan tetapi juga sesuatu yang memalukan. Apabila diajukan sesetengah pendapat supaya tumpuan kempen disasarkan kepada remaja berbanding orang tua yang tegar untuk berubah, beliau menjelaskan: ``Orang dewasalah yang perlu disedarkan agar mereka tidak menunjukkan contoh yang tidak baik ini kepada anak-anak,'' katanya. Hasil penyelidikan yang diterbitkan di dalam Arkib Perubatan Kanak-Kanak dan Remaja baru-baru ini mengenal pasti remaja merokok yang terlibat di dalam program-program sokongan anti merokok berjaya mengurangkan penggunaannya. Mereka juga berjaya mengekalkan kadar hisapan walaupun setelah program berakhir dan berterusan selama enam bulan yang dianggap sebagai `keanehan' oleh para saintis. Profesor Perubatan Pusat Penyelidikan Pencegahan Stanford, Marilyn Winkleby berkata: ``Dari hanya mengajar anak-anak kita tentang bahaya merokok sebagaimana yang dilakukan menerusi program-program tradisional, kami menunjukkan bagaimana promosi dan pengiklanan tembakau begitu meresap dan mengajak mereka turut sama bertindak menentang mesej-mesej tersebut'' Walaupun Dr. Zarihah merupakan seorang aktivis antimerokok, dia tidak boleh memaksa seseorang berhenti merokok melainkan dengan kerelaan hati mereka sendiri. Ketika diajukan soalan sama ada beliau tidak letih memperjuangkan tentang bahaya merokok, Dr. Zarihah berkongsi sebuah kisah benar yang menyayat hati menimpa salah seorang yang disayanginya sendiri. Baik kita jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. ``Pada usianya yang sudah lanjut, dia memang seorang yang kuat merokok dan setiap kali berjumpa dengannya semasa pertemuan keluarga, saya tidak pernah jemu menasihatinya. ``Bagaimanapun, saudara berkenaan sering menjadikannya sebagai bahan gurauan dan berkata dia berada di dalam keadaan sihat walafiat sehinggalah doktor mengesahkannya menghidap barah paru-paru tahap lewat. ``Pada masa itu, semuanya tidak kelakar lagi...,'' kata Dr. Zarihah. Saudara dekatnya itu telah meninggal dunia pada Februari lalu selepas enam bulan bersabung nyawa. Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Tiada perkataan terlewat untuk berhenti merokok. Tetapkan satu tarikh dan bulatkan tekad ke arah itu. Hari ini adalah hari yang baik untuk memulakannya. Sesungguhnya, sebanyak 90 peratus kegagalan datang daripada mereka yang tabiatnya suka mencari alasan. Bila tiba masanya untuk membuat keputusan, lakukan dan lupakan mengenainya. Bagi tujuan itu, anda boleh mengunjungi Klinik Berhenti Merokok yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan di hospital-hospital mahu pun klinik-klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara. Perokok juga boleh menggunakan Terapi Penggantian Nikotin dalam bentuk tampalan, gula-gula getah dan sedutan bagi membantu menangani ketagihan nikotin akibat berhenti merokok. Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh mengunjungi kedai-kedai farmasi atau pun melayari www.pfizer-malaysia.com yang turut menjayakan program tanggungjawab sosial korporat sempena Kempen Antimerokok Tak Nak.

