Isnin, 26 November 2012

FRIM terokai khasiat herba


FRIM terokai khasiat herba

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar WAHIDAH ZAINAL




Sekiranya kita mengenali Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai sinonim dengan kayu semata-mata, itu adalah andaian yang tidak tepat. Menyedari betapa pentingnya khazanah rimba bukan setakat kayu kayan sahaja, FRIM mengorak langkah ke hadapan dengan memfokuskan kanta penyelidikan kepada pokok yang tidak diketahui kepentingannya tetapi terbukti sangat penting iaitu herba.
Herba sebenarnya tidak pernah terlepas daripada menjadi bahan penyelidikan institusi terbabit. Malah tumpuan diperhebatkan lagi sejajar dengan matlamat FRIM mahu membantu usahawan herba di negara ini menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Apatah lagi, semakin ramai usahawan berkecimpung dengan industri herba dan tumbuhan renek setelah menyedari akan khasiatnya yang boleh dikomersialkan. Tambahan pula, pengguna kini lebih tertumpu kepada produk semula jadi dalam penjagaan kesihatan, sekali gus membuka pasaran yang lebih luas.

Peluang FRIM untuk memberikan tumpuan kepada penyelidikan dan pengurusan tanaman herba diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod sebagai naib presiden Plant Resources of South East Asia (PROSEA). "Sesetengah negara di peringkat Asia Tenggara mempunyai kajian mengenai botani tetapi tidak memiliki keupayaan menjalankan penyelidikan mengenai khasiat tanaman herba,'' ujar Abd. Latif. Beliau berkata, pengusaha tempatan mempunyai kesungguhan untuk meneroka khasiat herba tetapi kewujudan beberapa masalah seperti, kemasukan produk luar tanpa kawalan, menjadikan hasil tempatan tidak menonjol. Pada pandangan beliau, hasrat kerajaan untuk menggalakkan penerokaan khasiat herba tepat pada masanya. Menurut beliau lagi, FRIM adalah antara institusi yang menyahut seruan tersebut dengan menubuhkan Bahagian Tumbuhan Ubatan pada tahun 1995 untuk mengukuhkan penyelidikan dalam bidang herba, sekali gus membantu pengusaha tempatan membangunkan produk herba mereka. Dr. Abd. Latif menegaskan bahawa banyak kajian khasiat herba perlu dikemaskinikan, antaranya ialah mengenal pasti kandungan atau sebatian aktif sesuatu herba.

Profail herba atau kandungan sebenarnya perlu ditentukan secara saintifik, memandangkan setiap tumbuhan ubatan mempunyai penandanya tersendiri. Beliau berpendapat, FRIM mampu 'menggali' lebih banyak kerahsiaan herba dan khasiat yang belum diketahui umum untuk dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan. Sebagai contoh, mungkin ramai tidak percaya bahawa golongan wanita juga banyak menggunakan tongkat ali. Ini kerana tongkat ali didakwa mempunyai khasiat seperti meningkatkan daya imuniti semulajadi badan serta menguatkan daya tahan melawan penyakit yang mampu mencecah penyakit kanser.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pengusaha tempatan ialah hasilan mereka tidak mendapat hak eksklusif atau tidak dipatenkan. Kebanyakan penyelidik Barat yang mengetahui khasiat sesuatu herba serta menjangka popularitinya, akan mempatenkan produk atau proses penghasilannya.

Sebagai contoh, penyelidik Barat telah lama mengetahui khasiat tongkat ali serta mendapat hak sepenuhnya untuk membuat, mengguna dan menjual produk tongkat ali. Dengan itu, FRIM tampil dengan kemudahan yang diperlukan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dalam pembangunan produ. Antaranya, menentukan bahagian pokok tongkat ali yang paling berkhasiat yang mana ia hanya boleh diketahui dengan menjalankan analisis di makmal. Satu lagi penemuan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana sesuatu produk menunjukkan keberkesanan yang tinggi apabila digunakan bersama produk lain. Sekadar contoh, tongkat ali lebih berkesan jika digunakan bersama ubi jaga. Bermakna sesuatu produk lebih berkesan jika pasangannya lebih serasi, selain menggunakannya pada dos yang sesuai. Contoh lain termasuk misai kucing yang digabungkan dengan pokok hempedu bumi untuk menghasilkan minuman herba asli bagi rawatan darah tinggi dan kencing manis.

