Ahad, 15 April 2012

POKOK BELALAI GAJAH

POKOK BELALAI GAJAH / SABAH SNAKE GRASS/Clinathanus/Pepina
Malaysia mempunyai ikhlim yang panas dan mempunyai jumlah hujan yang tinggi dan sesuai dengan pelbagai tanaman antaranya banyak herba. Satu antara beribu-ribu jenis herba yang boleh didapati di Malaysia ialah Clinacanthus Nutans (Burm. F.) Lindau atau Belalai Gajah yang dipercayai boleh mengubati penyakit kanser jika tidak pun sekurang-kurangnya boleh melegakan kesakitan akibat kanser. Boleh sembuh 100% atau tidak terpulanglah kepada tuhan. Daripada maklumbalas yang kami terima kami dapati kebanyakan yang makan herba ini mempunyai kesan yang memuaskan. Keratan batang yang diasingkan daun disiapkan untuk ditanam. Tanah yang dicampur dengan kompos (baja organik) dan pasir sungai di masukkan ke dalam polibeg. Bagi orang yang hendak hantar ke luar negara kami syorkan pakai teh uncang daun pokok Belalai Gajah. Kesannya sama dengan daun segar. Seorang wanita yang comel datang untuk membeli teh uncang untuk dihantar ke Perth, Australia kerana ibunya mengidap kanser peringkat ke4 dan kanser telah merebak kepada beberapa organ dalam tubuh. Selepas minum teh daun belalai gajah untuk 9 hari sel kanser telah kurang separuh.
Pada hari ketiga Tahun Baru Cina Sifu Tiang Koon Cheong dan saya ambil kesempatan untuk melawat En. Low dari Taiping yang telah pulih daripada barah kanser sejak tahun 2009 setelah memakan daun Belalai Gajah. Sejak itu beliau telah tanam Pokok Belalai Gajah dengan agak banyak juga di hadapan rumahnya di Taiping. Setelah sembuh memakan daun Belalai Gajah, beliau telah tanam banyak Pokok Belalai Gajah di hadapan rumahnya untuk diberi percuma kepada orang yang sakit kanser yang datang ke rumahnya. Kami berada di rumahnya selama 4 berkongsi maklumat berkenaan dengan daun Belalai Gajah. Beliau telah menceritakan sebilangan pesakit yang telah sembuh setelah memakan daun belalai gajah yang diberinya. Kini beliau telah banyak menerima panggilan telefon dari semua lapisan rakyat daripada Malaysia dan luar negara.

Sudah beberapa bulan yang lalu, terdapat juga ramai orang yang masih datang ke Taman Herba Tropika YPL di Batu 7, Jalan Jelebu, Pantai, Seremban, N.S.. Mereka datang dari seluruh Malaysia semata-mata untuk mencari herba Belalai Gajah untuk mengubati barah kanser. Sebahagian daripada pelawat ini adalah yang datang semula kerana dapati ia berkesan untuk barah kanser dan terus sambung makan bagi pesakit dan ada juga yang datang pertama kali. Walaupun permintaan daripada orangramai masih ramai kami sedia ada daun Belalai Gajah kerana kami ada supplier yang membekalkan kepada kami. Sekarang kami tidak terhad amaun yang boleh di beli oleh se-seorang kerana bekalan kami mencukupi buat masa sekarang (22-08-2011). Selain daripada daun Belalai Gajah, kami juga ada menjual anak pokoknya dalam polibeg yang berharga RM10.00 se polibeg.
Pokok Belalai Gajah boleh ditanam dalam polibeg yang besar, dalam pasu atau di dalam tanah. Pokok ini senang ditanam dan dijaga. Pokok ini suka tanah gembur yang kaya dengan baja asli (kompos - tahi ayam, tahi kambing dsb.nya.) Ia perlu di siram sekurang-kurang nya sekali sehari pada mulanya. Ia hendaklah ditanam di tempat yang teduh (kurang cahaya matahari).
Bagi pesakit yang telah makan daun Belalai Gajah dan masih tidak dapat kesan yang baik, mungkin mereka makan sekali sahaja dalam sehari. Saya menggalakkan makan dua kali sehari. Saya dapati respon daripada orang yang makan dua kali sehari adalah lebih baik daripada orang yang makan sekali sahaja, walaupun mereka makan banyak ; sehingga 150 helai daun sehari.  Saya menggalakkan memakan 50 helai daun sekali kerana ia pun mencukupi. Jangan membazir kerana di seluruh Malaysia kekurangan daun SSG (Sabah Snake Grass) ini.
Di atas terdapat gambar pokok Jarum Tujuh Bilah. Kami pernah dapat berita yang ramai telah pulih kerana tambah 2 helai daun Jarum Tujuh Bilah ke dalam mesin blender bersama 50 daun belalai gajah, sebiji epal hijau dan jus daripada 1/2 biji lemon (pilihan). Semoga semua pesakit dapat pulih. Sekian, terima kasih.

