Isnin, 26 Disember 2011

Pencemaran Sebabkan Barah


Pencemaran Sebabkan Barah

Sekarang kes barah semakin meningkat. Terdapat desas desus mengatakan bahawa sedikit masa lagi penyakit barah akan menggantikan penyakit jantung sebagai pembunuh nombor satu manusia! 

Pada ketika ini, penyakit barah makin membingungkan ahli kaji tisu ( Pathologist ) kerana mereka tidak tahu punca umbi penyebabnya! Gaya susur galur penyakit barah sekarang adalah, golongan muda tidak terkecuali dari terkena penyakit barah. Jika anda muda, jangan senang hati kata anda tidak akan terkena penyakit barah. Anda mungkin mangsa seterusnya! Apabila punca penyebab penyakit barah tidak diketahui, faktor pencemaran menjadi sebab utama kepada penyumbang penyakit barah di Malaysia.  Malangnya tiada kajian terperinci bagi menyokong fakta ini.

Pencemaran boleh berlaku dalam makanan anda: 

  1. Belacan mengandungi pewarna Rhodamine B.
  2. Teh berpewarna dan berperisa tiruan.
  3. Kuih mengandungi macam-macam pewarna seperti merah, ungu, kuning, hijau , perang dsbnya.
  4. Kuih mengandungi macam-macam perisa dan perasa makanan.
  5. Makanan dicampuri MSG atau Aji No moto. Restoran dan gerai makanan membeli berguni guni MSG atau Aji No moto setiap bulan.
  6. Air minuman mengandungi pewarna, pengawet, pengemulsi dan perasa tiruan.
  7. Mi kuning mengandungi asid borik.
  8. Kue tiaw, laksa, roti dan tepung gandum di luntur (bleach) menggunakan peluntur kimia (chemical bleaching agen) bagi menyebabkannya jadi warna putih bersih.
  9. Ikan diawet dengan borik asid dan formaldehyde. Lagi banyak pengawet digunakan, lagi tahan ikan ini dan tauke lagi bertambah untung.
  10. Sayur-sayuran disembur racun serangga, racun rumpai dan racun kulat (3 dalam satu) sekaligus bagi menjimatkan tenaga kerja, masa dan kos. Disembur pagi hari, dituai tengahari mengikut pesanan pasar borong. Anda tukang makan dan tukang mengayakan tauke!!! Anda jadi mangsa barah usus besar akibat makan sayur beracun ini!!!
  11. Berbagai-bagai jenis makanan dan minuman lagi yang mengandungi pewarna, pengawet dan perisa tiruan yang semuanya bahan kimia berbahaya.
  12. Susu bayi mengandungi melamine. Melamine menyerupai aktiviti protin. Justeru, bagi menipu pengguna bahawa kandungan protin sesuatu susu adalah tinggi, melamine digunakan. Melamin adalah bahan plastik yang bahaya kepada kesihatan manusia.
  13. Keujudan telur tiruan murahan buatan istimewa dari Negara China.
  14. Buah mangga disuntik pada tangkainya bagi mengelakkan serangga perosak.
  15. Buah mata kucing disembur racun serangga berlebihan.
  16. Buah tembikai disuntik pada tangkainya bagi menyebabkan …..
  17. Ayam, kambing, kerbau, arnab, lembu dan ciok disuntik dadah penggalak daging dan dadah pengurang sel lemak.
  18. Ikan masin disembur kimia penghalau serangga.
  19. Makanan berpanggang yang ada tompok hitam hangus = bahan karsinogen.

Pencemaran berlaku dalam kenderaan anda. 

  1. Gam yang digunakan bagi melekatkan karpet dan dasbod kereta anda mengeluarkan pelarut organik ( organik solvent ) yang berbahaya kepada kesihatan anda. Ini benar bagi kereta baru.
  2. Kereta lama yang berusia lebih 10 tahun juga masih membebaskan  pelarut organik tetapi kuantitinya tidak sepekat kereta baru.
  3. Contoh pelarut organik adalah seperti xylene, toluene, methylbenzene, nitrobenzene, phenyl-methane, nitrodiphenyl, n-hexane, butyl ketone, turpentine, Carbon Tetrachloride, Trichloroethylene, bis (Chloromethyl) ether,  dsbnya.
  4. Alat touch and go anda mungkin membebaskan radiasi, medan elektrik dan medan magnet.
  5. Tatkala anda mengepam petrol, anda menyedut pelarut benzene dan mungkin merkuri.
  6. Pewangi kereta mengandungi pelarut organik.
  7. Anda menyedut berbagai bagai bahan kimia berbahaya dari asap kenderaan apabila anda menunggang motosikal, basikal atau berjoging di pinggir jalan.

Pencemaran berlaku dalam rumah anda. 