Pesakit kanser meningkat

ARKIB : 24/12/2010
Pesakit kanser meningkat
Oleh Norliza Abd. Rahman
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 23 Dis. – Setiap seorang daripada 19 wanita di negara ini berisiko menghidap penyakit kanser payu dara, kata isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman. Beliau berkata, kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada ancaman penyakit kronik itu apabila peratusan yang disahkan mengidap kanser bagi golongan itu meningkat satu peratus setahun. ‘‘Bilangan pesakit kanser kini semakin membimbangkan apabila semakin ramai pesakit baru dikesan setiap tahun dengan jumlah terbanyak melibatkan kanser payu dara, kanser prostat diikuti kanser tulang dan darah. ‘‘Persatuan Antarabangsa Menentang Kanser turut meramalkan menjelang tahun 2020 penyakit kanser muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Mutiara Kanser Payu Dara Selangor dan Kuala Lumpur di Dewan Puspanitapuri, di sini malam tadi. Menurut beliau, pesakit kebiasaannya mengalami tekanan emosi yang amat tinggi selain terpaksa menanggung kos rawatan yang semakin meningkat kerana mereka memerlukan lebih RM40,000 bagi membeli peralatan dan ubat-ubatan. Noorainee berkata, inisiatif Persatuan Mutiara Kanser Payu Dara Selangor dan Kuala Lumpur menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana membantu para pesakit amat dihargai kerana mampu meringankan beban kewangan mereka. ‘‘Penganjuran kempen kesedaran dan program pencegahan kanser boleh membantu orang ramai tentang bahaya kanser dan perlunya membuat pemeriksaan awal,” katanya. Beliau menambah, peratusan untuk sembuh daripada penyakit maut itu amat tinggi jika pesakit melakukan pemeriksaan awal. Justeru beliau berharap wanita luar bandar melakukan pemeriksaan mamogram setiap tahun bagi mengesan penyakit kanser lebih awal kerana trend menunjukkan kanser kini menyerang pada usia muda. ‘‘Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil memberikan sumbangan kepada pesakit dalam bentuk kewangan dan kaunseling untuk memulihkan semangat mereka,” katanya. Pada majlis tersebut beliau bagi pihak persatuan menerima sumbangan cek bernilai RM296,000 dari beberapa buah syarikat termasuk Mah Seng Foundation, Agusta Westland, O2 Plus dan Fusion Excell International.

Barah Masyarakat Penipuan Mamat Afrika


Barah Masyarakat : Penipuan Awang Hitam

Tahukah anda kedatangan pendatang dari Negara-negara Afrika (Awang Hitam) meningkat setiap tahun? Paling banyak daripada Nigeria. Begitu juga dengan emel spam yang mengatakan anda menang hadiah wang 500,000 dollar / Euro / Dirham / Yen / Won dsbnya. Matawang Rupee, Peso, Rupiah tidak pernah pula kita terima kerana matawang ini bernilai rendah di pasaran!!! Awang Hitam datang ke Malaysia sehelai sepinggang sahaja dengan menggunakan permit pelajar. Namun, apabila sudah 2 tahun tinggal di Malaysia mereka sudah mampu menjadi kaya-raya dengan penipuan internet. Banyak sekali emel spam yang mengatakan anda menang wang dari sesuatu organisasi atau daripada individu perseorangan. Antara cara mereka adalah seperti:

