Ahad, 7 April 2013

Bekam sebabkan barah merebak


Bekam sebabkan barah merebak ?


Sampai hati mereka kata anda ...... ..... ?


 

KLIK DI SINI


  


Kalu aku kata ........... Melayu bodoh, rasa macam tak politically correct. Aku jarang tulis dalam bahasa Melayu, bukan aku rasa aku tak cukup Melayu, tapi aku dah cukup pening dengan usaha menulis dalam Bahasa Melayu untuk penerbitan DBP. So, aku sebenarnya tulis Inggeris untuk rilek-rilek aje. .....tapi hari nih aku tulis dalam bahasa ibunda, sebab aku suka sangat hari ini. Sebab aku suka ialah aku jumpa BLOG INI....yang  tulis panjang lebar tentang orang-orang yang suka ambil kesempatan ke atas orang sakit kronik, terutama sakit kanser......yang muktakhir jus MonaVie...mula aku dengar pun aku teringat kat Mona Fendi. Aku risau juga sebab ramai orang yang cerdik dok telan HERBALIFE, termasuk anak sedara dan rakan doktor, doktor pakar pong. Ada yang jadi penjual. Tengok dan baca habis ya, ada Alphalipid, ada Transfer factor, ada USANA, banyak lagi la. Yang paling teruk, ada doktor swasta dan tak swasta, yang manipulasi pesakit untuk membeli produk yang seumpamanya yang dia juga turut jadi jurujual atau pengedar. Ramai juga doktor yang jadi agen AMWAY, tak malu pula tu bila cuba nak jual atau nak cari downline dengan kita, mentang-mentang kita ada kanser.


 


----ingat lagi dulu semasa suami selesai menjalani pembedahan kanser kolon, masa tengah pening - pening dalam recovery room, ada doktor bius dan staf nurse bius yang datang nak jual jus manggis.. aku kata kat laman rumah aku manggis bersepah-sepah...ada ker dia jawab macam ni: "kalu ambil kulit maggis tanpa di proses akan bengkak bibir."  Ada pula doktor pakar yang betul-betul desperate, tak segan silu cuba menjual panty liner yang berangin tu! ....so, tolong baca la blog yang aku rekomen ni...tengok LABEL KAT SEBELAH KANAN BLOG.......AMWAY pun ada...macam-macam yang orang suka jual ke pesakit kanser ada kat situ.
.....kepada penulis blog, terima kasih banyak-banyak, anda tentu telah menghabiskan banyak masa mengkaji dan menulis. Sebenarnya, saya dah penat dok bagi tahu ke pesakit saya yang kolostrum lembu tu hanya baik untuk anak lembu sahaja.  Syabas, moga Tuhan membalas jasa baik anda.  Amin.

 
 

Bekam sebabkan barah merebak

Punca : KLIK DI SINI

A case of a leeche with cancer


I met a breast cancer patient who suffered widespread chest wall metastasis after going for "Berbekam" or blood letting procedures. First she was treated with the conventional suction cups blood letting and on second treatment she tried the large leeches. After the alternative treatment, the cancer came out and infiltrated the affected chest wall and she needed urgent radiotherapy to control the spread and cancer aggression. The therapies created a massive clinical mess.  The patient is a degree holder school teacher. I was speechless for a while and can't help blurting out this; "Kesian lintah tu semua, mesti mati lepas tu kerana banyak telan sel kanser." ["Pity the leeches, sure die one after sucking so many cancerous cells"] .When I related the story to the oncology counselor, about an educated (school teacher) going for such therapy, she said that she had to deal with the complications, even from a PhD holder. It is just a case of "terlampau cerdik" and reading too many blogs by self proclaimed specialists. It is a case of misguided and suicidal healing for cancer patients. It is Ironic daughter of Ludicrous when a breast cancer patient differed operation and chemo just because of fear of losing a breast, but willing to live with a rotten breast. Oh dear, ladies, if you don't pity yourselves, pity the leeches!!!!  