  1. Vinyl Chloride Monomer ( VCM / Chloroethylene ) adalah bahan plastik yang kerap didapati dari bahan plastik dalam rumah anda.
  2. Gam yang digunakan bagi melekatkan kayu perabut rumah anda mengeluarkan pelarut organik ( organik solvent ) yang berbahaya kepada kesihatan anda.
  3. Pen permanent marker dan liquid paper membebaskan pelarut organik.
  4. Cat rumah membebaskan pelarut organik.
  5. Pewangi rumah mengandungi pelarut organik.
  6. Pewangi badan mengandungi pelarut organik.
  7. Satu kajian dari UK menyebut bahan solek wanita memudarat kepada kesihatan wanita untuk jangka panjang! Alat solek beracun:
    1. Lipstik mengandungi logam Plumbum.
    2. Krim Pencerah kulit / agen pemutih kulit mengandungi raksa.
  8. Televisyen membebaskan radiasi, medan elektrik dan medan magnet.
  9. Mikrowave membebaskan radiasi, medan elektrik dan medan magnet.
  10. Telefon bimbit membebaskan radiasi, medan elektrik dan medan magnet.
  11. Ubat nyamuk elektrik / lingkaran membebaskan kimia berbahaya kepada kesihatan – Kimia berbahaya akan terkumpul dalam badan ( cumulative effect ). Lama kelamaan, anda mungkin mendapat barah!.
  12. Ubat nyamuk semburan membebaskan kimia berbahaya kepada kesihatan – Kimia berbahaya akan terkumpul dalam badan ( cumulative effect ). Lama kelamaan, anda mungkin mendapat barah!
  13. Buku, dakwat dan kertas membebaskan formaldehyde.
  14. Syampu dan sabun mengandungi bahan kimia berbahaya.
  15. Atap, siling dan paip air rumah anda diperbuat dari asbestos. Asbestos menyebabkan barah paru paru. Sudah banyak Negara yang mengharamkan penggunaan asbestos tetapi Malaysia masih belum lagi berbuat begitu.
  16. Bekalan air minum anda mengandungi unsur Chlorine dan Fluorine.
  17. Ubat gigi mengandungi unsur Fluorine (Fluorida).
  18. Ubat kutu (Lindane) mengandungi bahan kimia yang telah diharamkan kerana terbukti boleh menyebabkan barah – kumpulan organochlorine.
  19. Asap rokok.
  20. Asap pembakaran sampah terutamanya sampah dari plastik yang membebaskan dioxin -  sejenis karsinogen berbahaya.

Nota : Kejadian penyakit barah kesan akibat daripada pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan berlaku BUKAN dalam sekelip mata. Ia mengambil masa bertahun-tahun akibat pendedahan berterusan kepada bahan kimia atau logam berat berbahaya kepada kesihatan. Bahan kimia atau logam berat berbahaya kepada kesihatan memasuki badan insan melalui pemakanan, pernafasan dan penyerapan kulit. Pelarut organik bersifat larut dalam lipid dan lapisan kulit manusia diperbuat sedari lipid. Raksa pula bersifat pemangkin iaitu mempercepatkan sebarang tindakbalas kimia. Jika raksa boleh larut dalam besi dan emas, sudah tentu raksa sangat mudah menembusi kulit anda! Kebanyakkan racun, pelarut organik dan logam berat mempunyai kesan terkumpul (kesan kumulatif) dalam tempoh masa jangka panjang. 


Firman Allah :
 
Mudah mudahan kamu berfikir. 

Kami jadikan manusia sebaik-baik kejadian.



Sabda Rasullullah s.a.w. :  

 Nabi Muhammad s. a. w. menyuruh kita menimba ilmu sebanyak mungkin. Kewajipan mempelajari ilmu baru atau membaca buku sangat-sangat dituntut bagi menegakkan kebenaran dan menumbangkan kebatilan. Malah ilmu adalah menjadi punca utama sekalian iblis dan malaikat diperintahkan Allah agar sujud hormat kepada Nabi Adam. Justeru pelajarilah ilmu sehingga ke saat hayat anda yang paling akhir. Ketahuilah, tiada siapa yang akan menyuapkan ilmu ke mulut anda. Ilmu tidak datang bergolek ke riba melainkan anda yang mencarinya sendiri. Pencarian ilmu tanpa doa pula akan mendapat ilmu yang terpesong, bengkok atau tidak diberkati. Pencarian ilmu disertai doa dan pujian lagi sujud kepada kebesaran Allah membawa kepada penerokaan ilmu baru seperti yang terjadi pada zaman Ibnu Sina, pendita atau ilmuwan yang seangkatan dengannya. Sebabnya, Allah redha kepada cendekiawan ini. Segala bidang fizik, kimia, matematik, anatomi, perubatan, astronomi, herba dsbnya dikuasai walaupun pada asalnya mereka hanyalah seorang alim ulama. Ilmu mereka menjadi rujukan dan tulang belakang kepada teknoloji Barat di mana kita merempat kembali meminta belas ihsan teknoloji Barat yang satu masa dahulu adalah pusaka keramat nenek moyang kita sendiri! Berbeza dengan ulama kita, yang hanya sekadar berpuas hati dengan satu cabang ilmu sahaja iaitu ilmu agama! Itupun telah dipecah-pecah kepada Fikah, Tauhid, Nahu Al Quran dsbnya. Julung-julung kali ulama sekarang mencontohi ulama zaman silam! Sedihnya, terdapat juga ulama yang sanggup menjilat tahi kerana tewas dengan wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.