Koleksi ekstrak herba

Menurut Dr. Abd. Latif lagi, FRIM kini membuat perjanjian dengan dua syarikat penanaman herba untuk membekalkan sampel tumbuhan ubatan secara berterusan dalam menjalankan kajian membangunkan serta memantau produk berkaitan berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu berapa lamakah tarikh lupus produk berkenaan kandungan mikrob di dalamnya. Antara produk yang dikeluarkan di FRIM berupa produk kosmetik, nutraseutical dan functional food yang terbukti keberkesanannya, berkualiti dan selamat digunakan. Sementara itu menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, pihaknya mengkaji khasiat sekurang-kurangnya 15 herba setahun sejak 1995.

FRIM ketika ini mempunyai lebih dari 700 koleksi ekstrak herba yang telah dikaji dan 15 daripadanya diberi tumpuan khusus. Sehingga kini FRIM telah mengeluarkan sebanyak 30 produk hasil dari penyelidikannya di mana 15 produk ini telah dikomersialkan dalam industri herba tempatan melalui proses perlesenan. Usaha tersebut ujar beliau semakin diperhebatkan dengan penubuhan Herbal Technology Centre (HTC) yang akan memainkan peranan dalam menawarkan perkhidmatan untuk industri pemprosesan herba. Taraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) yang dimiliki oleh HTC membolehkan industri herba mendaftarkan produk yang dihasilkan melalui amalan ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kilang GMP amat diperlukan untuk menentusahkan tahap keselamatan dan kualiti produk yang dihasilkan.

Buku Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia


Buku Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia

Buku Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia ini mengandungi maklumat terperinci mengenai sifat morfologi tumbuhan ubatan di Malaysia. Terdapat lebih 1,000 spesies tumbuhan ubatan digunakan oleh orang Melayu zaman berzaman bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Walau bagaimanapun, timbul banyak masalah dari segi pengecaman tumbuhan berkenaan memandangkan tiada bahan rujukan yang khusus memberi penerangan yang lengkap tentang sifat morfologi dan pertumbuhan tumbuhan tersebut. Sehubungan dengan itu buku ini telah diusahakan dengan memberi maklumat yang lebih terperinci tentang sifat morfologi tumbuhan berkenaan. Bagi memudahkan pengecaman beberapa nama biasa, nama saintifik dan gambar berwarna lengkap diberi. Tumpuan pemilihan gambar diberi kepada bahagian yang boleh digunakan untuk pengecaman seperti sifat bunga, buah dan daun selain daripada sifat pertumbuhan tumbuhan itu sendiri. Walau bagaimanapun, buku ini hanya tertumpu pada tumbuhan yang mudah diperoleh dan biasa digunakan oleh pengamal perubatan tradisional sahaja. Selain daripada tujuan untuk memudahkan pengecaman, maklumat asas berkenaan habitat semula jadi, keperluan pertumbuhan, cara pembiakan bahan tanaman juga disediakan. Sebanyak 172 spesies tumbuhan dimuatkan dalam buku ini. Ia dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu tumbuhan herba (73 spesies), tumbuhan renek (32 spesies), tumbuhan menjalar (19 spesies), pokok besar (44 spesies) dan tumbuhan parasit/epifit (4 spesies).
Diterbitkan pada: 24 Mac, 2010