………………………….

 

 
Mengata satu manusia lain bodoh adalah ditegah Allah Taala dalam ayatnya : “Jangan kaum laki di antara kamu menghinakan satu kaum lelaki yang lain dan jangan pula kaum perempuan menghinakan satu kaum perempuan yang lain kerana, boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih mulia dari kaum yang menghinakan,” Jelas sekali, sebagai orang Islam yang beriman, kita dilarang menyebut seseorang itu bodoh, dungu, terlebih cerdik dan sebagainya. Mentang-mentanglah kamu seorang doktor pakar bergelar Profesor, kamu ambil mudah perasaan manusia lain. Memang kamu seorang doktor pakar bergelar Profesor , tetapi adakah kamu sedar tindakan kamu telah memusnahkan harapan, serta menyedihkan seorang cikgu perempuan yang begitu berharap akan sembuh dari penyakit barah. Sedarkah kamu jika pesakit kamu bertambah stres, immunity dan daya melawan penyakit juga akan menurun? Memang benar cikgu perempuan ini telah melakukan kesilapan dengan berbekam, tetapi itu atas dasar kejahilan beliau yang tidak tahu apa musibah yang akan berlaku kepadanya akibat berbekam. Cuba kamu ingat dan fikir balik berapa kerat doktor yang berpesan supaya jangan berbekam? Adakah seorang doktor onkologi akan berpesan kepada pesakit barah otak, pesakit barah hidung, pesakit barah tekak supaya pejam mata apabila membuat simulasi pancaran laser di bilik radiasi?..., sedangkan dengan pendedahan pancaran laser, doktor ini sedia maklum bahawa LASER boleh membakar retina dan menyebabkan kebutaan! Sekiranya anda pesakit barah tengkuk dan kepala, sila pejamkan mata anda ketika membuat simulasi kerana pancaran LASER ( Light Amplification of Stimulated Emission of Radiation ) boleh menyebabkan kebutaan. Memang kamu doktor pakar tetapi jangan tambah kecacatan, kerosakan & kecederaan kepada pesakit semasa dan selepas kamu merawat pesakit. Ingatlah bahawa pesakit barah bukan sampah yang jangka hayat mereka mungkin hanya antara 1 bulan hingga 3 tahun. Ada pesakit barah yang boleh hidup melebihi 10 tahun, walaupun doktor pakar menegaskan pesakit ada setahun dua saja masa untuk hidup !!! Siapa kamu yang boleh menentukan jangka hayat manusia? Hormatilah jasad tubuh badan dan perasaan pesakit barah sebagaimana kamu menghormati jasad tubuh badan dan perasaan kamu sendiri. Pengalaman membuktikan pakar onkologi dan kakitangan radiasi tidak berpesan terlebih dahulu supaya memejamkan mata ketika simulasi diadakan bagi membuat topeng kepala plastik. Apabila bertanya apakah perlu memejamkan mata tetapi dikatakan tidak perlu oleh kakitangan radiasi! Sedangkan tertera jelas pada mesin C T Scan, “Danger, LASER is harmful to eyes”. Dimana letaknya kebolehpercayaan dan tanggungjawab kakitangan bilik radiasi dan doktor onkologi dalam perkara ini? Mereka tidak bodoh kerana mana mungkin si bodoh menjadi pakar onkologi? Pakar Onkologi memerlukan sekurang- kurangnya MBBS + MRCP + FRCR + CSST untuk bergelar pakar klinikal Onkologi !!! Jawapannya ialah kerana mereka, walaupun merupakan doktor pakar tetapi mereka sebenarnya kurang bertanggungjawab dan hanya menganggap pesakit barah seperti mesin yang telah rosak dan tunggu masa saja untuk di BER(Beyond Economic Repair) kan !!! Ada juga pakar yang menganggap pesakit barah seperti sampah yang membebankan masa mereka untuk dirawat. Masa mereka lebih baik digunakan bagi membuat lokum di pusat perubatan swasta atau lokum di Sayap Swasta Hospital Universiti Penyelidikan !!! Inilah sifat-sifat manusia rakus yang bertuhankan wang ringgit semata-mata. Manusia rakus tidak terhad kepada doktor sahaja tetapi termasuk juga lain lain profesion seperti jurutera, guru, ustad dsbnya. Sekiranya tiada pegangan agama yang kukuh sudah tentu mereka terjerumus hanya mengejar dunia semata mata !!!

