Isnin, 26 November 2012

Sotong Kering Ada Cadmium


Sotong Kering Ada Cadmium

Sotong kering ni boleh buat bermacam-macam jenis masakan yang lazat-lazat seperti Sambal Sotong Kering, Nasi kerabu tabur dengan sotong kering atau diratah begitu saja dengan sos atau tanpa sos. Tetapi tahukah anda bahawa sotong kering ini amat berbahaya untuk kesihatan kerana ia mengandungi logam toksik kadmium, bahan yang sama digunakan untuk membuat bateri, plastik dan baja fosfat? Akhbar The Star pada 29 September melaporkan berita Dried cuttlefish contaminated with cadmium: CAP yang mendedahkan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mengenai hasil kajian yang dilakukan oleh CAP. En Idris berkata CAP dapat membuktikan perkara ini melalui ujian rawak yang dilakukannya ke atas enam sampel sotong kering di mana lima daripadanya mengandungi kadmium sementara tiga daripadanya mempunyai kandungan kadmium secara berlebihan. Kesan pengambilan kadmium menurut CAP, mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara dan kanser prostat serta penyakit buah pinggang yg menyebabkan manusia perlu dialisis.

Berita Kosmo! 30 September melaporkan perkara yang sama. Berita Harian (30 September) juga melaporkan perkara yang sama: CAP dakwa sotong kering beracun. Namun demikian dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bernama: Sotong kering masih selamat dimakan, mengambil pendapat Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Pn Noraini Mohd Othman yang menyatakan kandungan kadmium dalam sotong kering masih pada paras selamat untuk dimakan. "Setakat ini kita mendapati produk makanan laut masih selamat. Berdasarkan hasil pemantauan melalui sampel yang diuji, kurang daripada satu peratus produk makanan laut positif kadmium," Noraini berkata.  Kata Pn Noraini Mohd Othman lagi, hasil pemantauan dari Januari hingga Jun tahun ini mendapati sebanyak 12 atau (0.86 peratus) daripada 1,372 sampel yang diambil dikesan positif untuk kadmium iaitu kandungan antara 1.1 hingga 10.75 ppm. Antara sampel yang diuji termasuk udang harimau (2 sampel), sotong kering (2 sampel), ikan bilis (3 sampel), ikan tuna (1 sampel), ikan hake (1 sampel), rumpai laut berperisa (2 sampel) dan kepala sotong kering (1 sampel). "Tahun lalu pula daripada 1,205 sampel makanan laut yang diuji cuma lima sampel (0.57 peratus) iaitu rumpai laut kering yang mengandungi antara 1.58 hingga 1.82 ppm kadmium iaitu melebihi paras yang dibenarkan," katanya.

Menurut ACGIH (American Government Conference of Industrial Hygienist) tiada paras yang dibenarkan bagi sebarang logam berat adalah selamat!!! Pendek kata zero exposure terhadap barang toksik atau logam berat adalah yang dicita citakan kerana paras minima maksudnya anda ada sedikit tertelan kadmium. Logam berat bersifat bioaccumulative atau sikit sikit lama lama jadi bukit!! Justeru Peraturan 38 (1A), peraturan2 makanan 1985 (Jadual 14) perlu disemak semula kerana paras maksimum logam kadmium berada dalam makanan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 1 mg / kg. Kenapa paras maksimum ini tidak diminimakan kepada 0.0000000001 mg/kg? atau hingga tiada langsung logam berat dalam makanan? bukankah itu lebih baik?