PENGARANG
Musa Yaacob, Azimah Abd Kadir & Zaharah Hassan
SINOPSIS
Lebih 1,000 spesies tumbuhan ubatan digunakan oleh orang Melayu untuk rawatan pelbagai jenis penyakit. Walau bagaimanapun, timbul banyak masalah dari segi pengecaman tumbuhan berkenaan memandangkan tiada bahan rujukan yang khusus memberi penerangan yang lengkap tentang sifat morfologi dan pertumbuhan tumbuhan tersebut. Sehubungan dengan itu buku ini telah diusahakan dengan memberi maklumat yang lebih terperinci tentang sifat morfologi tumbuhan berkenaan. Bagi memudahkan pengecaman beberapa nama biasa, nama saintifik dan gambar berwarna lengkap diberi. Tumpuan pemilihan gambar diberi kepada bahagian yang boleh digunakan untuk pengecaman seperti sifat bunga, buah dan daun selain daripada sifat pertumbuhan tumbuhan itu sendiri. Walau bagaimanapun, buku ini hanya tertumpu pada tumbuhan yang mudah diperoleh dan biasa digunakan oleh pengamal perubatan tradisional sahaja. Selain daripada tujuan untuk memudahkan pengecaman, maklumat asas berkenaan habitat semula jadi, keperluan pertumbuhan, cara pembiakan bahan tanaman juga disediakan.
Sebanyak 172 spesies tumbuhan dimuatkan dalam buku ini. Ia dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu tumbuhan herba (73 spesies), tumbuhan renek (32 spesies), tumbuhan menjalar (19 spesies), pokok besar (44 spesies) dan tumbuhan parasit/epifit (4 spesies). Buku ini dapat dijadikan bahan rujukan serta panduan bagi mereka yang berminat untuk menanam tumbuhan ini secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau sebagai tanaman hiasan di kawasan rumah atau taman-taman. Para penyelidik pula boleh menggunakan buku ini sebagai sumber maklumat dalam pemilihan tumbuhan yang bersesuaian untuk kajian lanjut sama ada dalam aspek keberkesanannya untuk rawatan penyakit berkenaan atau teknologi pengeluaran.
PUBLICATION TITLE:
Tumbuhan ubatan popular Malaysia
CODE:
HM083

AUTHORS:
Musa Yaacob (Main Author), Azimah Abdul Kadir , Zaharah Hasan
ISBN:
978-967-936-531-3
ISSN:
PUBLICATION YEAR:
2009
LANGUAGE:
Malay
DESCRIPTOR:
SYNOPSIS/ABSTRACT:
(English)
(Malay)
Buku ini mengandungi maklumat yang terperinci tentang sifat morfologi tumbuhan ubatan Malaysia. Sebanyak 171 spesies dimuatkan dalam buku ini. Bagi memudahkan pengecaman, nama biasa, nama saintifik dan gambar berwarna
yang lengkap diberi. Maklumat asas dalam aspek keperluan pertumbuhan, habitat asli dan kaedah pembiakan bahan tanaman yang ada boleh dijadikan panduan bagi mereka yang berminat menanam tumbuhan jenis ini.
PRICE:
RM 45.00

Herba Bahan Alternatif Kesihatan



May 6, '08 9:45 PM
for everyone

Seperti yang diketahui umum, Malaysia amat kaya dengan ubat-ubatan tradisional dan alternatif seperti digambarkan daripada struktur etnik di negara ini. Masyarakat pelbagai etnik yang terdiri daripada pribumi atau Orang Asli, pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak, di samping tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sejarah juga membuktikan penggunaan herba masyarakat berbilang etnik di negara ini untuk tujuan perubatan. Oleh itu Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk membangunkan ubat-ubatan tradisional menjadi produk komersial. Pada masa yang sama, dengan adanya kemudahan penyelidikan moden dan dilengkapi infrastruktur yang mencukupi, Malaysia mampu menjadi hab tumbuh-tumbuhan ubatan Asia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Herbal Asia, Safinah Yaakob, industri herba berpotensi menjana sumber kekayaan baru negara. Katanya, Rancangan Malaysia Ke-9 yang dibentangkan tidak lama dahulu akan melonjakkan pembangunan industri herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bahan dan sumber asli dalam pertanian, penjagaan kesihatan, aktiviti perindustrian dan bioinfomatik di mana pertumbuhan sektor-sektor ini sungguh luar biasa.

