Rakyat Singapura panjang umur
Singapura: Singapura mencatat kadar
jangkaan hayat keempat terbaik di dunia berdasarkan data dikeluarkan Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO), semalam. Menurut maklumat agensi itu, kadar
purata jangka hayat ketika lahir adalah 82 tahun pada 2011, menjadikan ia
setaraf dengan Itali. Kadar jangkaan hayat wanita di Singapura ialah 85 tahun,
manakala lelaki 80 tahun.
Tiga tempat teratas adalah Jepun dengan
jangka hayat bagi wanita ialah 86 tahun berbanding lelaki 82 tahun diikuti
Switzerland dan San Marino. Ketiga-tiga negara itu mencatatkan kadar jangka
hayat 83 tahun, jauh lebih tinggi berbanding kadar global iaitu 70 tahun. Sementara itu, Sierra Leone berada di
tempat terbawah dengan 47 tahun. Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock,
Prof Chia Kee Seng berkata, Singapura perlu memberi tumpuan kepada peningkatan
taraf hidup lebih meluas dengan mencegah penyakit kronik kerana ia boleh melembapkan
kemajuan. Laporan WHO itu turut membandingkan
kadar jangka hayat semasa berbanding data pada 1990 dan 2000. Pada 1990,
Singapura berada di kedudukan ke-29 dengan purata kadar jangka hayat 75 tahun.
P/S: Kat Singapura, rakyat dia celik
dan cerdik2.... Walaupun penduduknya sangat padat, tiada banyak berlaku
pencemaran makanan, plastik, alam sekitar dsbnya berlaku di sana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.