Selasa, 21 Februari 2012

Buku Anda Perlu Sangat Baca


  1. Over the Counter Natural Cures. Take Charge of your Health in 30 Days with 10 lifesaving supplements; Shane Ellison, M.S. 2009
  2. Fighting Cancer; A nontoxic approach to Treatment; Robert Gorter, MD, PhD & Erik Pepper PhD.
a.    Discover powerful system that involves no Chemotherapy,
b.    Gain new insight into cancer & cancer therapies.
c.    Learn strategies to boost your immune system naturally.

  1. Nature’s choice to Wellness; Antioxidants, Vegetables / Ulam – S Vimala , Mohd Illham Adenan, Abdul Rashih Ahmad. (FRIM)
4.    Panjangkan Usia Pesakit Kanser – Sekine Susumu 2010 – Tombo Enterprise Sdn Bhd, 8.05 Wisma Zelan, No 1, Jln Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

5.    Masih ada Penawar Kanser! Kisah Benar lebih daripada 50 penghidap kanser yang telah sembuh! Wang Zhen-Guo 2000.
  1. Minyak Kelapa Dara Virgin Coconut Oil Sumber makanan sejati Ramuan Ubatan semulajadi- Zulkafli b Daud, Abd Malik b Abdul Shukor.
  2. Death by Prescription ; Ray D. Strand, M.D. – The shocking truth behind an overmedicated nation.
  3. What your Doctor doesn’t know about Nutritional Medicine MAY BE KILLING YOU - Ray D. Strand, M.D.

Lebah Madu Apis Dorsata


Kenapa Apis Dorsata?

16:68 – Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: Buatlah rumah di atas bukit dan di atas pohon kayu dan pada apa apa yang mereka jadikan atap,
16:69 – Kemudian makanlah bermacam macam buah buahan dan laluilah jalan Tuhanmu dengan mudah. Keluar dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlain lainan warnanya, untuk menyembuhkan (penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya.

Kenapa saya pilih Apis Dorsata? - Apis Dorsata adalah sejenis lebah madu yang susah dibiakkan kerana ia ganas dan agresif. Apis Dorsata adalah lebah madu bertubuh paling besar berbanding lebah madu jenis lain. Apis Dorsata hidup di kawasan hutan Malaysia dan sarangnya tergantung pada pohon yang tinggi.

Rasa Madu
Madu berasa manis – Kebanyakkan madu dari seluruh dunia berasa manis.
Madu berasa masam – dihasilkan oleh spesis Trigona / Lebah kecil @ kelulut.
Madu berasa pahit – dihasilkan dari nektar yang dikumpul dari Bunga Mahoni dan Bunga Matahari.
Madu beracun – dihasilkan dari Bunga rhododendron dan tanaman heather. 

Keasidan Madu.

Madu mempunyai pH rendah namun di dalam perut, madu boleh meningkatkan pH perut kearah alkali! Ini disebabkan oleh madu mempunyai mineral yang bersifat alkali dan berfungsi sebagai buffer. Semakin gelap warna madu, bermaksud semakin tinggi kandungan mineral dalamnya. Justeru semakin gelap warna madu, bermaksud semakin beralkali madu itu. Lain kali anda belilah madu yang berwarna gelap !

Tahukah anda ?

1.     Di luar negara pemilik ladang nanas, anggur, epal, bunga matahari, strawberry, timun, kopi, manuka, lavender,  kapas dll mengupah penternak lebah madu membuat sarang di kawasan ladang bertujuan menambah bilangan pendebungaan seterusnya meningkatkan hasil pengeluran.
2.     Madu paling lazat adalah madu yang dikumpulkan lebah dari nektar pokok bunga cengkih!
3.     Lebah cenderung mengumpulkan madu dari satu jenis bunga tertentu. Jika bekalan nektar habis, barulah lebah akan mencari madu dari spesis bunga yang lain.
4.     Setiap ratu lebah boleh bertelur sebanyak 3000 biji sehari.
5.     Bila ada larva yang boleh menjadi ratu, ratu tua akan membunuh larva ini.
6.     Jika ada larva yang terlepas menetas , ratu muda akan bertarung dengan ratu tua sampai salah satunya mati atau kalah.
7.     Ratu yang kalah akan berhijrah dan diikuti oleh lebah pekerja yang setia dengannya.
8.     Ratu yang telah terlalu tua akan dibunuh oleh lebah pekerja.
9.     Setelah menyengat, lebah pekerja akan mati kerana alat sengatnya putus.
10.                        Umur Lebah Pekerja + 35 hari.
11.                        Ratu lebah boleh menyengat berulang kali tanpa mengalami kematian.
12.                        Ratu lebah tidak menyengat walaupun ketika diganggu.
13.                        Lebah jantan tidak menyengat.
14.                        Umur Ratu lebah + 6 tahun.
15.                        Ratu mengawan dengan + 30 ekor lebah jantan.
16.                        Kantong sperma jantan akan terputus dan ditinggalkan dalam badan ratu.
17.                        Lebah jantan mati setelah mengawan.
18.                        Lilin lebah dihasilkan oleh lebah pekerja.
19.                        Lebah pekerja mempunyai kelenjar yang boleh menghasilkan lilin.
20.                        Lilin lebah adalah lilin terbaik.
21.                        Lilin lebah dihasilkan dari madu.
22.                        Satu kg lilin diperbuat daripada + 11 kg madu!
23.                        Bentuk heksagon mempunyai tempat simpanan madu maksimum manakala penggunaan lilin adalah minimum!
24.                        Royal jelly adalah berwarna putih dan rasa masam.
25.                        Satu kg Royal jelly = + RM 600
26.                        Royal Jelly berguna untuk penyembuhan, membentuk sel sel tubuh, mengubati penyakit kulit, menambah ingatan, kecantikan, meningkatkan kesuburan dsbnya.
27.                        Madu boleh disimpan sehingga ratusan tahun!
Daripada tindak tanduk dan perangai lebah ini jelas Allah menciptakan lebah bagi menjadi manfaat dan rahmat kepada manusia!!! Maha suci Allah yang Mahapencipta, Mahapemurah serta Mahapengasih lagi Mahapengasihani!

Sabtu, 18 Februari 2012

Senarai Googlekan untuk maklumat barah


Senarai nama anda boleh Googlekan bagi dapat maklumat barah

Dr Kanematsu Sugiura

Dr Adem Gunes

Dr Herzog

Dr Francisco Contreras

Dr Douwes

Dr Garry Gordon

Dr Schwengel

Dr Charlotte Gerson

Dr Ferre

Susumu Sekine

Shane Ellison


KOSMETIK HYDROQUINONE SEBABKAN BARAH




“Sudahlah tu Farah, jangan dikenang perkara yang sudah lepas,” kata ibu sambil menutup televisyen. Aku menonton drama yang disiarkan di TV3 di mana aku memegang watak utama dalam drama tersebut. Drama itulah yang membolehkan aku dicalonkan untuk gelaran Anugerah Pelakon Wanita Popular. Walaupun aku gagal memenangi anugerah tersebut tetapi pencalonan aku cukup bermakna kerana ia telah menaikkan namaku setaraf dengan artis-artis yang lebih ‘established’. Dahulu, aku dikenali sebagai artis wanita yang cantik, berkulit kuning langsat, genit dan lincah. Kemana aku pergi sentiasa mendapat perhatian, ramai lelaki ingin menghampiriku untuk berkenalan. Tetapi hari ini, dengan badanku yang kurus kering, rambut yang hanya segenggam dan muka yang cengkung…. Aduhai, betapa bezanya diriku dulu dan sekarang….
Detik hitam dalam hidupku bermula 5 tahun dahulu apabila pada kemuncak kerjayaku sebagai artis, aku menerima tawaran untuk menjadi duta kecantikan rangkaian produk kecantikan yang agak terkenal. Aku pun mula menggunakan produk tersebut. Walaupun pada mulanya kulit mukaku terasa gatal-gatal, aku tidak menghiraukan sangat kerana aku taksub dengan perubahan pada wajahku. Kulit mukaku kelihatan begitu cantik, putih gebu dan kemerahan. Ramai yang memuji kecantikan wajahku. Aku begitu yakin akan produk yang aku gunakan dan terus mempromosikannya kepada kaum keluarga, sahabat handai dan orang ramai.
Kulit yang pada mulanya gatal menjadi radang dan terus mengelupas. Kulit mukaku semakin tipis tetapi aku masih tidak menghiraukan sangat kerana aku sangka itu tandanya kulit sudah menjadi lebih halus. Mungkin kerana umurku yang masih muda, kesan buruk pada wajahku tidak ketara sehinggalah hampir 3 tahun menggunakan produk kecantikan tersebut. Kulitku mulai kusam dengan warna kulit tidak sekata. Apabila terkena cahaya matahari, kulit mukaku merah menyala seperti udang kena bakar. Pada mulanya kemerahan itu akan reda sendiri tetapi lama kelamaan bahagian yang merah menjadi terbakar. Kulit yang dahulunya licin menjadi berbintik seperti pasir dan dipenuhi tompokan berwarna coklat kehitaman.
Puas aku bertukar produk, mendapat rawatan di salun-salun kecantikan, namun keadaan kulitku bertambah teruk. Yang paling mengecewakan lagi apabila kontrak aku dengan syarikat produk kecantikan tersebut dibatalkan. Aku disuruh perbaiki wajah yang sudah hodoh, walhal produknya yang menyebabkan wajahku menjadi sedemikian rupa! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, tiada lagi produser filem yang mahu memberi aku peluang berlakon lagi. Aku masih teringat kata-kata mereka. “Sorry Farah, nanti bila you dah cun macam dulu, contact I balik OK”. Begitulah hidup dunia artis; bila rupa muka dah tak ada, tiada siapa yang nak pandang kita lagi…
Sejak setahun yang lepas, aku kerap mengalami rasa pening dan sakit kepala, sentiasa berpeluh, rasa dahaga, sakit perut dan cirit-birit. Tanggal malam 12 Oktober 2006, setelah seminggu demam panas yang tinggi dan sukar bernafas serta muntah-muntah, Tijah kawan serumahku membawa aku ke HUKM. Aku tidak dibenarkan pulang dan dirawat di wad kecemasan. Keesokan harinya, setelah menjalani pemeriksaan fizikal keatas diriku dan melihat keadaan kulit mukaku yang dipenuhi tompok hitam, sambil mengeleng- gelengkan kepalanya, Dr Rusilah yang merawatku memberitahu kemungkinan besar aku menghadapi masalah keracunanHydroquinon e, kesan daripada produk kecantikan yang telah aku gunakan. Dr Rusilah juga agak risau melihat tahi lalat di pipi kiriku yang mempunyai lingkaran hitam disekelilingnya. Memang aku perasan, tetapi pada sangkaanku ia telah bercantum dengan tumpukan hitam yang sememangnya sedang membesar
Biopsi dilakukan pada tahi lalat tersebut dan setelah laporan makmal diterima, alangkah terkejutnya apabila aku diberitahu menghidap kanser kulit jenis ‘Nodular Melanoma’. Ibu yang sedang menemankanku menangis sekuat hatinya sambil memelukku. Aku terdiam kaku dan tidak mampu bersuara. Aku masih ingat ketika itu perasaanku sedih bercampur geram. Geram kerana terasa diri diperalatkan oleh syarikat produk kecantikan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. “Apa ituHydroquinone, doktor?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulutku.
Dengan menarik nafas panjang, Dr Rusilah berkata, “Hydroquinone adalah sejenis bahan
penghakis kulit. Bahan kimia beracun ini juga digunakan dalam pemprosesan filem gambar.
Hydroquinone yang diletakkan pada kulit akan menyebabkan terjadi proses depigmentasi iaitu proses di
mana pigmen dibuang dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih cerah.Hydroquinone digunakan sebagai pemutih dalam produk kecantikan keranahydroquinone mampu mengelupaskan kulit bahagian luar dan membenteras pembentukan pigmen melanin yang memberi warna kepada kulit. Pengelupasan ini membuat peradangan serta iritasi kulit sehingga kulit menjadi merah dan terbakar.Hydroquinone juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, kanser darah atauleu kemia, kanser kulit dan kanser sel hati iaitu hepatocellular adenoma. Walaupun produk kecantikan hanya disapu pada bahagian kulit, namun ia boleh meresap ke dalam kulit dan dibawa ke seluruh bahagian tubuh melalui peredaran saluran darah. Ia juga boleh meresap melalui sistem pernafasan dan mulut. Kandungan bahan ini didapati tinggi di bahagian hati dan buah pinggang”, terang Dr Rusilah dengan panjang lebar.
Setelah enam bulan berlalu dan selesai menjalani rawatan pembedahan serta kemoterapi, laporan
CAT Scan yang dilakukan tempoh hari mengesahkan kanser tidak dikesan di bahagian lain dalam
tubuhku. Dr Rusilah berkata insyaAllah kanserku berjaya dirawat. Walau bagaimanapun aku perlu menjalani pemeriksaan susulan selama 5 tahun untuk memastikan kanser tersebut tidak berulang. Sekarang keadaanku kurus dan rambutku yang dahulu cantik mayang mengurai kini hanya tinggal tipis serta jarang akibat kesan sampingan kemoterapi tetapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana penderitaanku ini sememangnya juga suatu rahmat kerana ia membuka hatiku untuk bertaubat dan mengingati kembali Allah SWT. Aku berterima kasih kerana ibu dan adikku, Leha telah banyak membantuku mengharungi saat-saat genting dalam kehidupanku dan aku berniat akan menjadi seorang insan yang lebih baik.
Esok, bakal kakak ipar Leha, Dr Suriani seorang pakar kulit dari HUKM akan membawaku ke salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula. Sebagai seorang wanita, aku tetap mahu memperbaiki kerosakan pada kulit mukaku dan kelihatan cantik kembali. Menurut Dr Suriani sudah lebih 10 tahun dia menggunakan produk Zai’s Beauty Formula dan dia amat berpuas hati. “Ramai doktor wanita dan isteri doktor kenalan Kak Ani menggunakan Zai’s Beauty Formula ciptaan Dr Tunku Zaidar,” terang Dr Suriani padaku. “Produk kecantikan ini paling selamat kerana tiada langsung menggunakan bahan kimia, pewangi, pengawet dan penyatu. Dr Tunku Zaidar menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk ini menggunakan kaedah penapaian. Pengeluaran produk begini terhad kerana proses penapaian mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Itulah sebabnya produk kecantikan Zai’s Beauty Formula tidak dapat dikeluarkan dengan banyak dan tiada agen atau stokis dan ia hanya boleh didapati di Salun- salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula”. Tak sabar rasanya nak ke sana

KOSMETIK MUDARAT PADA ANDA



The Ugly Side of Beauty
by Judi Vance
For ten long years, Judi Vance, author of Beauty to Die For - The Cosmetic Consequence has been voicing a conflicting account on the safety of cosmetics. Her latest endeavor is an Internet community, Cosmetics - Are they worth the risk? The publisher sponsored Web site allows Vance to continue her quest to educate on the subject of cosmetic risks. 
“Not everything we women do in an attempt to enhance our beauty is necessarily good for us.” says Vance “Years ago, in the Elizabethan times, it was fashionable (and aristocratic) to present a pasty white complexion. Women powdered their faces with a mixture including white lead called ceruse, and colored their lips with a reddener containing fucus-red mercuric sulfide. Even though this beauty regime destroyed the outer layer of skin, they continued using these poison palettes well into the 18th century.” 
“Today isn’t much different,” Vance concedes. “Thousands of Filipino women expose themselves to the dangers of severe skin disorders and possibly even cancer through their desire to have paler skin. Although the full extent of the dangers of hydroquinone , the active ingredient in the skin bleaching cream are still unknown, U.S. studies have linked it with leukemia, liver damage, and thyroid disorders. Animal studies show that it could cause mutations in developing fetuses.”  
“In our quest for beauty we forget that the skin is an organ that serves vital body functions.” She emphasizes that our skin is part of our respiratory system, absorbing oxygen and releasing waste; cooling or heating us in accordance with the outside temperature; creating natural oils to prevent moisture loss and over-hydration and also to protect us from invading microorganisms. The skin also plays a major role in immunity. “Cosmetic use does not respect these bodily functions—it destroys them.” 
According to Vance, “most women have no idea that cosmetics could cause harm. They tend to think that the new “miracle” ingredients are coming from years of scientific discovery. Wrong! Most of the ingredients have been around for many years. It’s only now that they have moved from an industrial purpose into the world of beauty. The ultimate wrinkle removers (according to cosmetic ads)—alpha hydroxy acids—have been used for years in the processing of textiles, leather, and metal and also used in cleaning, polishing, and soldering compounds, copper pickling, adhesives, and electroplating.” 
Vance, who participates in the upcoming four-part Discovery Channel documentary called “Hope and beauty: the story of cosmetics” says, “cosmetic chemicals are not adequately tested. The cosmetics business is a self-regulated industry and, as quoted by a Health Canada toxicologist, compliance is as low as 30 percent.” 
Several months ago, The Centers for Disease Control (CDC) completed a study in relation to the phthalates found in children’s soft plastic toys. The study showed that the particular phthalate used in toys were at rather low levels. However, other phthalates, like the ones used in fingernail polish, were at levels high enough to raise concern. Warnings were then issued advising women not to use nail polish during pregnancy because of the possibility of birth defects. 
“Science doesn’t have all the answers,” she says. “There's no scientific agreement on what tests can correctly determine whether someone’s immune or nervous system, or genes have been damaged. Nor is there a consensus on what constitutes a safe level of exposure. Reproductive, developmental and genetic damage is a non-threshold event and the only safe dose is zero. Until, science knows the answers to these baffling questions, avoidance of the suspect chemicals is probably our antidote.  
“Some women are becoming wise,” says Vance and cites the onslaught of natural cosmetic products to the marketplace as validation that safety is an issue. Alternatives exist. Education is a must.
email her at chreport@lapaz.cromwell.com.mx. Her telephone number in Mexico is 52-1-122-9661.