‘‘Apa yang penting ialah sumber asas yang kita miliki akan memiliki IP (harta intelek) sendiri yang secara langsung menggalakkan penggunaan produk tempatan untuk gaya hidup yang sihat,’’ katanya. Pada masa ini, herba atau produk herba banyak digunakan sebagai ubat-ubatan sampingan atau sebagai bahan alternatif untuk meningkatkan kesihatan dan melawan penyakit. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui peningkatan dalam jualan produk herba serta kewujudan banyak pusat kesihatan yang menyediakan perubatan tradisional seperti aromaterapi, qi-gong, refleksologi, terapi ozon dan sebagainya. Antara rawatan alternatif yang menggunakan herba adalah untuk merawat sakit belakang, sakit sendi dan urat, keletihan, migrain, menopaus, darah tinggi dan juga untuk tujuan kecantikan. ‘‘Ubat-ubatan tradisional yang diamalkan oleh orang Melayu dianggarkan melebihi 1,000 jenis tumbuhan berbunga dan paku-pakis. Contohnya termasuklah tongkat ali, kacip fatimah, pinang, lilit memanjat seruntum, daun inai, mengkudu, pegaga, kecubung, hempedu bumi, dukung anak dan sebagainya,’’ kata Safinah. Kesemua jenis tumbuhan dan herba tersebut amat bernilai dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jintan hitam yang tumbuh di bumi Arab dan India misalnya digunakan sejak ratusan tahun dahulu untuk mengubati penyakit gout, asma, batuk dan demam. ‘‘Aloe vera yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral, asid amino, saponin, lignin, enzim, anthraquinoses dan asid seliksitik digunakan sepenuhya dalam kaedah perubatan. “Hari ini, banyak syarikat farmaseutikal yang sudah memanfaatkan penggunaan herba dari sumber alam tropika yang kaya ini untuk dikomersialkan’’, kata Safinah. Malah, di Malaysia sendiri, para penyelidik sudah mengkaji 1,300 jenis pokok dan tumbuhan hutan untuk mengenal pasti kemungkinan nilai perubatan yang ada padanya. Dalam masyarakat Orang Asli dan di kalangan orang Melayu, khasiat tumbuh-tumbuhan hutan yang hidup liar sudah dikenalpasti sejak sekian lama. Apa yang diperlukan adalah memanfaatkannya secara komersial. ‘‘Justeru, potensi sumber asli seperti herba cukup luas dalam memperkenalkan produk-produk alternatif kesihatan dan perubatan,’’ kata Safinah. Di Amerika Syarikat (AS) sahaja, jutaan ringgit diperuntukkan setiap tahun untuk menghasilkan makanan kesihatan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Dianggarkan, sebanyak 20 hingga 50 peratus penduduk di negara membangun bergantung kepada perubatan alternatif dan komplementari berasaskan tumbuhan. Fenomena yang sama juga ditunjukkan oleh negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia dan juga Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa permintaan global terkini terhadap tumbuh-tumbuhan ubatan sekitar AS$14 bilion setahun dan menjangkakan permintaannya akan terus meningkat menjelang 2050 menjadi AS$5 trilion. Angka ini jelas membuktikan bahawa pasaran herba mempunyai potensi dan peluang yang tinggi untuk berkembang maju. Laporan terkini juga menunjukkan bahawa jumlah jualan produk herba tempatan mencecah RM100 juta bagi tahun 2000. Pasaran ini meningkat kepada RM500 juta bagi tahun 2005 dan RM2.5 bilion pada 2010. Perkembangan global industri ini pastinya memberi kesan signifikan kepada pasaran herba Malaysia. Berikutan itu, Pameran Herba Asia 2008 yang diadakan buat kali kelima minggu depan akan mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan industri herba sebagai alternatif kepada penjagaan kesihatan. Pelbagai produk yang dihasilkan dengan bahan semulajadi dari khazanah hutan negara boleh didapati terutamanya produk-produk kesihatan yang berasaskan kesihatan.