 
Berbalik kepada cerita Melayu Bodoh, saya percaya pesakit kamu akan membaca laman sesawang doktor yang merawatnya. Apa perasaan pesakit kamu apabila beliau dari barah aras 2 akibat berbekam bertukar menjadi barah aras 4? Dikatakan pula bodoh oleh seorang pakar Psikologi bertaraf Profesor? Memang tidak wajar bagaimana seorang Pensyarah Psikologi bertaraf Profesor Penuh boleh menghina pesakit beliau sebagai bodoh? Tugas seorang Profesor Pakar Psikologi adalah mengurangkan bebanan perasaan pesakit atau meredakan perasaan trauma pesakit barah. Apakah daya tindak yang masih boleh diguna pakai oleh guru perempuan ini semasa beliau berhadapan dengan barah payudara aras 4 selain berserah kepada Allah kerana pakar Psikologi yang diharap-harap serta dipuja puja dapat meringankan perasaan tekanan telah pula sampai hati mengatakan beliau sebagai pesakit sebagai bodoh? Pesakit yang mengalami burnout akan mendapat penurunan kekuatan antibodi badan dan antibodi badan tidak cukup kuat bagi melawan sel-sel barah yang terbentuk.

  

BLOG INI tidak patut menggunakan kata-kata kesat yang terlampau dalam blognya. Memang BLOG INI melakukan kelainan dalam BLOGnya iaitu membongkar pembohongan yang dilakukan oleh manusia rakus lagi dusta. Satu tindakan yang baik bagi menyedarkan masyarakat kita yang sememangnya mudah diperalat, dipengaruh, dihasut dan ditipu. Tetapi kita tidak setuju dengan penggunaan bahasa kesat yang terlampau. Pemilik BLOG INI hendaklah ingat bahawa anda mungkin tersalah langkah semasa membuat siasatan. Sebagai contoh, Pemilik BLOG INI hendaklah membuat siasatan terperinci sebelum membuat kesimpulan. Dalam kisah biji aprikot pahit mampu menyembuhkan barah, Pemilik BLOG INI membuat kajian yang amat sedikit mungkin tak sampai 1/64 atau tak sampai 1/128 daripada kajian yang sepatutnya beliau buat lalu Pemilik BLOG INI terus membuat kesimpulan. Pemilik BLOG INI perlu sedar, sekiranya kesimpulan beliau salah, manakala terbukti benar biji aprikot pahit boleh menyembuhkan barah, Pemilik BLOG INI telah menafikan hak-hak pesakit barah untuk hidup Normal seperti manusia lain. Pemilik BLOG INI juga menafikan hak-hak pesakit barah untuk hidup selesa dan terlepas dari pembedahan yang menyakitkan serta membebankan serta mengurangkan kualiti hidup pesakit barah untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh, bagi barah perut, dan barah saluran makanan  bawah satu pertiga (lower one third esophagus)– esophagus perlu dipotong bersama sebahagian perut, perut ditarik keatas. Kadar kematian pembedahan ini amat tinggi, mutu hidup pula amat menyedihkan! Pesakit terpaksa makan melalui Ryles Tube selama 6 bulan, makan kanji lembut melalui tiub. Terpaksa juga menjalani fisioterapi bagi makan dan bercakap. Sebaik selepas selesai pembedahan besar yang memakan masa 10 – 24 jam, perlu menghuni Unit Rawatan Rapi ICU selama antara 3 – 7 hari! Sebaliknya, jika benar aprikot atau cara-cara menjadikan badan beralkali berkesan menyembuhkan barah, maka hak-hak pesakit untuk hidup selesa dinafikan oleh Pemilik BLOG INI. Pemilik BLOG INI nescaya menanggung dosa disebabkan penderitaan para pesakit barah. Memang diketahui Bangsa Yahudi (Selepas ini disingkatkan kepada BY sahaja) tergolong sebagai manusia rakus, dimana wang lebih penting. Jika di Sabra dan Shatilla, kanak kanak dan wanita tua boleh dicincang, halal mengunakan bom fosforus dan smart bom berangkai, tidak mustahil BY sanggup memanipulasi keputusan yang dikeluarkan oleh kajian perubatan jurnal-jurnal perubatan elit dan yang paling berpengaruh bagi semata-mata atas kepentingan wang! BY berpendapat hanya BY sahaja yang bernilai disisi Allah manakala bangsa lain adalah bangsat. Nyawa bangsa lain tidak bernilai disisi mereka! Tetapi nyawa satu orang BY adalah amat-amat berharga dan perlu sangat diselamatkan! Gabenor Bank Negara Amerika & Gabenor Bank Negara United Kingdom telah turun-temurun dikuasai oleh BY. Perniagaan besar di Amerika dan dunia dikuasai BY. Bill Gate adalah seorang yang miskin jika dibandingkan dengan BY yang kaya-raya. Namun demikian nama BY yang kaya-raya ini dirahsiakan dengan rapi dan amat teliti!  Jika Presiden Amerika pun di dalam kawalan BY, apalah yang ada pada jurnal perubatan dan FDA yang sememangnya dikawal selia dengan rapi oleh mereka? Anda wajib membaca buku-buku ini bagi mendapat pengetahuan lanjut tentang perangai, tindak-tanduk, agenda, perancangan jangka panjang, matlamat dsbnya mengenai BY:
 
