Isnin, 26 Disember 2011

Bahan kimia baru dikesan berbahaya bagi bumi


Bahan kimia baru dikesan berbahaya bagi bumi

ARKIB : 04/12/2000

Sekurang-kurang 12 jenis bahan kimia telah disenaraikan sebagai berbahaya sehingga menjejaskan alam sekitar dan mencemarkan barangan makanan perlu dihapuskan. Ini mungkin menjadi satu kenyataan jika rundingan mengenai cadangan menghapuskan bahan-bahan itu mencapai persetujuan. Persidangan Perjanjian Pencemaran Organik yang Berterusan (POP) anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melibatkan lebih 120 peserta. Mesyuarat itu yang bermula hari ini ini di Johannesburg akan menentukan sama ada bahan-bahan kimia itu akan diharamkan atau dikenakan peraturan ketat. Seorang pakar dari Kementerian Alam Sekitar Perancis berkata, perbezaan pendapat ketika persidangan pemanasan sejagat (global warming) di The Hague bulan lalu melibatkan negara-negara kaya telah bertukar di mana wujudkan persekitaran bekerjasama dan kompromi kerana isu alam sekitar. ''Kalangan negara-negara membangun telah memberi persetujuan sama ada untuk mengharamkan pengeluaran dan menggunakan 12 bahan-bahan kimia,'' katanya. Kajian ke atas bahan-bahan tersebut menunjukkan bahawa hasil keluaran bahan kimia itu akan mencetuskan keadaan persekitaran yang lebih tercemar pada masa akan datang. Ini termasuk penggunaan heksaklorabenzena, sejenis bahan kimia yang digunakan dalam sektor perindustrian termasuk bahan racun; dioksida dan furans; penggunaan toksin yang berterusan dalam operasi di sektor perindustrian; racun serangga DDT; dan biofenils poliklorinatan (PCB) iaitu sejenis cecair minyak beracun yang digunakan di stesen-stesen tenaga. POP tidak boleh lupus hayat (biodegradasi) atau menyebabkan kesakitan. Ia juga tidak boleh berlarut dalam air atau udara . Sebaliknya ia masuk ke dalam bahan pemakanan. Ia boleh diserap oleh tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan laut yang kecil mikro yang kemudian akan dimakan oleh haiwan yang lebih besar. Haiwan tersebut akan dimakan atau ditangkap oleh manusia yang akan memakan daging yang telah dicemari oleh bahan toksin itu. Antara kejadian yang mencetuskan kewujudan POP ialah di Artik. Di mana beribu-ribu kilometer dari tempat ia dihasilkan, bahan-bahan kimia itu dikesan dalam anjing laut dan ikan paus. Kewujudan bahan toksin POP telah dikaji dengan teliti. Malah kajian menunjukkan bahan-bahan toksin itu mempunyai kaitan dengan kesan-kesan kecacatan ketika bayi dilahirkan, kanser dan masalah pembesaran di kalangan kanak-kanak. Perbincangan yang bertujuan untuk menghapuskan bahan-bahan kimia 'Dozen yang Kotor' ; menghulurkan bantuan kewangan bagi membiayai kerja-kerja peralihan di kalangan negara membangun (yang diketuai oleh Brazil, China, India dan Afrika Selatan) yang masih mengeluarkan bahan kimia seperti itu. Persoalan yang timbul ialah mengenai DDT yang masih digunakan untuk membuat bahan ubat serangga. Perjanjian itu mungkin termaktub peraturan mengenai jenis-jenis bahan kimia, kata sumber-sumber. Usaha untuk menghapuskan memerlukan perancangan 'jangka panjang' dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu memberi kebenaran. Setiap tindakan perlu dikaji sebelum arahan dapat dikeluarkan. Masalah yang besar yang mungkin menjadi penghalang dalam mesyuarat di Johannesburg ialah isu kewangan, kata sumber-sumber. Mesyuarat kumpulan 77 (G77) dan blok China mewakili negara-negara membangun kini mendesak supaya diberi peruntukkan bantuan kewangan yang lebih banyak. Ini amat perlu terutama dalam menguruskan pentadbiran berbanding dengan Dana Alam Sekitar Global (GEF) yang didakwa lembap dan banyak birokrasi. ''Pembiayaan merupakan masalah besar yang masih belum diselesaikan. Jika keadaan ini berterusan maka ini mungkin akan melambatkan proses pemulihan sehingga mencetuskan masalah dalam meterai perjanjian yang dijadualkan Mei depan,'' kata Gaelle Ecobichon dari CNIID iaitu agensi pemerhati alam sekitar Perancis. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.