‘‘Sudah sampai masanya kita menggunakan sepenuhnya sumber semulajadi yang terbukti semakin hari mendapat permintaan yang tinggi kerana khasiatnya’,’’ kata Safinah yang menjadi penganjur utama pameran. Pameran Dagangan Herbal Asia itu akan bermula pada 8 hingga 11 Mei ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur. Pameran ini merupakan satu platform kepada semua yang terbabit di dalam industri herba sama ada di dalam atau luar negara untuk bertukar idea dan maklumat, di samping mendapatkan perkembangan terkini isu-isu semasa serta teknologi-teknologi baru yang boleh membantu meningkatkan pertumbahan industri tersebut. Antara bidang yang amat berkait rapat dengan industri herba ini ialah kesihatan di mana kini, sudah banyak herba dan produk-produk semulajadi menjadi asas dalam pembuatan ubat-ubatan mahupun makanan kesihatan. Justeru, pameran ini akan memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai pentingnya industri herba di negara ini dalam aspek penjagaan kesihatan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pameran ini bolehlah menghubungi sekretariat di talian 03-62803503/06 atau Faks: 03-62803607

Bahaya selalu Guna Antibiotik


Bahaya Terlalu kerap Guna Antibiotik

 

The discovery of antibiotics was a turning point in the history of the modern world. Antibiotics have given us a powerful way to fight and win against bacterial infections and diseases. There is no argument that the discovery of antibiotics has been one of the most important milestones in the history of health care. That being said, the inevitable misuse of antibiotics has presented risks that can lead to catastrophic consequences. That statement seems extreme, but it is justified. The correct knowledge of how to use these wonder drugs can be life saving, but ignorance and misuse can be, and is, dangerous.

Antibiotics fight bacteria, period. They do not and cannot fight viruses. Many people who claim that taking antibiotics when they have a common cold makes them feel better after a few days don't realize that after a few days they would have felt better anyway. The common cold is not bacterial, it is viral. A common misconception is that taking antibiotics can lessen the severity of a cold or even cure it. This is dangerously untrue. And what is the danger? If you take an antibiotic when it really isn't needed, it's not going to hurt anything, is it? Yes, it absolutely can hurt. Maybe not immediately, but the long-term consequences can be very harmful. Unfortunately, this is being proven on a wider and wider scale as time goes by. Every human body carries "good" bacteria. Good bacteria, or "probiotics" are needed for proper digestion, and actually help to fight infection and prevent disease.

Antibiotics, in general, do not see the difference between good and bad bacteria; they can and will attack both. In the case of a true bacterial infection, this is an acceptable side effect, because the "bad" bacteria need to be destroyed, and the antibiotic will be concentrating mostly on that task. Though good bacteria may be destroyed when taking antibiotic drugs, once the bad bacteria are gone the body should be strong enough to rebuild the good again. If there are no bad bacteria present and antibiotics are taken, the drug attacks only the good bacteria, and can cause an imbalance that may take the body a long time to correct. The result of this imbalance can be a weakened immune system and lowered resistance to dangerous bacteria. With the body's weakened response to bad bacteria, stronger antibiotics may be needed the next time there is a bacterial infection. The worst-case scenario is that there may come a time when there is not an antibiotic strong enough on the market to cure some types of bacterial infections. This can and has happened. Another misuse of antibiotics is not taking the entire amount prescribed. Most antibiotics tend to work rather quickly, and the person taking them may feel much better within a couple of days. Once that happens, this person may think that no further antibiotics are necessary, or they may simply forget to take the rest. What this person doesn't know is, there may be a few bad bacteria left that, although they are no longer causing symptoms, have not been destroyed. Without the rest of the prescription to kill them off, the remaining bacteria develop a resistance to that antibiotic, and a recurrence of the infection may yet again need a different, stronger antibiotic. Again, there may come a time when the stronger antibiotic has not yet been developed. With more and more misuse of antibiotics, the rise in antibiotic-resistant bacteria has become a worldwide problem that cannot be ignored. The consequences of these increasing numbers of "super bacteria" can set medicine back to a time when simple bacterial infections can once again be life-threatening. Education is the key to the prevention of this happening. Ignorance of the proper use of antibiotics must not be tolerated - the price is too high.