  1. Agenda Yahudi menakluk Dunia – Rahsia di sebalik Rahsia - Sabaruddin Hussein.
  2. Konspirasi Yahudi – Peperangan dan Penaklukan – Sabaruddin Hussein.
  3. Gerakan Fremason Sedunia – Falsafah Fremason yang telah didedahkan dan ditolak : Harun Yahya.
  4. Gerakan Orientalisma & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah : Hj Nik Azran Muhamed & Hj Mohd Mahadi Hj Isa.
  5. Israel Kuasai Dunia – Mohd Nadzri Kamsin.
  6. Teori Konspirasi – Rahsia Simbol Yhudi . Membongkar Rahsia simbol ….. – Ibnu Yaacob – Moon Media
  7. Dll buku atau sumber yang anda elok cari sendiri…

 
Antara hujah yang mengatakan biji aprikot pahit berpotensi sebagai penawar barah adalah kisah Seniwati Dato Sarimah Ahmad. Dato Sarimah Ahmad mendapat barah tekak dan lidah yang telah merebak ke hidung dan otak iaitu sudah tahap 4. Doktor pakar hanya memberikan beliau 3 bulan untuk hidup, tetapi Dato Sarimah Ahmad enggan menjalani pembedahan, enggan menjalani kimoterapi dan enggan menjalani radioterapi sebaliknya hanya makan biji aprikot diimpot dari Mexico dan minum air zam zam dipupuk dengan doa-doa dan disertai sembahyang hajat, alhamdullillah kesihatan beliau bertambah pulih dan masih hidup sampai sekarang ( iSihat Bil 44; Julai 2011 mukasurat 17 )! Lagi hujah lain ialah kisah Datin Rahmah Mahmood yang menggunakan tumbuh tumbuhan herba dalam rawatan barah payudara ( iSihat Bil 45; Ogos 2011 mukasurat 26 - 28 ). Datin Rahmah Mahmood adalah adik ipar kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Kakak kandungnya, Datin Endon dan kembar beliau Datin Noraini, meninggal dunia awal akibat barah payudara walaupun sudah menerima rawatan perubatan terbaik dari Amerika Syarikat !!! Datin Rahmah Mahmood telah melihat sendiri penderitaan kakak-kakak kandungnya akibat diberikan kimoterapi dan radioterapi disamping mastektomi. Datin Rahmah Mahmood tidak sanggup menyaksikan kakak-kakaknya berjuang menentang barah terutamanya semasa dan selepas sesi kimoterapi. Trauma, sedih dan pilu menghantui diri manakala Datin Rahmah Mahmood adalah penerusnya! Datin Rahmah Mahmood melihat sendiri mereka terpaksa menjalani rawatan demi rawatan. Pelbagai jenis ubat ditelan. Pembedahan dilaksanakan dan diikuti pula dengan kimoterapi dan radioterapi. Datin Rahmah Mahmood terperanjat melihat perubahan fizikal yang berlaku pada Datin Endon… Selepas beberapa sesi kimoterapi, wajah Datin Endon berubah sama sekali! Arwah mengalami kesan-kesan rawatan kimoterapi yang sungguh menyiksakan! Kesannya arwah tidak sesihat ketika belum menjalani rawatan kimoterapi. Mudah mendapat jangkitan silang akibat sistem pertahanan imun badan sudah dibinasakan oleh kimoterapi. Rambutnya yang dulu lebat mula gugur, kulit bertukar kemerah merahan, kering kehitaman dan adakalanya merekah. Tatkala itu, hanya airmata yang menemani sakit yang dihadapi. Datin Rahmah Mahmood berasa sedih kerana 2 orang kakaknya berhadapan dengan penyakit barah dan kedua-duanya telah meninggal dunia. Datin