Ahad, 15 Januari 2012

Gempa bumi hampiri kita


Gempa bumi hampiri kita

Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Tahukah anda bahawasanya kebanyakkan bangunan tinggi di Malaysia di bina tanpa ketahanan menampung gegaran gempa bumi ! Apa akan  terjadi sekiranya gempa bumi berlaku di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ? Bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku ??? dengan kadar maksiat Kuala Lumpur yang tinggi, tidak mustahil Kuala Lumpur akan dilanda gempa !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.