Ahad, 15 April 2012

TELEFON BIMBIT SEBAB KANSER OTAK


Sebuah penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Anna Lahkola dari Radiation and Nuclear safety Authority, Finland mendapati penggunaan telefon bimbit secara berterusan--walau pun jenis moden-- meningkatkan risiko pembentukan tumor otak kepada ramai pengguna. Hasil penyelidikan dilaporkan dalam International Journal of Cancer.
Mereka mendapati bukti kukuh bahawa pennggunaan telefon bimbit menyebabkan risiko mengalami tumor otak dikenali sebagai glioma meningkat antara 40-70%. Peningkatan risiko terebut berlalu kepada bahagian kepala yang biasa digunakan untuk melekapkan telefon bimbit ke telinga.

Pandangan Konvensional


1.Kajian membandingkan 1,521 pengguna telefon bimbit yang mengalami glioma dengan peserta kawalan seramai 3,301 orang tanpa tumor.

2.Mereka yang menggunakan telefon bimbit moden lebih dari 2,000 jam sepanjang hayat mengalami peningkatan tumor otak sebanyak 270 %.

3.Kajian ini dipercayai yang kedua yang benar-benar mengaitkan pengunaan telefon bimbit dengan peningkatan risiko pembentukan tumor otak tertentu.

4.Risiko paling tinggi pada individu berumur di bawah 20 tahun.

5.Telefon generasi awal jenis analog telah didapati sebagai sumber tumor-tumor otak tetapi kewujudan telefon-telefon bimbit digital masih mendatangkan risiko yang serupa

6.Menurut jangkaan beberapa orang saintis, keputusan kajian jangan dikaitkan dengan pembentukan tumor ketika penggunaan selama 10 tahun tetapi tumor tersebut akan wujud selepas tempoh tersebut

Pada pandangan saya, sesetengah orang MUNGKIN boleh mengalaminya dalam tempoh 10 tahun penggunaan telefon bimbit. Ia bergantung kepada faktor-faktor penyumbang pembentukan tumor seperti gaya hidup yang tidak holistik. Radiasi telefon bimbit membentuk kanser dan aya hidup tidak sihat sebagai agen penggalakan pertumbuhan kanser atau sebaliknya.

Pandangan Alternatif

1.Pengeluar-pengeluar telefon bimbit telah cuba mendiamkan bahaya telefon bimbit dengan menaja penyelidikan mereka sendiri yang memberi keputusan bahawa telefon bimbit adalah selamat. Tujuan dan keputusan sesuatu penyelidikan boleh bias kepada kehendak penaja.

2.Semua orang apa tah lagi kanak-kanak dan remaja belasan tahun hendaklah diperingati supaya mengurangkan penggunaan telefon bimbit kerana risiko pada golongan ini untuk mengalami tumor otak meningkat.

Sebuah kajian yang dijalankan di Israel oleh para penyelidik dari Weizmann Institute of Science yang dilaporkan dalam Biochemicla Journal mendapati penggunaan telefon bimbit selama hanya 10 minit boleh mencetus perubahan terhadapa sel-sel otak yang dikatikan dengan pembahagian sel dan pembentukan kanser.

Sebelum ini pelopor yang mendakwa penggunaan telefon bimbit sebagai selamat telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa penggunaannya tidak akan menyebabkan kerosakan otak kerana paras radiasi gelombang mikro yang dibebaskan sangat rendah untuk membolehkan ia memanaskan sel-sel tubuh.

Dalam kajian terbaru perubahan dalam proses-proses biologi bermula pada paras tenaga yang lebih rendah dari yang digunakan oleh telefon bimbit. Perubahan biologi tersebut juga didapati tanpa pemanasan.

Kesimpulan yang boleh dibuat dari kajian ini ialah penggunaan telefon bimbit mempunyai implikasi buruk kepada kesihatan.

Dalam kajian tersebut para penyelidik telah mendedahkan sel-sel manudia dan tikus kepada radiasi berparas rendah dengan frekuensi 875 mehaHertz iaitu frekuensi yang serupa digunakan oleh kebanyakan telefon bimbit. Walau bagaimana pun intensiti radiasi adalah di bawah paras yang digunakan oleh kebanyakan telefon.

Dalam masa 10 minit saintis-saintis tersebut mendapati beberapa perubahan berlaku dalam sel-sel. Suis kimia yang berfungsi mengawal pembahagian sel di’buka’ – sejenis suis yang dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.

Dari kajian, tiada bukti secara langsung bahawa kanser terbentuk. Antara kesimpulan dari kajian ialah sel-sel bertindakbalas kepada radiasi telefon bimbit dalam bentuk non-thermal (bukan sebab pemanasan). Rony Seger mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan 1/10 dari paras radiasi yang biasa digunakan oleh telefon bimbit. Itulah sebabnya seorang kawan saya bernama Franklin di Sydney jarang menggunakan telefon bimbitnya untuk bercakap. Terdapat pelbagai punca kematian dan sakit. Kita mampu mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor penyebabnya. Itulah gunanya manusia dikurniakan mata, telinga, dan hati – untuk belajar membezakan mana yang baik, mana yang sederhana, dan mana yang buruk.

1 ulasan:

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.