Bagi semua pesakit kanser samada peringkat 1 hingga peringkat 4, saya syorkan kamu cuba makan/minum daun Belalai Gajah. Samada anda hendaklah mencari rawatan barat (pembedahan/kimoterapi/radioterapi) terpulanglah kepada anda. Kamu hendaklah buat keputusan sendiri. Orang yang masih menjalankan terapi juga boleh makan daun Belalai Gajah ini. Setahu saya pokok Belalai Gajah ini tiada bahan toksik dan tidak bercanggah dengan rawatan ubat barat. Samada anda hendak cuba herba yang ajaib ini terpulanglah kepada anda. Saya panggil herba ini sebagai "Anugerah Daripada Tuhan" untuk menyelamat manusia dan kesengsaraannya. Semoga semua pesakit dapat pulih daripada penyakit kansernya.

1. Basuh 100 helai Daun Belalai Gajah.
2. Cuci dan belah sebiji epal hijau dan buang bijinya.
3. Perahkan 1/2 buah lemon dan ambil jusnya (pilihan). Masukkan semuanya ke dalam sebuah mesin pengisar (blender).
4. Tuangkan segelas air ke dalammesin pengisar (blender).
5. Mengisar (blend) kandungan dalam mesin pengisar (blender) dan minum terus bersama serabut (fiber), sekali sebelum sarapan pagi dan sekali lagi pada waktumalam.

Testimoni pesakit:

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja. Sila sebarkan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan tentang pokok Belalai Gajah ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya. Tengok laporan tentang penyembuhan penyakit kanser ini dan cara untuk makan daunnya. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja. Sekian . Wasallam

Sabah Snake Grass .. Good News!!!
Recently, I met a man who had Lymphatic Cancer - Stage 4 with 123 lymph nodes affected. His cancer started in March 2008. Affected parts: 1st: Right lung, 2nd: Left lung, 3rd: Groin, 4th: Eye and 5th Mouth. After 9 chemo therapies he stopped the treatment on 10/11/2008 because 5 specialists said he can only survive for 3 months. Today, after more than 2 years, he has recovered and is still living. Thanks to the Sabah Snake Grass (Clinacanthus) which he planted outside his house. He blended the leaves with green apple (minus skin and seeds) and drank them after breakfast everyday.

After 3 days, 6 tumours disappeared.
After 13 days, he went for a blood test. The oncologist said that he was 96% cured.
So far more than 200 people who had taken the herbs showed improvement.


Case 1) Man - age 54 - Lung Cancer: 3rd stage.
Chemotherapy 6 times . Tumour before taking Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm. Tumour two weeks after taking Sabah Snake Grass reduced to 20mm, 27mm, 67mm respectively.

Case 2) Woman - Uterus cancer – tumour size 6cm
Scheduled for surgery. After taking SSG, reduced to 3.5cm. Doctor said no need to operate. Continue taking the SSG, the tumour disappeared.

Case 3) Man - Prostate Cancer
After taking SSG for 11 days, the tumour disappeared.

Case 4) Woman from KL - Breast and Lung Cancer
Both breasts removed - 4 stage. Very weak, cannot eat, on drip and lying in hospital. Family member poured SSG juice into her mouth through tube. After a few days, could eat and was discharged. 28 days later was all tumours disappeared.

Case 5) Woman from Taiping
Breast Cancer
After taking SSG for 3 days, the wound dried up.

Case 6) Leukemia Patients
So far 4 cases have been cured after drinking SSG juice.
They also drank juice from 3 leaves of Guo Sai Por
(Ti Tham Tou) once per week.

Case 7) Dialysis Patients
After taking SSG for 10 days, stopped going for dialysis treatment.

Case 8) Patients with High Cholesterol, High Blood, High Uric Acid and Diabetes
After taking SSG, the conditions improved.

Number of leaves used for treatment for Cancer:
Stage 1 : 30 leaves everyday
Stage 2 : 60 leaves everyday
Stage 3 : 100 leaves everyday
Stage 4 : 150 – 200 leaves everyday
When the patients get better, reduce the number of leaves.

Direction for juicing SSG
a) Pour half cup of clean water in a blender
b) Add 1 or 2 ice cubes to prevent heating during blending
c) Add 1 quarter of lemon or half a lime juice (provide Vitamin C and prevent oxidization )
d) Wash the required fresh SSG leaves and put them into the blender
e) Peel a green apple and remove the core/seeds
f ) Cut the apple into 8 pieces
g) Put in the pieces of apple
h) Blend and drink immediately or within 5 minutes. (consume daily)
I ) If your body is "cooling" add a few slices of ginger or drink warming herbs

I stay in Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Malaysia. If you have problem getting the SSG, email or sms me. I can get them from Seremban. You only need to pay for my transportation from KL to Seremban and back, cost of the plants and postage if necessary. I need your name, address, h/p no. and the patient's condition and type of cancer. (No tel penanam pokok ini belum diperolehi lagi. Boleh rujuk pokok ini dengan jabatan pertanian yang berdekatan tentang pokok ini).

Food to avoid : Sugar and products made with sugar, kembong fish, ray fish, 7 angled-fish, chicken meat, duck meat, yam, glutenous rice, margarine, durians, bird nest, ginseng and other rejuvenating herbs.

Besides SSG, papaya, apricot seeds, lemon grass, wheat grass, petawali, hempedu bumi, pucuk betik, pucuk ubi and many types of fresh raw vegetable and fruit juices can also be used for treating cancer. I believe all chronic diseases can be cured with the combination of detoxification, maintaing blood Ph 7.35-7.4, increasing body oxygen, eating natural nutrients and herbs, a healthy lifestyle and good eating habits.There are quite a number of patients with cancer and other chronic diseases recovering and got cured based on my coaching above and natural treatments.

Sejarah penggunaan

Nama pokok tanaman herba ini dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan nama tempatan dipanggil sebagai Pokok Belalai Gajah atau Gendis. Tidak jelas bilakah pokok ini menjadi terkenal kepada umum, tetapi mula diperkatakan dalam tahun 2005, yang pastinya mengikut cerita dari mulut ke mulut pokok ini diberi nama Sabah Snake Grass berdasarkan pada cerita yang mengesahkan seorang pelabur dari Pulau Ketam datang ke Sabah untuk mencari tempat yang sesuai bercucuk tanam tanaman pokok herba, bersama dengannya ada sejenis pokok yang dipercayai dapat menghalau ular. Bila pelaburan tanaman pokok herba gagal dan tidak mendapat sambutan, dia meninggalkan tempat itu dengan meninggalkan semua tanaman, tanaman ini kemudiannya di beri nama sebagai Rumput atau pokok Ular olih penduduk setempat. Tanaman ini juga digunakan secara meluas di Thailand sebagai rawatan gigitan ular atau apa sahaja jenis serangga berbisa dan juga digunakan sebagai ubat gatal dan ubat rawatan kulit bertoksik. Di Sabah, ia juga digunakan sebagai herba rawatan buah pinggang dan ia juga dikenali sebagai pokok buah pinggang, didalam bahasa cina ia digelar “Shen Cao” minuman dari perahan daun segar atau melalui rendaman dalam air panas (seperti teh) diminum untuk membuang biasa dan racun dari dalam buah pinggang. Jus perahan menggandungi Chlorophyll yang membantu dalam membuang toksik.

Punca Kanser

Perkataan Ketumbuhan dan kanser adalah menakut. Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.

Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.

2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.

Pengesahan Penyakit Kanser

Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain.

Kaedah Rawatan Kanser

Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser.

Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik.

Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar.

Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah diberi tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.
Tulisan ini dituju kepada pembaca tempatan di Malaysia, bagaimana pun informasi ini berguna kepada sesiapa sahaja walau dimana seseorang itu berada. Herba untuk rawatan kanser ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang, begitu juga dengan apa sahaja ramuan herba yang lain. Bagus untuk saya tidak semestinya bagus untuk orang lain, setiap seseorang itu berbeza dan keadaan penyakitnya juga berbeza. Maka apa yang diturunkan hanya sekadar berkongsi maklumat dan pilihan mudah mudahan mereka yang membaca tulisan ini mendapat manafaat dari maklumat seperti ini.

Kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan dalam ruangan internet berkenaan pesakit penyakit kanser dan bagaimana ia sembuh darinya walaupun telah disahkan bahawa dia tidak mungkin bertahan selama 3 bulan disebabkan kansernya telah memasuki tahap 4. Di petik dari kata seorang penulis yang pernah bertemu dengan seorang pesakit yang terkena kanser pada tahun 2008, dia menghadapi penyakit kanser Lymphatic tahap 4 dengan 123 tempat lymph nodes. Bahagian yang terjangkit adalah 1. Paru paru kanan 2. Paru paru kiri 3. Kelangkang 4. Mata dan 5. Mulut. Selepas menggambil 9 kali rawatan kimo dia berhenti rawatan pada 10/11/2008 kerana dia telah dinasihati olih 5 orang pakar yang beliau hanya dapat bertahan selama 3 bulan. Kini setelah lebih 2 tahun dia maseh segar dan telah sembuh sepenuhnya. Bila ditanya bagaimana dia sembuh, katanya setiap hari selepas sarapan dia akan mengisar daun pokok belalai gajah dengan buah apel hijau (tanpa kulit dan biji) dan minum, selepasa hari ke tiga (3) 6 bonggolan hilang dan selepas 13 hari dia keklinik menjalani pemereksaan darah berkata Oncologist dia telah sembuh 96%. Dia maseh menanam pokok Belali Gajah (SSG) dihalaman rumahnya.
PERAKUAN PESAKIT KANSER

Lebih dari 200 pesakit telah menggambil herba ini dan menunjuk kesembuhan. Diantara contoh kes yang berlaku seperti berikut:

Kes 1) Lelaki - Umur 54 tahun
Kanser Paru (Lung Cancer): Tahap 3.
Rawatan Kimo (Chemothrapy) 6 kali.
Ketumbuhan (Tumour) sebelum menggambil Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm.
Ketumbuhan selepas dua minggu menggambil Sabah Snake Grass, mengecut kepada 20mm, 27mm, 67mm

Kes 2) Wanita – Umur
Kanser Uterus – Sais ketumbuhan 6cm
Telah diijadualkan untuk pebedahan, setelah penggambilan SSG, surut kepada 3.5cm.
Doctor kata tidak perlu dibedah. Terus penggambilan minuman SSG, ketumbuhan hilang.

Kes 3) Lelaki
Kanser Prostate
Setelah penggambilan SSG selama 11 hari ketumbuhan hilang. .