Namun begitu Puan Noraini Mohd Othman sebenarnya bukan seorang pegawai yang benar benar mampu memberikan komen tentang kesan toksik sebarang logam berat terhadap kesihatan manusia! Kesan toksik atau kesan buruk kepada kesihatan manusia sepatutnya diberi pendapat oleh samaada seorang toxicologist, chemical pathologists atau seorang biochemist!!  Jadi yang mana satu pendapat yang ingin anda pakai, terserah kepada akal, penilaian dan kebijaksanaan kita masing-masing. Allah menyuruh manusia berfikir. Jadi gunakan akal anugerah Allah itu sebaik baiknya. Buat kajian terperinci sebelum anda membuat sebarang keputusan. Untuk mengetahui lebih lanjut bahaya dan kesan kadmium ke atas manusia baca disini

Kenyataan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) yang mendedahkan bahawa sotong kering dan rumpai laut tidak selamat dimakan kerana mengandungi logam kadmium. Bahan kadmium dikatakan digunakan di dalam pembuatan bateri, plastik dan baja fosfat. Presiden CAP juga menyatakan bahawa logam berkenaan juga dikesan di dalam tiram, ikan bilis dan udang. Kadmium juga dikatakan bahan yang boleh mencetuskan kanser, penyakit buah pinggang dan penyakit hati.

Sotong kering yang diuji dikatakan mengandungi 4 kali ganda kadmium melebihi daripada yang dibenarkan. Kajian yang telah dijalankan terhadap sampel sotong kering mendapati 5 sampel mengandungi kadmium manakala 3 lagi sampel mengandungi logam berkenaan secara berlebihan. Kenyataan akhbar berkenaan telah mengejutkan peminat-peminat sotong kering. Banyak blog dan laman-laman peribadi telah mengulas isu ini. Tidak kurang juga yang membuat link bagi kenyataan akhbar berkenaan. Hampir semua ulasan dan catatan laman berkenaan seolah-oleh memberi signal iaitu memakan sotong kering boleh mengundang bahaya.

Tindakan ke atas penjual makanan

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 1 Okt. – Kementerian Kesihatan akan terus mengambil tindakan ke atas pihak yang menjual makanan laut mengandungi paras kadmium melebihi had ditetapkan. Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Noraini Mohd. Othman berkata, di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 paras kadmium yang dibenarkan dalam makanan laut tidak melebihi 1.00 bahagian persejuta (ppm) atau miligram/kilogram.
Katanya, mereka yang disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Hasil pemantauan sejak enam bulan pertama tahun ini mendapati daripada 1,372 sampel yang diambil, 12 (0.86 peratus) didapati positif kadmium (antara 1.1-10.75 ppm),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Noraini memberikan reaksi demikian sebagai mengulas pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mengesan kehadiran kadmium dalam makanan laut seperti dilaporkan dalam akhbar utama semalam. Menurutnya, sampel yang diperiksa itu adalah udang harimau, sotong kering, ikan bilis, ikan tuna, ikan hake, rumpai laut berperisa dan kepala sotong kering. Tambahnya, pada 2007, daripada 1,397 sampel ikan dan hasilan ikan yang diperiksa hanya lapan didapati positif kadmium iaitu baby clams, ikan bilis kering, ikan nyok-nyok, sotong katak dan ikan masin.
Jelasnya, kadmium merupakan sejenis logam berat yang boleh hadir secara semula jadi dalam udara, air dan tanah tetapi pada kuantiti yang kecil sahaja. “Kadmium tidak terurai dan akan berkumpul mengikut masa. Pembakaran bahan buangan dari rumah atau industri, pembakaran arang batu dan minyak boleh melepaskan kadmium dalam udara. “Ia juga boleh dihasilkan daripada asap kenderaan, penghasilan bateri dan cat, industri pemprosesan logam, pengangkutan dan pembuangan sampah,” katanya. Menurut Noraini, kesan sampingan kadmium terbahagi kepada dua iaitu jangka pendek yang mana seseorang itu akan mengalami tanda-tanda demam, sakit kepala, berpeluh berlebihan, otot menggigil dan keresahan. “Kesan jangka panjang keracunan kadmium yang teruk boleh menyebabkan kanser paru-paru, payu dara dan prostat selain menyebabkan fungsi buah pinggang dan hati tidak teratur bagi pesakit buah pinggang dan hati,” katanya. Sehubungan itu, kementerian akan terus memantau kadmium dalam produk makanan demi menjamin kesihatan pengguna.

