Sabtu, 18 Februari 2012

KOSMETIK HYDROQUINONE SEBABKAN BARAH




“Sudahlah tu Farah, jangan dikenang perkara yang sudah lepas,” kata ibu sambil menutup televisyen. Aku menonton drama yang disiarkan di TV3 di mana aku memegang watak utama dalam drama tersebut. Drama itulah yang membolehkan aku dicalonkan untuk gelaran Anugerah Pelakon Wanita Popular. Walaupun aku gagal memenangi anugerah tersebut tetapi pencalonan aku cukup bermakna kerana ia telah menaikkan namaku setaraf dengan artis-artis yang lebih ‘established’. Dahulu, aku dikenali sebagai artis wanita yang cantik, berkulit kuning langsat, genit dan lincah. Kemana aku pergi sentiasa mendapat perhatian, ramai lelaki ingin menghampiriku untuk berkenalan. Tetapi hari ini, dengan badanku yang kurus kering, rambut yang hanya segenggam dan muka yang cengkung…. Aduhai, betapa bezanya diriku dulu dan sekarang….
Detik hitam dalam hidupku bermula 5 tahun dahulu apabila pada kemuncak kerjayaku sebagai artis, aku menerima tawaran untuk menjadi duta kecantikan rangkaian produk kecantikan yang agak terkenal. Aku pun mula menggunakan produk tersebut. Walaupun pada mulanya kulit mukaku terasa gatal-gatal, aku tidak menghiraukan sangat kerana aku taksub dengan perubahan pada wajahku. Kulit mukaku kelihatan begitu cantik, putih gebu dan kemerahan. Ramai yang memuji kecantikan wajahku. Aku begitu yakin akan produk yang aku gunakan dan terus mempromosikannya kepada kaum keluarga, sahabat handai dan orang ramai.
Kulit yang pada mulanya gatal menjadi radang dan terus mengelupas. Kulit mukaku semakin tipis tetapi aku masih tidak menghiraukan sangat kerana aku sangka itu tandanya kulit sudah menjadi lebih halus. Mungkin kerana umurku yang masih muda, kesan buruk pada wajahku tidak ketara sehinggalah hampir 3 tahun menggunakan produk kecantikan tersebut. Kulitku mulai kusam dengan warna kulit tidak sekata. Apabila terkena cahaya matahari, kulit mukaku merah menyala seperti udang kena bakar. Pada mulanya kemerahan itu akan reda sendiri tetapi lama kelamaan bahagian yang merah menjadi terbakar. Kulit yang dahulunya licin menjadi berbintik seperti pasir dan dipenuhi tompokan berwarna coklat kehitaman.
Puas aku bertukar produk, mendapat rawatan di salun-salun kecantikan, namun keadaan kulitku bertambah teruk. Yang paling mengecewakan lagi apabila kontrak aku dengan syarikat produk kecantikan tersebut dibatalkan. Aku disuruh perbaiki wajah yang sudah hodoh, walhal produknya yang menyebabkan wajahku menjadi sedemikian rupa! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, tiada lagi produser filem yang mahu memberi aku peluang berlakon lagi. Aku masih teringat kata-kata mereka. “Sorry Farah, nanti bila you dah cun macam dulu, contact I balik OK”. Begitulah hidup dunia artis; bila rupa muka dah tak ada, tiada siapa yang nak pandang kita lagi…
Sejak setahun yang lepas, aku kerap mengalami rasa pening dan sakit kepala, sentiasa berpeluh, rasa dahaga, sakit perut dan cirit-birit. Tanggal malam 12 Oktober 2006, setelah seminggu demam panas yang tinggi dan sukar bernafas serta muntah-muntah, Tijah kawan serumahku membawa aku ke HUKM. Aku tidak dibenarkan pulang dan dirawat di wad kecemasan. Keesokan harinya, setelah menjalani pemeriksaan fizikal keatas diriku dan melihat keadaan kulit mukaku yang dipenuhi tompok hitam, sambil mengeleng- gelengkan kepalanya, Dr Rusilah yang merawatku memberitahu kemungkinan besar aku menghadapi masalah keracunanHydroquinon e, kesan daripada produk kecantikan yang telah aku gunakan. Dr Rusilah juga agak risau melihat tahi lalat di pipi kiriku yang mempunyai lingkaran hitam disekelilingnya. Memang aku perasan, tetapi pada sangkaanku ia telah bercantum dengan tumpukan hitam yang sememangnya sedang membesar
Biopsi dilakukan pada tahi lalat tersebut dan setelah laporan makmal diterima, alangkah terkejutnya apabila aku diberitahu menghidap kanser kulit jenis ‘Nodular Melanoma’. Ibu yang sedang menemankanku menangis sekuat hatinya sambil memelukku. Aku terdiam kaku dan tidak mampu bersuara. Aku masih ingat ketika itu perasaanku sedih bercampur geram. Geram kerana terasa diri diperalatkan oleh syarikat produk kecantikan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. “Apa ituHydroquinone, doktor?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulutku.
Dengan menarik nafas panjang, Dr Rusilah berkata, “Hydroquinone adalah sejenis bahan
penghakis kulit. Bahan kimia beracun ini juga digunakan dalam pemprosesan filem gambar.
Hydroquinone yang diletakkan pada kulit akan menyebabkan terjadi proses depigmentasi iaitu proses di
mana pigmen dibuang dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih cerah.Hydroquinone digunakan sebagai pemutih dalam produk kecantikan keranahydroquinone mampu mengelupaskan kulit bahagian luar dan membenteras pembentukan pigmen melanin yang memberi warna kepada kulit. Pengelupasan ini membuat peradangan serta iritasi kulit sehingga kulit menjadi merah dan terbakar.Hydroquinone juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, kanser darah atauleu kemia, kanser kulit dan kanser sel hati iaitu hepatocellular adenoma. Walaupun produk kecantikan hanya disapu pada bahagian kulit, namun ia boleh meresap ke dalam kulit dan dibawa ke seluruh bahagian tubuh melalui peredaran saluran darah. Ia juga boleh meresap melalui sistem pernafasan dan mulut. Kandungan bahan ini didapati tinggi di bahagian hati dan buah pinggang”, terang Dr Rusilah dengan panjang lebar.
Setelah enam bulan berlalu dan selesai menjalani rawatan pembedahan serta kemoterapi, laporan
CAT Scan yang dilakukan tempoh hari mengesahkan kanser tidak dikesan di bahagian lain dalam
tubuhku. Dr Rusilah berkata insyaAllah kanserku berjaya dirawat. Walau bagaimanapun aku perlu menjalani pemeriksaan susulan selama 5 tahun untuk memastikan kanser tersebut tidak berulang. Sekarang keadaanku kurus dan rambutku yang dahulu cantik mayang mengurai kini hanya tinggal tipis serta jarang akibat kesan sampingan kemoterapi tetapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana penderitaanku ini sememangnya juga suatu rahmat kerana ia membuka hatiku untuk bertaubat dan mengingati kembali Allah SWT. Aku berterima kasih kerana ibu dan adikku, Leha telah banyak membantuku mengharungi saat-saat genting dalam kehidupanku dan aku berniat akan menjadi seorang insan yang lebih baik.
Esok, bakal kakak ipar Leha, Dr Suriani seorang pakar kulit dari HUKM akan membawaku ke salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula. Sebagai seorang wanita, aku tetap mahu memperbaiki kerosakan pada kulit mukaku dan kelihatan cantik kembali. Menurut Dr Suriani sudah lebih 10 tahun dia menggunakan produk Zai’s Beauty Formula dan dia amat berpuas hati. “Ramai doktor wanita dan isteri doktor kenalan Kak Ani menggunakan Zai’s Beauty Formula ciptaan Dr Tunku Zaidar,” terang Dr Suriani padaku. “Produk kecantikan ini paling selamat kerana tiada langsung menggunakan bahan kimia, pewangi, pengawet dan penyatu. Dr Tunku Zaidar menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk ini menggunakan kaedah penapaian. Pengeluaran produk begini terhad kerana proses penapaian mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Itulah sebabnya produk kecantikan Zai’s Beauty Formula tidak dapat dikeluarkan dengan banyak dan tiada agen atau stokis dan ia hanya boleh didapati di Salun- salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula”. Tak sabar rasanya nak ke sana

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.