Rahmah Mahmood mengambil keputusan untuk TIDAK mengambil rawatan moden (Buang payudara / kimoterapi & radioterapi) sebaliknya mengambil rawatan alternatif berasaskan herba yang diamalkan oleh seorang doktor di Melbourne Australia. Teknik berasaskan herba oleh Dr Soultanov dari Rusia. Hari demi hari, Datin Rahmah Mahmood berasa lebih sihat dan semakin segar. Beliau berasa amat bersyukur apabila disahkan bebas dari barah payudara apabila menjalani pemeriksaan kesihatan dan bertambah yakin dengan kaedah rawatan alternatif yang dijalankan.

Pemilik BLOG INI, ingatlah bahawa jika barah telah mencapai tahap 4, tidak ada seorang pakar yang terbaik dari seluruh dunia DAN juga tidak ada kimoterapi / radioterapi terbaik yang mampu merawatnya. Apabila pembedahan tidak dapat dijalankan lagi, kimoterapi  dan radioterapi adalah bertujuan palliative sahaja. Tetapi kenapa Dato Sarimah Ahmad semakin segar dan semakin sihat akibat perubatan alternatif?  Jawapannya tidak perlulah kita bergaduh sesama sendiri kerana Allah menyuruh manusia itu berfikir. Ada satu pihak mengatakan biji aprikot pahit berpotensi menyembuhkan barah dalam dos intravena dan pengambilan waktu yang tepat manakala di pihak lain menyangkalnya serta menegaskan aprikot beracun (mengandungi Sianida). Maka tanggungjawab terletak kepada kerajaan pemerintah bagi melaksanakan kajian dengan mengembleng segala kepakaran bioteknoloji yang ada di Universiti seperti di Universiti Pertanian, FRIM, Institut hutan Negara dsbnya. Badan inibertanggungjawab mengkaji sebatian laetril yang diperkatakan dengan membuktikannya keberkesannya dengan binatang makmal seperti tikus. Sekiranya Laetril dan amygdaline atau Vitamin B17 terbukti berkesan membunuh sel kanser pada binatang; LD50 (Lethal Dose 50) – di mana 50 peratus binatang makmal mati perlu ditentukan. Juga NOAEL dan LOAEL perlu ditentukan sebelum dimasukkan ke dalam formula di mana selamat dan paling optima bagi digunakan untuk manusia. Jika aprikot mengandungi Sianida, kimoterapi dan radioterapi adalah lagi buruk kesannya daripada kesan sianida Aprikot kerana sianida aprikot adalah kimia semulajadi manakala sianida digunakan dalam perang dunia kedua adalah dari kimia sintetik. Sama isunya dengan garam biasa Sodium Chloride NaCl yang akan dibincangkan. Sekiranya kajian para pakar bioteknoloji menunjukkan memang benar aprikot berbahaya kepada manusia, ,maka barulah pengilang aprikot ini ditangkap dan dikenakan tindakan mahkamah kerana menipu! Ini selaras dengan saranan Allah agar kita yang dijadikan khalifah di mukabumi juga hendaklah menjadi sebaik-baik hakim iaitu dengan membuat kajian terperinci serta menyeluruh sebelum mengatakan sesuatu produk aprikot itu berbahaya serta tidak berguna kepada tubuh manusia. Kita tidak boleh bersandarkan kepada penyelidikan dari luar Negara kerana terbukti pusat penyelidikan di luar sana dikawalselia dengan rapi oleh BY yang bermatlamatkan hanya mengejar keuntungan wang duniawi semata-mata.