Kadmium

Sifat unsur kadmium adalah berkilau, warna perak putih, mulur, logam yang sangat mudah ditempa. Permukaannya mempunyai semburat kebiruan. Kadmium logam lembut sehingga boleh dipotong dengan pisau, tetapi ia merosak di udara. Kadmium larut dalam asid tetapi tidak dalam alkali. Kadmium menyerupai banyak aspek seperti zink tetapi kadmium membentuk sebatian yang lebih kompleks.

Permohonan

Kira-kira tiga perempat daripada kadmium digunakan dalam bateri Ni-Cd. Satu perempat kadmium digunakan untuk membuat pigmen, pelapis dan saduran, dan sebagai penstabil untuk plastik. Cadmium telah digunakan terutamanya untuk saduran listrik keluli di mana filem kadmium hanya setebal 0.05 mm akan memberi perlindungan lengkap terhadap air laut. Kadmium mempunyai keupayaan untuk menyerap neutron, jadi ia digunakan juga sebagai penghalang untuk mengawal pembelahan nuklear.

Kadmium dalam alam sekitar

Kadmium selalunya boleh didapati ujud dalam kerak bumi. Ia sentiasa ujud dengan bergabung dengan unsur zink. Kadmium juga diguna dalam industri produk-pengekstrakan zink, plumbum dan tembaga. Kadmium memasuki alam sekitar terutamanya melalui tanah, kerana ia boleh dijumpai dalam baja dan racun perosak. Secara semula jadi, jumlah kadmium yang dibebaskan ke alam sekitar sangat besar, kira-kira 25,000 tan setahun. Kebanyakkan unsur kadmium dilepaskan ke dalam sungai melalui penggondolan hutan untuk buat lebuh raya, pembalakkan, tanam sawit, perumahan, luluhawa batuan dsbnya; Kadmium juga dilepaskan ke udara melalui kebakaran hutan dan letupan gunung berapi. Selebihnya, kadmium dilepaskan melalui aktiviti manusia, seperti industri pembuatan. Tiada bijih kadmium dilombong untuk logam, kerana unsur kadmium boleh didapati atau dihasilkan sebagai hasil sampingan peleburan zink daripada bijih, sphelerite (ZnS), di mana Cds adalah bendasing yang penting, terhasil sebanyak 3%. Akibatnya, kawasan perlombongan utama yang berkaitan dengan zink. Pengeluaran kadmium dunia adalah sekitar 14,000 tan setahun, negara pengeluar utama Kadmium ialah Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Mexico, Jepun dan Peru.

Kesan kesihatan kadmium

Manusia mengambil kadmium melalui makanan. Bahan makanan yang kaya dengan kadmium akan menambah atau meningkatkan kandungan kadmium dalam badan manusia. Contoh makanan ada mengandungi Kadmium adalah sotong kering, hati, cendawan, kerang, kupang, serbuk koko dan rumpai laut kering. Pendedahan kepada tahap kadmium sangat tinggi berlaku apabila orang merokok. Asap tembakau mengangkut kadmium ke dalam paru-paru. Darah akan mengangkut kadmium ke seluruh badan di mana ia boleh meningkatkan kesan oleh potentiating kadmium yang sudah ada dari pemakanan  makanan kaya kadmium.