Kes 4) Wanita dari KL
Kanser payudara dan paru paru
Pembuangan kedua dua payudara – Tahap 4
Amat lemah, tidak boleh makan, bergantung kepada IV (drip) dan terbaring dikatil hospital.
Ahli keluarga memberi minuman jus SSG menggunakan tube kemulut.
Selepas beberapa hari pesakit telah mampu untuk makan dan dikeluarkan dari hospital.
Pada hari ke 28 semua ketumbuhan telah susut dan hilang.

Kes 5) Wanita dari Taiping
Kanser payudara
Setelah menggambil minuman SSG pada hari ke 3 kudis kanser kering dan sembuh.

Kes 6) Pesakit Leukemia
4 kes pesakit Leukemia telah sembuh setlah menggambil minuman jus SSG.
Mereka juga menggamal penggambilan 3 helai daun Guo Sai Por (Ti Tham Tou) seminggu sekali

Kes 7) Pesakit Dialysis
Selepas penggambilan jus SSG selama 10 hari, mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan dialysis.

Kes 8) Pesakit Cholesterol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi, Asid Uric tinggi dan kencing manis (Diabetes)
Setalah menggamalkan penggambilan SSG, keadaan kesihatannya berubah.

PENYEDIAAN DAN PENGGAMBILAN
Walaupun setelah sembuh dari penyakit kanser, bagi memastikan kita sentiasa terlindungan dari diserang semula, adalah digalakkan penggambilan minuman herba sekali sekala.

Jus atau perahan dari tanaman herba bagus diambil mentah, dengan molekul enzim yang utuh lagi mampu mempercepatkan proses kesembuhan dan kembali sihat. Ia juga dapat membekalkan rawatan yang kaya dengan ubat antikanser ber Ph alkali, yang dengan cepat dapat menstabil kandungan asid dalam tubuh. Dicadangkan penggambilan Clinathanus / Sabah Snake Grass / Belalai Gajah.

Jumlah daun digunakan dalam rawatan kanser:

Tahap 1 : 30 helai daun setiap hari.
Tahap 2 : 60 helai daun setiap hari.
Tahap 3 : 100 helai daun setiap hari.
Tahap 4 : 150 – 200 helai daun setiap hari.
Bila pesakit bertambah baik, kurangkan jumlah daun.

PENYEDIAAN JUS SSG
a) Tuangkan separuh cawan air kedalam blender
b) Tambah 1 atau 2 ketul air batu cubes mengelakkan kepanasan melampau semasa kisar.
c) Campurkan 11/3 (satu suku) lemon atau jus limau (penambahan Vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
d) Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan kedalam blender
e) Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya
f ) Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu kedalam blender
g) Blend dan minum segera, kalau lewatpun dalam 5 minit. (penggambilan setiap hari)
h) Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

1. Gula dan segala jenis manis-manisan
2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
3. Daging, ayam, itik, lembu
4. Beras berkanji
5. Margarine
6. Durian
7. Herba sarang burung
8. Ginseng dan herba awet muda

Bersama sama dengan SSG, buah buahan seperti betik, biji apricot, serai dan banyak lagi buah buahan dan sayuran segar dan jus dari keduanya boleh diambil bersama dalam rawatan kanser. Sesungguhnya kebanyakan penyakit koronik boleh disembuh dengan makanan pembersihan oksida dalam tubuh (detoxification), pastikan penggambilan pemakanan yang berakali tinggi dan pastikan Ph darah 7.35-7.4. Makan makanan yang organic yang semulajadi dan amalkan hidup secara sihat.

Bagi separuh orang, kebiasaannya pada orang orang Cina, mereka lebih mengutamakan penggambilan sesuatu jenis herba bagi sesuatu penyakit bukan bersendirian. Mereka akan menggambilnya bersama dengan daun atau pokok atau akar herba yang lain. Mereka lebeh gemar penggambilan herba secara kukus, atau masakan berair berbanding dengan kaum lain yang mempelbagaikan ramuan herba dengan cara serbuk, majun, minuman tonik, titisan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.