 



Panduan Guna Antibiotik

 

Apakah Bakteria?

Bakteria adalah organisme yang terdiri daripada satu sel sahaja, tetapi ia mampu menggandakan dirinya dengan banyak. Bentuk bakteria adalah berbeza-beza. dan ianya boleh wujud di mana-mana sahaja, sama ada di dalam atau luar tubuh kita. Kebanyakan bakteria adalah tidak berbahaya dan sebahagian daripadanya sangat berguna untuk tubuh kita. Namun begitu, ada sesetengah bakteria boleh menyebabkan penyakit, sama ada kerana mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya dalam tubuh kita atau bakteria itu sememangnya merbahaya dan boleh mendatangkan penyakit.

 

Apakah Antibiotik ?

Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Antibiotik TIDAK BERKESAN terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.

Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

 

Apakah Kerintangan Antibiotik?

Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik.

Kerintangan antibiotik adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik dalam kebanyakkan jangkitan bahagian atas salur pernafasan seperti sakit tekak dan batuk biasa.

Cegah Kerintangan Antibiotik Sekarang!

Sebagai seorang pesakit, anda disyorkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai. Berikut merupakan beberapa panduan asas yang dapat membantu anda dalam menghalang penyebaran kerintangan antibiotik:

1.   Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila dipreskrib oleh doktor SAHAJA.

2.   Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik. Sekiranya anda tidak melengkapkan rawatan seperti yang disyorkan, kecenderungan berlakunya kerintangan antibiotik adalah tinggi disamping risiko berlakunya jangkitan-semula.

3.   Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan ianya dibuang.

4.   Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.

5.   Patuhi keputusan dan nasihat doktor APABILA doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.

6.   Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.

Apa Yang Anda Boleh Buat Untuk Melindungi Keberkesanan Antibiotik

Penggunaan antibiotik yang tidak tepat adalah punca utama kepada peningkatan dalam kerintangan antibiotik. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan penggunaan antibiotik yang betul.

1.   Memahami bila antibiotik perlu digunakan

Anda tidak perlu mengambil antibiotik setiap kali jatuh sakit. Antibiotik berkesan dalam merawat kebanyakan jangkitan bakteria, tetapi tidak berkesan terhadap jangkitan virus seperti demam, bronkitis akut atau selesema. Sesetengah jangkitan bakteria biasa seperti sakit telinga sederhana, tidak mendapat banyak manfaat daripada penggunaan antibiotik.

2.   Tanyalah doktor apakah yang boleh dilakukan untuk membantu melegakan gejala-gejala jangkitan yang disebabkan oleh virus.

3.   Doktor mengetahui rawatan yang terbaik untuk anda. Bertanya apakah yang boleh dilakukan untuk membantu melegakan gejala-gejala jangkitan dan tidak meminta doktor untuk mempreskrib antibiotik sekiranya tidak sesuai. Mengambil antibiotik seperti yang dipreskribkan.

4.   Jangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan doktor

Jika anda tidak menghabiskan antibiotik yang dipreskrib, anda mungkin akan terdorong untuk menggunakan baki yang ada pada masa akan datang apabila anda jatuh sakit atau memberikannya kepada orang lain. Antibiotik merawat jenis jangkitan yang khusus dan antibiotik anda mungkin tidak cukup untuk merawat jangkitan yang baru.

5.   Elakkan penyebaran kuman.

Menjaga kebersihan adalah amalan terbaik dalam mencegah jangkitan. Basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas menggunakan tandas, menukar lampin dan apabila hendak mengendalikan makanan. Jagalah kebersihan kawasan penyediaan makanan. Sabun biasa dan air adalah memadai dan mampu membunuh kuman, anda tidak semestinya mengunakan pencuci dan sabun yang ada antibakteria.