Pendedahan Kadmium yang tinggi cara lain boleh berlaku kepada orang-orang yang tinggal berhampiran tapak sisa kilang berbahaya atau pelepasan kadmium ke udara dan orang-orang yang bekerja di dalam industri penapisan logam. Apabila manusia bernafas di dalam udara berkadmium boleh merosakkan paru-paru. Ini mungkin menyebabkan kematian. Kadmium mula diangkut ke hati melalui darah. Di sana, ia melekat kepada protein untuk membentuk kompleks yang diangkut ke buah pinggang. Kadmium berkumpul di dalam buah pinggang, di mana ia boleh merosakkan mekanisma penapisan buah pinggang. Ini menyebabkan rencatan perkumuhan protein dan gula dari tubuh dan kerosakan buah pinggang lebih melarat. Kadmium mengambil masa yang sangat lama sebelum kadmium yang telah terkumpul di buah pinggang dapat keluar dari tubuh manusia.

Kesan kesihatan disebabkan oleh kadmium:

  1. Cirit-birit, sakit perut dan muntah yang teruk
  2. Patah tulang
  3. Merosakkan baka / DNA
  4. Kegagalan organ pembiakan
  5. Kemandulan
  6. Rosak otak / sistem saraf pusat
  7. Sistem imun rosak
  8. Gangguan psikologi
  9. Perkembangan sel kanser

Kesan alam sekitar kadmium

Aliran sisa Kadmium dari industri berakhir di tanah. Punca-punca pencemaran sungai ini adalah dari sisa pengeluaran zink Contohnya, fosfat implikasi bijih dan tahi industri bio. Aliran sisa kadmium juga boleh memasuki udara melalui (isi rumah) pembakaran sisa dan pembakaran bahan api fosil. Kerana peraturan hanya kadmium sedikit kini memasuki air melalui penjualan air sisa dari isi rumah atau industri.

Satu lagi sumber penting pelepasan kadmium ke alam sekitar adalah penggunaan baja fosfat tiruan. Sebahagian daripada kadmium yang berakhir di dalam tanah selepas baja yang dikenakan ke atas tanah ladang dan lain kadmium berakhir di perairan permukaan apabila sisa dari pengeluaran baja dibuang oleh syarikat-syarikat pengeluar.

Kadmium boleh diangkut lebih jauh apabila ia diserap dan bergabung dengan  enapcemar. Enapcemar yg kaya dengan kadmium ini boleh mencemarkan air di permukaan bumi serta air di bawah tanah. Kadmium kuat bergabung (adsorbs) dengan bahan organik dalam tanah.

Apabila kadmium hadir dalam tanah, ia boleh menjadi amat berbahaya, kerana pengambilan unsur kadmium melalui makanan akan meningkat. Tanah yang berasid meningkatkan pengambilan kadmium oleh akar tumbuh-tumbuhan. Ini adalah potensi bahaya untuk haiwan yang bergantung kepada tumbuhan untuk hidup. Kadmium berupaya terkumpul dalam badan haiwan, terutama apabila haiwan makan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang tercemar dengan kadmium. Lembu mungkin mempunyai jumlah kadmium yang tinggi dalam buah pinggang lembu seperti penerangan ini.

Cacing tanah dan lain-lain organisma tanah didapati sangat peka kepada kehadiran kadmium. Cacing tanah dan lain-lain organisma tanah boleh mati pada kepekatan kadmium yang sangat rendah dan ini mempunyai kesan untuk struktur tanah.

Apabila kepekatan kadmium dalam tanah adalah tinggi, mereka boleh mempengaruhi proses microrganisma tanah dan mengancam seluruh ekosistem tanah. Dalam ekosistem akuatik bio-kadmium boleh berkumpul di dalam kepah, kupang, kerang, siput sedut, lala, remis, mentarang, tiram, ketam, lobster, udang lipan, udang dan ikan. Kerentanan kepada kadmium adalah berbeza beza antara organisma akuatik. Binatang atau hidupan laut dikenalpasti berupaya lebih tahan kepada keracunan kadmium berbanding hidupan air tawar. Manusia yang makan atau minum makanan tercemar dengan unsur kadmium boleh mendapat tekanan darah tinggi, penyakit hati, rosak saraf, rosak buah pinggang atau rosak otak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.