  1. Anda menang loteri cabutan bertuah dari Syarikat Microsoft / Bill Gates.
  2. Anda menang hadiah cabutan bertuah dari bank luar Negara.
  3. Seseorang dari London / Geneva / New York / Paris sedang sakit nazak dan mahu pindahkan wangnya sebanyak 3 juta pound ke dalam akaun anda.
  4. Kad Kredit anda telah expired dan perlu diaktifkan semula. Jika tidak dilayan kad anda akan ditamatkan. Sila layari laman sesawang bank anda Maybank CIMB dsbnya…
  5. Memasukkan imej seksi wanita Afrika yang mahu menjalin hubungan istimewa dengan anda. Sila masukkan wang ke akaun …..
  6. Menggunakan emel kawan rapat kesayangan anda mengatakan dia sedang terkandas di London/Paris kerana dompetnya dicuri… Lepastu minta wang dari anda! Emel ini didapati dari emel rakan anda yang Berjaya di ceroboh si mamat Hitam.
7.    Saya Rohaiza Binti Rahmad, saya bekerja sebagai Pegawai Pemasaran dengan Syarikat Gemstones Pemprosesan Batu permata di London. Saya ingin memperkenalkan anda kepada peluang perniagaan ini. Saya memerlukan bantuan dari anda yang akan memberi manfaat kepada kita berdua. Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu kehilangan kontrak ini yang disediakan oleh syarikat di tempat saya bekerja kerana kita berdua akan mendapat keuntungan yang baik daripada perniagaan ini pada masa sekarang dan pada masa depan yang akan datang. Itulah sebabnya saya meminta anda untuk menjadi pembekal kepada syarikat kami supaya kita boleh mengambil kesempatan pada peluang-peluang yang ada di syarikat ini. Pada masa ini, syarikat kami perlu tiga tahun pembekal tetap produk yang dikenali sebagai (ADEQUANE SOLUTE) yang merupakan bahan kimia cecair baru saintifik, minyak pelincir, terutamanya yang digunakan dalam makmal gemological bagi pembersihan rawatan kejelasan berlian, secara amnya bahan larutan ini tidak menembusi jauh ke dalam berlian dan vaporizes Kemasukan hitam dalam Berlian dan batu-batu permata Emas dan lain-lain. Pembekal asal produk ini adalah dari (Malaysia) dan bekas pembekal produk ini kepada syarikat kami telah tamat kontrak dan syarikat kami sedang mencari mana-mana orang lain yang boleh mendapatkan bekalan (Adequane Solute) dalam kuantiti yang banyak supaya dapat memenuhi permintaan pengguna kami dan bergabung dalam perkongsian dengan syarikat ini pada masa sekarang. Sebab utama mengapa saya menulis kepada anda untuk mencari minat anda dan mendapatkan bantuan, saya hanya mahu anda untuk bertindak sebagai ejen perantara (penjual produk di Malaysia dan pembeli) kepada (syarikat kami). Ini adalah perniagaan besar, yang akan memberi dividen yang baik kepada kita berdua. Saya hanya perlu kerjasama anda untuk membuat perniagaan ini berjaya. Saya akan memberikan anda maklumat lebih lanjut lagi mengenai perkara ini jika anda bersedia untuk berdiri sebagai agen untuk membekalkan produk kepada syarikat kami. Pertama, saya akan mendapatkan satu perjanjian kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada syarikat di mana saya bekerja. Berdasarkan peratusan, asalnya harga pembelian sebenar bahan kimia ini oleh syarikat per karton adalah kira-kira ($5,500.00USD) manakala di Malaysia harga jualan tempatan ($3,100.00USD) dan syarikat kami tidak perlu kurang daripada 500 karton. Sebab mengapa saya mahu anda untuk menjadi ejen kami adalah untuk menjadi pautan yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secara langsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan dikongsi oleh kita berdua sebanyak 70% kepada anda manakala 30% kepada saya. Bantuan utama anda bagi saya hanya untuk anda bercakap dengan pengarah syarikat kami bahawa anda boleh membekalkan syarikat produk dan juga secara terperinci dari segi harga dan cara pembayaran maka kita boleh mengambil dari sudut itu. Sila maklumkan kepada saya dengan segera selepas anda menerima e-mel saya jika anda berminat dan bersedia untuk melakukan perniagaan dengan saya supaya saya boleh memberi anda contack penjual tempatan di Malaysia supaya anda boleh menghubungi mereka untuk meminta jika mereka mempunyai produk ini dalam stok untuk membekalkan kepada anda, Sebelum syarikat kami menghantar pengurus pembelian turun ke Malaysia untuk membeli produk daripada anda secara langsung. Ingat (jujur) adalah kunci kepada setiap kejayaan dalam perniagaan. Terima kasih di atas kerjasama anda. Saya menunggu jawapan dari anda. Salam _ Rohaiza – Tahukah anda bagaimana Mamat Hitam ini fasih berbahasa Malaysia? Mamat Hitam ini memperdaya wanita Melayu ! Wanita melayu yang telah mabuk asmara ketapang dengan mamat hitam ini akan bertindak seperti lembu dicucuk hidung, ikut saja perintah si mamat hitam untuk menterjemahkan ayat yang telah dipelajari mereka di sekolah penipuan mereka di Nigeria!!!


8.    Automobile Promotion Awards = Winning Grant , BMW Your Email Won £850,000.00 and And a brand new BMW 5 Series Car.Please contact Our claims Agent via email below:

Name:Mr.James Richard
Tel: (+44)7031843786
(+44)7031824610
e-mail:
claims.office.dept@gmx.com

Fill the Form Below:
NAME: ................
PHONE:................
ADDRESS:..............
COUNTRY:..............
AGE...................
OCCUPATION............

Mr. Juan Phill
Bmw Company Uk

9.    Good Day, How are you doing? Please be informed that your attention is highly required in this office immediately. The united kingdom immigration office UK.
Two consignment trunk boxes were recovered 24th dec 2011 and your name and email tagged to it...It contains huge sum of money in US dollars. We need you to verify. 
Please get back to me via email or call me on this number...(+44)7035965353 immediately.
Regards
MR Damian Green
Immigration Minister

10. 110% Jaminan Anda Berjaya, Tiap Hari duit Masuk.

11. Perolehi US dollar pada setiap minggu dan Wang Tunai dalam gandaan RM100

12. Email Ref No: NGS / 699 / 33 / 2012

13. CIMB Notice – Security Alert

14. Please Contact Barr Ellis Bryan Now For your draft $ 6,000,000 USD

15. Good Day

16. Business Proposal of USD $ 22,500,000

17. No regrets after doing this venture

18. Important Update on Your Yahoo Mail!

19. Re

20. INFO

21. UK Lucky Draw Contact (orbitfinanceltd.desk@hotmail.co.uk)

22. CIMB Clicks.

23. Cimb New Important Security Alert.
Taktik mereka memang licik dan mengujakan. Mereka mempunyai sekolah khas bagi melatih rakyat mereka di Afrika bagi menipu mangsa. Banyak yang terpedaya tak kira lelaki atau wanita. Wanita pula bila terpedaya sanggup menyerahkan segala-galanya! Ada yang sanggup buat pinjaman wang setinggi RM 100,000 semata-mata tamak nakkan wang cepat. Mamat Afrika pula dalam surat khabar baru-baru ini sudah menjadi kaya-raya akibat makan wang penipuan, sudahlah dapat wang mudah, dapat pula meratah-jamah badan ratusan wanita Malaysia yang terpedaya!!! Mamat Afrika ini khabarnya mampu jadi jutawan dan membina hotel di negaranya hasil wang penipuan ! Mereka jadi idola kepada Awang Hitam lain bagi datang ke Malaysia beramai-ramai serta meneruskan penipuan. Mereka berkebolehan memecah masuk emel anda ! Mampu juga mengenalpasti password yang anda gunakan ! Kadar kemasukan mereka ke dalam Negara Malaysia meningkat dari tahun ke tahun!!! Ada pula markas khas bagi mereka memecah masuk ke akaun emel anda !!! Apa boleh buat salah orang kita sendiri yang terlalu mudah mempercayai dan terpengaruh tanpa mahu usul periksa secara terperinci terlebih dahulu ! Juga apa boleh kita buat apabila pihak berwajib yang berkuasa membenarkan kemasukan mereka secara berleluasa atas tiket mendapatkan wang dari sektor pelancongan atau atas tiket mereka belajar di sini walhal bukannya belajar tetapi merompak wang kita melalui penipuan terancang!!! Ibarat menang Pak Pandir Kampung Tergadai !!! Itulah akibatnya akibat orang Melayu yang tamak haloba tidak mengikut panduan dan saranan Al Quran senang diperdaya oleh tipu daya dunia.

Nota : Ingatlah bahawa dalam dunia ni :

  1. Bukan senang orang nak beri duit pada anda secara percuma saja.
  2. Orang yang beri sesuatu pada anda mengharapkan balasan anda pada ketika saat yang lain. Ada udang sebalik batu. Julung julung kali ada yang beri dengan ikhlas.
  3. Mata manusia akan terbelalak-beliak sebesar-besarnya bila dikatakan menang wang besar dan sanggup lakukan perkara perkara bodoh yang tak masuk akal. Kakinya akan gatal mengetek-ngetek kononnya nak dapat wang besar segera. Alangkah bodohnya manusia ini; tak setaraf dengan ijazah atau PhD yang diperolehinya sedang Allah menyuruh manusia berfikir !!!
  4. Kebanyakkan manusia tergoda dengan hiasan dunia (Mengejar wang, harta, pangkat, kemuliaan, kedudukan, dsbnya). Mereka membesarkan wang dari mengingati Allah jauh sekali mengingati mati.
  5. Jalan sebenar nak dapat wang besar adalah melalui perniagaan. Sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W. Barangan atau perkhidmatan yang anda jual mestilah menjadi keperluan, idaman dan sebutan setiap manusia barulah anda berjaya. Lihatlah Dato Fadzillah Kamsah, Salleh Yaakob, Tengku Ismadi, Jamal Abdillah kesemuanya hanya bermodalkan air liur tetapi menjana keuntungan besar !!! Namun sedikit antara kita yang nak berniaga!

Gempa bumi hampiri kita


Gempa bumi hampiri kita

Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Tahukah anda bahawasanya kebanyakkan bangunan tinggi di Malaysia di bina tanpa ketahanan menampung gegaran gempa bumi ! Apa akan  terjadi sekiranya gempa bumi berlaku di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ? Bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku ??? dengan kadar maksiat Kuala Lumpur yang tinggi, tidak mustahil Kuala Lumpur akan dilanda gempa !!!