Bilakah Doktor Memberi Preskripsi Untuk Antibiotik?

 

Hanya doktor yang boleh menentukan sama ada anda atau anak anda memerlukan antibiotik atau tidak. Mereka akan memberi preskripsi antibiotik untuk anda atau anak anda.

Strategi yang selamat dan berkesan dalam penggunaan antibiotik adalah mempreskrib antibiotik apabila diperlukan sahaja. Antibiotik yang dipilih hendaklah berkesan pada dos yang betul dengan spektrum yang sempit, mempunyai kesan sampingan paling rendah dan kos yang murah.

Prinsip-prinsip am untuk mempreskrib antibiotik:

1.   Hanya mempreskrib antibiotik untuk jangkitan bakteria sekiranya:

o    Terdapat risiko komplikasi yang tinggi

o    Jangkitan masih tidak sembuh.

o    Terdapat gejala yang teruk dan signifikan.

2.   Menggunakan antibiotik barisan pertama terlebih dahulu

 

3.   Simpan antibiotik berspektrum luas untuk jangkitan bakteria yang diindikasikan sahaja.

Disini Beberapa Petua Untuk Kekal Sihat

 

1.   Cuci tangan dengan bersih untuk mencegah penyebaran kuman.

2.   Dapatkan vaksin selesema dan pneumokokal.

3.   Bersenam.

4.   Makan makanan yang sihat.

5.   GDapatkan 6-8 jam tidur malam.

Di sini ialah beberapa pilihan yang boleh membantu anda rasa lebih sihat secepat mungkin tanpa antibiotik

 

 
 
PENYAKIT
 
RAWATAN KENDIRI
DI RUMAH
UBAT- UBATAN
[Ubat am (over the counter) tidak disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun. Bagi kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun, perlu mengikut dos yang dinyatakan pada sisip bungkusan]
Semua selesema dan jangkitan virus
·         Minum banyak cecair (seperti air dan sup)
·         Duduk di rumah dan berehat
Hidung tersumbat
·         Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
·         Titiskan atau semburkan air garam dihidung
Decongestant: membuka saluran hidung
Hidung berair
·         Sapukan jeli petroleum di luar hidung.
·         Gunakan tisu lembab
Antihistamine: mengeringkan lelehan cecair hidung atau hingus
Batuk tanpa kahak
·         Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
·         Berkumur dengan air garam yang suam
Penahan batuk: membantu menghentikan batuk
Batuk berkahak
 
·         Minum air dengan lebih banyak
Ekspektoran: menipiskan kahak, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan semasa batuk

Boleh membeli ubat am
Bahan aktif: Guaifenesin
Sakit tekak
 
·         Berkumur dengan air garam yang suam
·         Elakkan asap
·         Minum teh
Lozeng tekak - melegakan tekak (Jangan diberi pada kanak-kanak berumur kurang daripada 10 tahun)

Boleh membeli ubat am
Bahan aktif: Menthol ,Dichlorobenzyl Alcohol, Amylmetacresol
Gatal, mata berair / bersin
·         Elakkan daripada mengambil benda atau makanan yang anda alah atau menyebabkan kerengsaan.
Antihistamine: mengeringkan dan melegakan gatal pada mata
Demam / sakit otot
 
·         Tuam dengan ais atau air sejuk pada dahi.
·         Tuam dengan tuala atau pek panas pada tempat yang sakit.
·         Berehat dikatil.
Analgesik: pelega kesakitan

Boleh membeli ubat am
Bahan aktif: Paracetamol ;Acetylsalicylic Acid
Sakit telinga
 
·         Tuam dengan tuala atau pek panas pada telinga yang sakit.
Analgesik: pelega kesakitan

Boleh membeli ubat am
Bahan aktif: Paracetamol ;Acetylsalicylic Acid

 

Semakan Akhir
:
30 Mei 2012
Penulis
: