Ahad, 15 April 2012

Cara Tanam Rumput Belalai Gajah

Cara Tanam Rumput Belalai Gajah
Malaysia mempunyai ikhlim yang panas dan mempunyai jumlah hujan yang tinggi dan sesuai dengan pelbagai tanaman antaranya banyak herba. Satu antara beribu-ribu jenis herba yang boleh didapati di Malaysia ialah Clinacanthus Nutans (Burm. F.) Lindau atau Belalai Gajah yang dipercayai boleh mengubati penyakit kanser jika tidak pun sekurang-kurangnya boleh melegakan kesakitan akibat kanser. Boleh sembuh 100% atau tidak terpulanglah kepada tuhan. Daripada maklumbalas yang kami terima kami dapati kebanyakan yang makan herba ini mempunyai kesan yang memuaskan.
En. Tiang Koon Cheong, pengusaha
Taman Herba Tropika YPL - Pusat Pertanian Pantai
Jangan keliru dengan pokok Hempedu Bumi (Snake Grass)
yang daunnya hampir serupa tetapi rasanya pahit dengan
berbunga putih manakala pokok Belalai Gajah rasa tawar
dan berbunga merah.
Ladang yang luas ini yang ditanam dengan Pokok Belalai
Gajah ini terletaknya di Johor.

Daun Belalai Gajah di pisahkan dan di letak dalam bekas plastik.

Daun Belalai Gajah di asingkan daripada batang pokok.

Daun kemudian ditimbang dan diletak ke dalam kotak plastik.
Lebih kurang 500 helai daun dalam sebuah bekas plastik.

Kemudian diletak dalam peti ais supaya boleh tahan sehingga
2 minggu.

Keratan batang yang diasingkan daun disiapkan
untuk ditanam.
Tanah yang dicampur dengan kompos (baja organik)
dan pasir sungai di masukkan ke dalam polibeg.
Pokok Belalai Gajah yang baru tumbuh pucuknya.
Pokok Belalai Gajah dalam Polibeg siap untul dijual.
Pelawat yang datang pada hujung minggu untuk membeli
daun dan pokok Belalai Gajah.

Bagi orang yang hendak hantar ke luar negara kami syorkan
pakai teh uncang daun pokok Belalai Gajah. Kesannya sama
dengan daun segar. Seorang wanita yang comel datang untuk
membeli teh uncang untuk dihantar ke Perth, Australia kerana
ibunya mengidap kanser peringkat ke4 dan kanser telah
merebak kepada beberapa organ dalam tubuh. Selepas minum
teh daun belalai gajah untuk 9 hari sel kanser telah kurang
separuh.

Inilah rupanya Pokok Belalai Gajah yang betul-
betul tua (sekurang-kurang 6 tahun) yang
ditanam dalam sebuah rumah kos rendah.


4 ulasan:

  1. boleh bgtaw lokasi pkok belalai gajah di johor tu di mana?

    BalasPadam
  2. Maaf Tak tau addressnya di johor

    BalasPadam
  3. Kami memberi daun segar Belalai Gajah secara percuma. Hanya perlu membayar RM10 untuk kos penghantaran. Stok tidak akan habis. Sila layari facebook.com/ssgrass untuk maklumat lanjut.

    We are giving out free Sabah Snake Grass leaves. You only need to pay RM10 for courier charges. For more information, please join us at facebook.com/ssgrass

    BalasPadam
  4. Dekat Felda Sendayan Negeri Sembilan ada pengusaha SSG secara besar besaran. Ada masuk Surat Khabar Utusan Malaysia tarikh 12 11 2012. Tak silap namanya En Hazami. Kalau tak silap hasil keluaran dari syarikatnya bernama U Turn

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.