 

Sebenarnya garam biasa pun beracun. Garam terdiri dari sebatian Sodium Chloride. Sodium adalah unsur Natrium yang bertindak balas ganas dengan air menghasilkan Sodium Hidroksida iaitu alkali pekat yang berbahaya kepada manusia. Sedangkan Chloride adalah ion Cl- . Asalnya adalah dari gas Klorin Cl2. Gas Klorin adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian mengejut! Dalam dos kecil, Gas Klorin merengsa rongga pernafasan kerana ia larut dalam cecair mukosa menjadi asid hidroklorik! Jika tidak percaya, tanyalah mereka yang bekerja di loji pembersihan air minuman kerana Klorin digunakan di situ bagi membunuh organisma patogenik! Yang perlu difikirkan kenapa garam iaitu sebatian Sodium Klorida tidak berbahaya kepada kita dalam kuantiti kecil… Sebenarnya meminum air mineral terlampau banyak sekalipun boleh menyebabkan kematian manusia!

Diulang tegas sekali lagi, bahawasanya tanggungjawab kerajaan pemerintah melakukan kajian terperinci samaada biji aprikot pahit bermanfaat kepada kesihatan manusia atau tidak. Samaada terbukti melalui kajian terperinci biji aprikot pahit bermanfaat kepada kesihatan manusia atau sekiranya terbukti melalui kajian terperinci biji aprikot pahit membinasakan kesihatan manusia, kerajaan pemerintah bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya.

 
Pssst : Sekiranya benar biji aprikot ini beracun sianida kenapa semut merah suka memakannya ??? Binatang dan serangga telah diciptakan Allah amat peka kepada racun kerana mereka tiada internet atau buku atau safety protocol untuk dibaca!! Di rumah saya banyak sekali semut yang mengemari biji aprikot ini !!! Plastik pembungkus biji aprikot pun habis tembuk berlubang lubang disebabkan sang semut mahu makan juga biji aprikot yang dikatakan bersianida ini !!! CMP 1.52am 11 02 2013
 

Pssst 2: Artikel di atas sebenarnya telah ada ku ujudkan pada tarikh 15 12 2011 dan telah dipadamkan BUKAN olehku. Siapa yang memadamnya sudah tentu berkebolehan di dalam IT. Hari ini ia diterbitkan semula bagi menjadi pengajaran kepada kita semua !!! Hidup ini sekejap aja. Entah esok, entah lusa , entahkan sekejap lagi, kamu akan mati! Jadi tak payahlah padamkan atau sabotaj blog orang lain yang memberi faedah kepada manusia lain. Terima kasih atas kerjasama tuan ...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.